Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, June 27, 2012

: Hanya Aku Cinta Kau Seorang ^_^ :

                                                                               


                                                                                      
 
                                                                                      
  : Mengapa tangan kau lepaskan 
                                                                 : Setelah hatiku kau tawan
: Angin malam bawalah cintaku
: Menghapus rasa rindu  ^_^

wahai perasaan yang berbunga , jangan pernah membuat mereka tahu , yang hati ini sedang berteduh dibawah pepohon rindu , dimana ia tak mungkin berganjak buat masa ini , kerna hati sedang terbuai oleh aliran sungai rindu yang dihujungnya adalah rasa bahagia..namun bahagia itu belum lagi ku tahu adakah bernoktah atau terus mengalir tanpa henti.

hujan yang turun kebumi membawa rindu yang menggunung , kau biarkan ku sendiri malamku tanpa mimpi. mengapa takdir memisahkan mungkin perancangan ALLAH , mungkin juga DIA sedang mencipta benih-benih bahagia diatas rasa sedih. jangan kau menyalahkan takdir kerana perancangan ALLAH itu lebih indah jika dihayati bersama DIA mencipta kita dan DIA tahu apakah pilihan kita itu terbaik buat kita atau hanya membuat kita lupa pada-NYA.

Aku ingin menulis tentangmu tanpa rasa jemu , tanpa bernoktah kerna aku tak pernah penat bercerita tentang keindahan ciptaan tuhan yang satu ini.
biar aku bertepuk sebelah tangan menyembunyikan rasa suka tanpa seorangpun tahu , aku pemalu , pemalu yang amat, dalam kesibukan suasana aku lebih memilih untuk duduk menjauh , berkawan dengan kesunyian , belajar bermuhasabah , siapa pun mencuba mengenal aku , kan pasti berjurai airmata kesedihan. kerna aku bukan selalu dalam suasana gembira, mungkin suasana sepi ini lebih mengilhamkanku puisi indah agar kau tahu. aku sedang bercerita tentang kamu ^_^

cerita tentang perasaan tak mungkin aku membiarkan ia hidup , aku turut akan bercerita tentang kasih-NYA tuhan pada kita , perasaan ini juga pinjaman dari-NYA , namun keadaan bahagia paling abadi pabila hidup berjaya bahagia dalam redha-NYA di syurga nanti , bahagia di dunia bukan kekal lama , tidak bersifat ba'qa kerna kematian sentiasa menunggu , menutup kamus kehidupan didunia ini..^_^

kita harus bersiap sedia walau apapun terjadi ^_^

wahai hamparan cinta , walau kamu bisa menjadi titi untuk aku menyeberangi ke alam fana cinta , aku lebih memilih mencintai kamu atas nama tuhanku , lukisan cintaku akan berwarna-warni tanpa mereka tahu siapa aku tujukan , kerna kamu hidup dalam bayang-bayangku , kerna kamu selalu menjadi semangatku , kerna kamu berada teratas diatas carta hatiku.

wahai mukadimah rindu , ajarkan mereka rasa rindu buat yang berhak , rindu kepada syurga , rindu beribadat disepertiga malam , rindu akan suara-suara kebaikan , barulah kamu merindu hamba ALLAH , akan tetapi rukun rindu itu harus dijaga jangan merindu seseorang itu lebih dari merindui ALLAH , maka sia-sia sahaja rasa cinta yang kamu coretkan.

wahai lelaki yang sedang menyembunyikan perasaan ini , aku sedang melihat kamu, meski jauh meski juga akau bukan dalam carta hatimu , mungkin aku juga tidak pernah ada dalam fikirmu , aku tetap akan menunggu , mungkin aku akan penat, dan lelah , mungkin nyawaku bakal bernoktah. tapi doaku , akan selalu menemani kamu , kamu akan selalu hidup dalam redha ALLAH itu sahaja doa yang biasa aku selitkan disetiap solatku.. ^_^

wahai gadis, aku tak akan mencuba memaksa kamu menjengah kotak hatiku , kerna cinta yang diberi tidak akan menerima , aku pelihara , aku jaga rasa ini , biarkan dia hidup bernafas dengan penuh setia , aku bukan seperti lelaki lain akan aku jaga dengan ragaku , akan aku siram ia dengan imanku , dan akan aku didik hati ini bersyahadat tentangmu insya-ALLAH taala..kamu selalu dalam benak fikirku kamu selalu dalam bisikan doaku dan kamu selalu dalam perhatianku.

aku cukup takut kamu terhanyut , dengan kata-kata nista lelaki lain , aku takut kamu akan pergi jauh, aku takut lelaki lain beramarah kepadamu , kerna aku tahu mereka sedang mencuba menagih perhatianmu , aku juga tahu yang mereka sedang membina rangka dusta demi menjerat hatimu .
lalu aku berniat untuk terus menjadi peminat sepimu , memerhatikanmu dalam jauh , kerna aku tahu , kamu mencuba mencari lelaki sekufu sepertimu, sama pada gaya dan penampilan , mungkin juga kamu tak bisa malu mengaku yang kamu pernah berkawan dengan lelaki senaifku.

ALLAH akan jagamu , aku akan selalu mendoakanmu, aku akan selalu menunggu kamu , biar novela dan aksara cinta ini dibaca oleh jutaan mereka diluar sana , dan biar mereka tahu yang aku sedang menulis perihal kamu ^_^
gadis yang selalu dalam perhatianku..

KERNA YANG PASTI. ^_^

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG , Insya-ALLAH ^_^


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥