Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, May 17, 2012

: Kerana Niat ingin nikahimu :

                                                                                    

                                                                            

   bukan bermakna aku sengaja menyentuh hatimu bukan juga madah pujangga yang membisikkan aku selalu ada disisimu nanti namun rasa ini datangnya dari ALLAH aku bersungguh inginkanmu dan insya-ALLAH aku akan selalu istiqomah menjaga hati ini hanya buat kamu ♥ ♥

< Syuk al-hafiz>     

aku mungkin tiada hati ingin semai benih cinta pada ketika ini , niat hati selalu dipandang suram walau aku bersungguh ingin memilikinya , kata bonda buat apa pun perkara mesti dengan kesungguhan walau mereka tidak membalasanya cukup sahaja dapat merasa apa yang ingin disampaikan kita , subhanallah aku ingin meninggalkan perasaan fitrah yang ALLAH beri ini, kerana hadirnya perasaan ini sangat menghukum peribadiku....rasa itu juga selalu merubah hariku adakala suram , muram , suram....adapun diketika ini rasa itu tidak sampai...dan aku membiarkan rasa itu pergi mungkin aku masih punya kekurangan yang tidak bisa diterima sesiapa...

aku sedang bercermin , melihat susuk tubuhku , melihat fizikalku, lalu aku berfikir dari segi fizikal aku juga masih punya kekurangan , inikan pula rohani , sahsiah mahupun intelektual ,sungguh gadis yang selalu cuba ta'aruf denganku akan pergi bila melihat terzahirnya fizikalku , aku seorang yang banyak kurangnya , namun aku bersyukur pemberian tuhan jadi aku hanya tersenyum sukar mencari seseorang yang menerima kita apa adanya , itulah lumrah dunia....

semua orang punya pilihan , punya angan dan punya cita-cita , aku hanya punya ilham pengalaman dari kisah duka , dan ilmu agama yang sekankang kera , namun peribadi biasa ini adalah diriku apa adanya..aku tidak meletakkan gadis yang sempurna bakal menemani hari sunyiku bakal bersama-sama ke syurga tuhanku , cukuplah dia gadis yang menjadi dirinya, yang bersiap dibimbingi , yang selalu perlu panduan imam sepertiku...akan tetapi dia bisa menegurku jika aku juga membuat kekhilafan...sungguh aku ingin selalu berkongsi suka dan duka...hanya buat dirinya tiada yang kedua dan seterusnya...

niat hati ini bersungguh ingin kamu tahu, aku sangat bertuah mengenali kamu, sampai masa aku akan menikahi kamu, menjadi imam kamu, solat jemaah selalu, dan menuju ke rumah Allah bersama kamu, hati ini sangat berbunga keranamu, Allahu Akhbar ♥ ♥

dia tahu aku meyemai niat hati ini namun dia berpura tidak tahu , dia hanya melihat retorik penghujahan ini membias pergi ..katanya semua lelaki sama...

namun adakah dia tahu , sejak aku melalui jalan-jalan maha sakit ini aku selalu bermuhasabah bersangka baik kepada ALLAH segala yang berlaku pada hamba ALLAH ini punya hikmah , sudah tertulis di luh mahfuz jadi aku selalu bersiap menghadapi sebarang kemungkinan meski ditinggalkan ^_^

terkadang aku nampak gagah melalui semuanya akan tetapi tahukah dia tubuh gagah ini juga perlu kasih sayang , perlu bisikan semangat , adakah aku bakal melalui liku-liku hidup ini dengan sunyi , sepi dan sendiri...?adakah wajar keadaan itu selalu memelukku? aku juga punya perasaan jadi , jangan sentuh hati ini jika hanya ingin membunuh langkahan imanku...

Memilih cinta tidak semudah menukar sepersalinan baju... Tidak juga seperti angin menyapa lalang yang berlalu tanpa arah tujuan.. Namun cinta itu biarlah umpama menyemai anak pokok jika ingin pokok yang subur jangan lupa selalulah menjaga bajailah pokok itu dengan benih kehambaan insya-Allah selagi berhubungan kita akan selalu ingat tuhan..

prinsip hidup ini...walau nampak sangat sinis tapi inilah diriku apa adanya aku tak bisa menjadi manusia lain kerana niatku hanya satu ingin menikahi kamu..


sejak ada kamu walau hati rasa sedih aku belajar erti ketabahan menerima sikapmu kata ibu imam yang hebat dia bisa melalui dugaan hidupnya dengan menerima pasangannya apa adanya,.. 

dan bila aku rasa disakiti ketahuilah kamu aku berdoa agar kamu bisa mengawal amaramu ,walau aku dimarahi kamu , ketahuilah aku tidak akan marah seperti apa yang dilakukan kamu kerna yang pasti , aku akan selalu menjadi air mematikan api yang sedang marak di lubuk hatimu itu...

disaat kamu menipu menyusun janji dan kemanisan kata cinta , bisik imanku jangan kau terbuai perasaan meski aku juga sedang berkias tentang retorik cintaku...aku masih mengingatkanmu aku ingin menikahimu...aku cuma ada kamu....aku hanya perlu kamu...aku bersiap untuk membimbingmu...ketahuilah wahai kamu...aku ingin menjadikan kamu gadis lebih baik dari sebelumnya...

bila kamu tanya perihal , gadis idamanku ...aku hanya senyum...kerna yang pasti aku sendiri tidak memikirkan idamanku...sejak mengenal kamu...walau gadis itu punya seribu kecantikan dunia...ketahuilah aku cuma menginginkan kamu....aku rasa tautan hati itu...aku dapat rasa....

ketika istikharaku yang mencecah ratusan malam dalam jutaan masa ingin aku katakan...bukan sekali aku nampak kamu...walau kamu menyakiti aku...aku cuma nampak yang kita bakal solat berjemaah dan aku menjadi imam kamu...hati ini terasa tenang tatkala melihat kamu...jika benar kamu milikku aku akan terus menunggu hingga kau sedar yang aku dari dulu lagi tercipta buatmu...bukan lelaki lain yang engkau tunggu...

wahai kamu yang selalu membaca nukilan hati ini , aku datang mungkin kerana bisikkan doamu , kamu menginginkan lelaki yang selalu istiqomah dan setia pada tautan hati , jadi aku datang ikhlas kerana itu aku juga akan pergi bila apa yang aku sampaikan difahami kamu...sungguh lukisan hati ini berwarna kerana ispirasinya adalah kamu...bukan orang lain bukan juga gadis lain...aku tidak pernah melihat kecantikan gadis yang lain kerna aku ingin kau tahu , peribadi lembutmu jauh lebih cantik dari dunia dan segala isinya...

aku tak perlu gadis lain , kerna meraka tidak memahami niat ikhlas ini hanya kamu sahaja tahu , hanya kamu sahaja rasa , walau kamu berpura-pura aku tetap tahu yang kamu juga dapat rasa apa yang aku rasa....niat hati ini ingin nikahi kamu...demi ALLAH yang menciptakan aku..


LELAKI yang cintakan masjid dan suka akan perkara-perkara kebaikan dan melakukannya , dia bakal membawa kamu ke syurga insya-ALLAH.. dan lelaki yang selalu membuat kamu bahagia namun membuat kamu lupa akan tuhanmu , dia bakal membuatmu jauh dari rasa kehambaan dan juga jauh dari rahmat tuhan♥ ♥
PERMUDAHKAN segala langkahan ini , agar tidak tersadung jatuh menyembah bumi , permudahkan aku memilih zaujah yang bisa aku bentuknya dengan bicara imanku andai aku selalu bermuhasabah , aku juga bakal mendidik zaujahku erti kerendahan hati , biar segalanya bersyahadat cinta kerana ALLAH dan tautan hati ini juga biar bertasbih mengingati-NYA ♥ ♥





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥