Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, June 12, 2012

: kisah 12 jun :

                                                                                 



                                                                              

Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat
 daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat.. ^_^

♥ jika ada musuh yang boleh bawa kita 
dekat kepada Allah SWT itu adalah lebih baik 
berbanding dengan sahabat akrab yang bawa
kita jauh daripada Allah SWT ♥

                                                      
tarikh keramat ini membuat aku selalu dalam senyum , mungkin ada yang berkata aku gila namun tarikh ini mengingatkan aku tentang rasa rindu yang amat sangat ,mungkin kala ini hari lahirnya sedang disambut oleh mereka yang mencintainya dan bukan aku lagi , dan dia sudah melupai hamba ALLAH ini...warkah gundah di algebra 12 pada tanggal jun adalah cerita kelahiran si gadis , yang pernah mencuri hati ini ...

subhanallah aku masih ingat segala hembusan nafas yang dihela tatkala menunggu tarikh tersebut bergetar seluruh raga , dan aku tidak tahu apa yang harus dikongsi rasa suka pabila membuka kalam sedari jam 12 tengah malam 12 jun dari tahun sebelumnya....

‎''Hadiah tidak selalu terbungkus dengan indah, kadangkala Allah membungkusnya dengan masalah..tetapi di dalamnya tetap ada barakah... bersabarlah untuk apa pun..''

wahai hati lelaki ini , usah kau fikir akan kisah lalu kerna yang pasti kisah lalu membuat kau kaku , dan tidak bisa membuat kamu bahagia...
dia tidak pernah ingat padamu walau al-kisah hidupmu dijadikan novela cinta, dia tetap buta , adakah dia tahu malam-malam yang lalu rintihan dari lelaki ini mendamba supaya ALLAH memberi ketabahan yang dalam..
semoga lelaki ini bisa melangkah pergi tanpa melihat lagi...
jauh dan jauh dari tanggal 12 itu......

adapun cinta yang diutarakan oleh kamu , sangat mahal dan tidak ternilai , gadis itu tetap dengan pilihan-pilihan berikutnya...cinta dan sayang bertukar ganti ibarat menukar sepersalinan baju..tanpa menjaga mahar gadisnya...

wahai lelaki kamu harus kuat , masa depanmu dalam langkahan ligat malah tiada siapa berani menerpa...kerna kamu sudah bangun dari kelalaian cinta ...biar dia bahagia dan biar dia sedar lelaki ini sukar dicari kerna cintanya istiqomah memuji robbul jalil...
kerna debunga cintanya selalu mekar dalam istikharah biar jutaan hati menunggu...dia tetap memilih untuk duduk diam dalam teduhan pepohon rindu yang merendang dan buah hasil dari benih pokok itu adalah istikharah...

walau sahabat-sahabat sibuk bertanya kenapa kamu selalu melakukan solat disepertiga malam , bingkas kataku ...aku ingin melihatnya lagi jawapan dari ALLAH walau dia tidak tahu aku tetap menunggu dan tunggu kerna cinta yang dilukiskan aku tidak pernah berpenghujung.....airmata lelaki ini berlinangan kerna dia sahutku....lalu sahabatku beralih arah katanya....kamu bakal menerima keindahan lain lebih indah dari pesona gadis itu...kamu bukan lelaki sebarangan kamu terluar biasa ^_^

dan aku terus senyum kataku lagi , apapun yang aku lakukan selepas ini biar lah tidak mengharap apa-apa , dia sudah bahagia dan aku turut bahagia melihat dia....biar kisah hidupku dilukiskan dengan madah-madah yang terkadang sukar difahami dan biar mereka tahu aku setia hanya pada satu gadis bukan untuk semua diluar sana...^_^

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

kalam-kalam kesakitan hati biar hanya aku dan ALLAH tahu..

biar juga aku yang merasa sakitnya setia..

biar dia tahu lelaki juga tidak akan berdendam dan melafazkan dengan amarah..

cukuplah aku menulis di laman blog usang ini...biar juga aku sahaja yang rasa sakitnya diri ini dilukai , didusta , dipenjara begini...

kerna yang pastinya aku sedang belajar dan terus belajar menelaah masalah dunia...biar nampak tidak berpenghujung namun pengakhirannya sudah tertulis di luh mahfuz...mungkin aku akan menunggu tautan hati lain..

mungkin juga aku akan terus sunyi, sepi dan sendiri...

kerna sunyi itu sahabatku..

sepi itu ragaku...

dan sendiri aku dalam imanku...

selamat datang rasa muhasabah...aku akan terus bercermin...kekhilafan dosa ini tetap membayangi langkahanku...

aku akan menjadi imam yang baik buat dia yang tercipta untukku...dan aku akan menjaga bondaku hingga hujung nafasku.....

insya-ALLAH taala...

YA ALLAH, andai malam nie malam terakhir ku, jagalah dia & jangan biarkan hatinya menangis. Titipkan senyuman di bibirnya dan tabahkan hatinya. Jika jodoh kami bukan di dunia, biarlah di syurga kami bertemu.. ♥
                                                             


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥