Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, May 7, 2012

: tiada lagi " bunga " kembang mewangi :

                                                                               

terus  berjalan , meneruskan langkahan hidup...lelaki ini masih bermuhasabah atas segala dugaan yang ALLAH aturkan buat dirinya.. biar mereka melabel lelaki ini , lelaki kecundang mahupun seorang yang gagal dalam hidup...namun lelaki ini terus berjalan meneruskan hidup walau tanpa pemilik tulang rusuknya....biar hujan menghapus jejak langkahanya...kerana air mata lelaki yang mengalir jatuh ke bumi membuktikan yang dia tidak pernah menipu tentang perihal cinta yang tersemai di sanubari....kerana di hati ini hanya ALLAH yang tahu...

nasihat umie katanya , kamu adalah hamba ALLAH yang terpilih kerana dugaan itu kamu tetap bangkit walau hati kamu rapuh dek kerana kata-kata hamba ALLAH kamu tetap tidak berdendam biar , kenangan itu berlalu bagai angin menyapa lalang...kerana sememangnya ALLAH sedang melihat apa yang kamu sedang lakukan....

sedarlah kamu wahai hamba ALLAH bila mana kamu melakukan pengorbanan untuk keluargamu , menjadi abang , ayah dan ketua keluarga , kamu bersikap positif , matang dan kamu sangat kuat...walau kamu terpaksa melupakan hasrat untuk ke menara gading demi impianmu ...namun kau juga tahu ALLAH tidak pernah tidur dia selalu melihatMU..

kata-kata ini aku bisikkan dalam hati , ia azimat paling bahagia meski pengorbanan ini tiada siapa tahu aku masih dalam pihak kemenangan , walau ketika pulang dikampung ada sebilangan kecil memperlekehkan masa depanku , adakah dia tahu , hidup ini punya rodanya, tidak semua yang dibawah bisa terus dibawah selagi ALLAH di hati..selagi usaha murni menjadi panji di hati segalanya insya-ALLAH akan berubah , dikala mendung hitam berada di bawah kamu yakinlah hujan yang turun bakal membasahi seluruh pelusuk bumi , meski kerja harianmu bakal tertunda kerana hujan itu...hikmah ALLAH turunkan hujan mungkin ingin mendinginkan suasana dunia yang panas kerana dosa , yakinlah segala rancangan ALLAH bersebab dia maha adil...

biar hati ini pedih , luka itu menjadi duri yang mencucuk iman , ada pula bisikan syaitan mengajar aku untuk berdendam , aku memilih untuk istigfar , cinta manusia itu membuat aku lemah aku tak sanggup , melalui hari dengan rasa sunyi kerana aku juga ingin selimut kebahagian menemani malam sepiku....kerana aku sudah puas sendiri...

bunga yang harum , yang selalu ada disisiku , banyak mengajar aku erti sabar , ada pula banyak pilihan warna yang mampu mengoncangkan iman didada,
 aku tetap memilih istiqomah pada satu bunga , 
malangnya bunga itu disambar oleh kumbang yang lain 
dan aku pula terpaksa membiarkan bunga itu , kerana terzahirnya bunga itu bukan untukku kerana harum dan warnanya pudar tatkala disambar kumbang yang lalu tadi..aku hanya mampu berserah kepada yang Esa....kerana memang pesonanya bisa memerangkap sesiapa yang lalu ditaman hati itu...

wahai pemilik tulus diri ini , adapun Kau selalu melihatku , aku tetap setia mengadu ,aku  SANGAT manja kepadaMu , AKU HANYA ada KAMU..wahai ALLAH kamu paling setia buatkku , air mata lelaki ini tidak seharusnya mengalir lagi , belum masanya belum ketikanya tunggu lafaz sakinah maka mengalirlah dikau dengan setegarnya...gadis yang mencuri tulang rusukmu belum diketemui lagi mungkin dia sedang melihat kamu merasa sakit...dan dia selalu hadir dan sangat dekat denganmu , walau kamu tidak tahu dia selalu setia menunggu kamu...

Kebahagiaan bukan dicari, kerana bahagia tiada punya tempat atau alamat

tetapi ia perlu dirasai, dijiwai dan diamati perasaannya
Pejamkan mata, dan fikir yang kita sebenarnya sudah cukup bahagia hari ini kerana diberi satu lagi kesempatan bernyawa untuk hidup beribadah pada-NYA...

Percayalah, akan ada sinar bahagia menyinari jika kita rasa hidup ini bukan hanya untuk kepuasan diri, tetapi untuk mendekatkan diri pada Illahi dan berbakti pada sesama insan di duniawi sementara ini... ♥ ♥

Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimu...biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI. Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya... ♥ ♥

mungkin kamu bukan terbaik buat dirinya , biarlah dia pergi bersama egonya , kerna kamu harus tahu...kamu sangat tabah melalui dugaan ini meski kamu berjaya mengawal amarah , berjaya mematikan rasa dendam kamu dikira berjaya...wahai diri yang dilukai...meski luka itu masih pedih jangan biarkan terdedah dengan perasaan sepi , jangan kau membiarkan terhanyut kerana bisikan syaitan sesungguhnya ALLAH ada buat kamu... hadiah buat mereka yang bersabar bakal menyusul... kamu selayaknya mendapat bunga yang tidak terliar serinya , tidak juga kembang mewangi membiarkan tumpuan kumbang yang lain , kerna bunga yang bakal menjadi milikmu akan selalu setia bersamamu , walau kamu tidak merasai didunia yakinlah hadiah itu bakal kamu miliki disyurga nanti ALLAHU AKHBAR...!!

Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman : “ Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah pelbagai ujian kepadanya kerana aku ingin mendengar rintihannya –

( HR Thabrani dari Abu Umamah )

                                                                       


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

najwa aziz said...

syuk..insyaallah Allah akan anugerah kn awk sekuntum 'bunga' yang indah untuk awk... :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥