Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, May 12, 2012

: boleh saya singgah dalam hati awak ? :

                                                                           


                                                                                  

 Andai senja tidak sempat mengucapkan cintanya kepada siang,akan ku tunggu saat malam menghantar bintang untk tunjukku arah jalan ke hatimu dan kitakan seperti dua kolam yang pantulkan cahaya dari rembulan yang sama ♥ ♥ ♥




wahai pemilik nyawaku ..bagaimanakah dia yang tercipta untukku adakah dia juga sedang mencari seseorang imam buat solatnya, adakah gadis itu turut merasa keikhlasan hati ini...wahai dia yang tercipta untukku...aku tidak tahu siapa kamu ...hari ini aku melukiskan perasaan dalam sudut sepi ini....adakah dia juga sedang membaca apa yang diluahkan aku? adakah dia tahu seorang lelaki juga bisa berbicara dengan perasaan....tidak semua lelaki gagah dalam amarahnya terkadang , dia hanya nampak ego dimata, namun dihati punya taman mekar mewangi yang tiada seorangpun tahu..penzahirannya..
 kecuali ALLAH..DAN MUNGKIN saya juga lelaki yang begitu....

hari ini tubuh gagah ini lesu , mungkin letih benar berjalan dimuka bumi ALLAH....mungkin juga letih melihat gaya manusia yang berpura-pura menjadi diri mereka....terkadang rasa sunyi yang selalu berkawan denganku mengajarku melihat ragam manusia dalam satu sudut teliti...tak semua mereka boleh menjadi diri mereka , kerana demi cinta mereka mudah berubah untuk menjadi seseorang yang terbaik dari pandangan pasangannya....dan aku melihat dari satu sudut lagi...sejauh mana , mereka boleh menerima seseorang itu seadanya jika selalu menjadi orang lain?
mungkin ketika bercinta segalanya indah , bila bernikah nanti bagaimana pula? gaya dan retorik penghujahannya? manis mulut manusia itu adalah penzahirannya dalam hati hanya ALLAH yang tahu...jadi berhati-hatilah kawan-kawan...semua..

terkadang ALLAH mencipta perpisahan dan pengakhiran bercinta mungkin kerana bila mana kamu dengannya , kamu lupa akan ibadatmu , dan mungkin bila mana bersama pasanganmu itu dia mengajarmu untuk melupakan tuhanmu , sebab itu ALLAH mencipta jurang kerana dia ingin selamatkan kamu dari harga cinta murahan , dan jurang itu berbentuk kesedihan sementara yang pengakhirannya mungkin senyuman sinis sepanjang hidupmu dengan ALLAH menemukan seseorang imam / zaujah yang menerima kamu apa adanya...


terkadang perasaan itu tidak perlu dibalas , cukup sahaja membuat mereka merubah fikiran tentang hati , mungkin kamu boleh sentuh hati mereka dan membuat mereka bermuhasabah mengenal cinta , kerana cinta dan perasaan yang ikhlas tidak pernah meminta balasan dan pabila ia penat barulah langkahan pergi meninggalkan semua dan segalanya , menanti cinta berbalas amat memenatkan jika dia tetap tidak mencuba berubah....
 umpama menanti bulan jatuh diribaan , kerna sangat mustahil ia berlaku ..
keindahan malam itu terhias berseri bersama bintang 
dan mustahil untuk menyentuh keindahan nya dengan hanya berangan untuk memilikinya...padahal dia tetap tidak terbuka hati menjengah kotak hati kita...

ya ALLAH aku menyemai niat yang baik , bukan hanya ingin memilikinya , namun ingin menikahinya , jika pilihanku ini memudaratkan aku , maka kau jauhkanlah aku dari berbunganya hati tatkala melihatnya...jika ukhwah ini berjalan dengan lama jangan sampai aku terlalu menginginkannya , tanamkan hati ini rasa ego kerna aku tidak mahu terjatuh lagi , aku tidak mahu dilukai lagi , sungguh biar perasaan ini tidak menjadi seperti sebelumnya kerana aku lelaki biasa dan bukan siapa-siapa...
untuk hamba ALLAH itu...biar dia selalu bahagia kerna dia juga perlu tahu tak akan ada lelaki sempurna dimuka bumi ini kerana manusia selalu terbias dan berdosa....
namun dia harus tahu aku selalu bersiap menjadi imam , teman dan sahabat yang baik untuknya..jika benar dia tidak suka akan diriku jangan pernah bercerita tentang rasa rindu kerana sememangnya rindu itu mematikan iman dan langkahan hati ini....kerna kamu gadis pesonamu bisa merobek relung hati ini..

bolehkah saya menjadi sebahagian dari hidup awak?
saya tak punya apa-apa..
mungkin saya bukan impian awak...
kerna impian awak itu terlalu besar untuk saya merubah diri ini..
jadi saya menjadi diri ini apa adanya...walau bukan menjadi impian awak..
cukuplah awak tahu , manusia tidak pernah sempurna..
mungkin saya buruk dalam pandangan mata awak..
namun niat hati ini indah jika diukur ALLAH..
awak , jika awak ingin lelaki yang kacak pada wajahnya..
tinggi pada fizikalnya , dan manis pada senyumannya...
semua itu tiada pada saya...
saya cuma ada hati yang istiqomah pada awak sahaja..
saya tak akan persiakan rasa hati yang ALLAH beri..jadi walau awak tak pernah suka saya..
ubahlah pemikiran awak tentang lelaki..
bukan semua lelaki pemain cinta..yang pasti dunia ini banyak ragamnya...
saya dengan cara saya...saya bermuhasabah dengan kekurangan diri ini..
saya ingin menjadi imam yang baik buat awak..
meski tiada ruang saya dihati awak...cukuplah awak tahu saya sedang menjadi sebahagian dari hidup awak..


saya tak minta hati gagah ini disentuh awak , saya akan memberi semahunya , saya menjadi diri saya... untuk awak sahaja bukan untuk gadis lain..cuma awak untuk awak dan buat awak..
awak perlu tahu lelaki juga tahu maksud ikhlas , lelaki juga tahu rasa setia bukan semudah janji jika diukirkan , kerna saya salah seorang lelaki yang ditinggalkan...dipermainkan dan disakiti namun saya tidak pernah membalas cukup sahaja saya membiarkan penghukuman tuhan..
demi ALLAH saya tak pernah dendam dengan gadis saya juga tidak pernah rasa bencikan gadis...
biar segalanya berjalan atas jalan ALLAH..
saya ingin awak tahu wujudnya saya adalah untuk menjadikan tangis awak itu satu kerugian , awak berhak dihargai , awak berhak dicintai dan awak berhak merasa tautan hati dari hamba ALLAH ini , meski saya tak punya seribu kemegahan dunia , saya tetap setia memerhati awak meski kita tiada hubungan khusus , cukuplah awak tahu....


saya istiqomah dan setia menjadi seseorang yang diperlukan awak..

aku tidak pernah merasa bahagia dengan dunia ini , cukuplah melihat bonda tersenyum dengan gaya bersahaja ini , aku yatim nestapa, aku menjadi semuanya untuk bonda...
bukan hanya hari ini , hari ibu , kerna padaku hari-hari adalah hari ibu....
bonda...anakmu sedang melukiskan perasaan ...restukanlah niat suci ini , doakanlah rasa ini menjadi rutin dan selamanya menemani hari-hari sunyi ini...
Bonda andai mereka boleh mengukur rasa hati ini  dalam-dalam,  adakah mereka akan mempersiakan kewujudan aku dimuka bumi tuhan ini? 
walau dunia ini sementara aku berharap ia bakal memberi aku kenangan paling berharga dengan menemui orang yang benar dalam kamus hidup ini , aku tetap bermuhasabah aku tidak sempurna jadi aku selalu bersiap ditinggalkan...kerna mata manusia hanya memandang kesempurnaan bukan penerimaan seadanya...

satu masa nanti aku akan pergi , sungguh dunia ini tidak selayaknya ditangisi namun bermujahadalah , bermuhasabahlah..kerana setiap impian itu tidak selalu akan tercapai namun apa yang terjadi itu rencana ALLAH makanya semuanya punya hikmah yang tiada taranya...

mimpi indah tercipta buat kita..
berteman awan indah memutih..
serta pelangi ceria..
mampukah kita pertahankan mimpi?
adakah mendung hitam akan melanda..
... kerna mimpi hanya sementara..realiti juga milik kita.. ♥ ♥

Syuk al-hafiz>
                                                                           


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

^_^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥