Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, April 19, 2012

: Segalanya Tentang Kamu :

                                               


"Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia. Wahai diri ingatlah...setiap gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua."

Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata, Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi 'musabbabil asbab'. Jika kau disakiti, Dia sedang mengajarmua erti redha.



Wanita itu.....
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

dikala aku melihat keindahan bintang dilangit , aku terlihat betapa indah ciptaan tuhan yang tiada tara , dan pabila aku melihat raut wajahmu hati kecilku terdetik ,aku mencuba untuk menunundukkan pandangan namun mata akalku tidak bisa menipu kamu juga salah satu ciptaan ALLAH yang sangat indah,  hadirya kamu membuatkan imanku tertunduk malu...siapakah kamu?

aku sedang mencuba mengikiskan pesonamu dikedua belah mata, tiada siapa tahu hati ini tersentuh melihat langkahan ayumu , melihat pekerti mahmudahmu , sungguh aku sedang meminati kamu dalam kesamaran dan tiada seorang pun tahu , bila aku melakukan ibadat menghadap tuhanku , mata nakal ini terfikirkanmu maka aku berdoa , ya ALLAH jika dia jodohku dekatkan hatinya jua hatiku namun jika dia bukan jodohku , jauhkan aku dari pesona nya yang membebankan mahar lelakiku...

aku sangat menjaga hati , kali ini aku tidak akan membiarkan diri ini , ditinggal sepi , setelah meletak harga istiqomah pada satu gadis , dan aku dilukai dengan amat sangat , hati ini dihiris menjadi keping-keping lalu , kelukaan itu bercampur dengan erti dusta dengan berbunganya benih-benih janji setia , namun apakan daya janji manusia segalanya berakhir longlai , hanya sebelah pihak sahaja meratapi harga setia pada gadis yang salah...dan gadis yang dulu sedang bahagia dengan lelaki disekelilingnya ^_^

WAHAI gadis maaf mata ini terliar melihat pesonamu , aku sedang menahan mata ini melihat keindahan di wajahmu , akan tetapi aku rebah di pangkuan nafsuku , insya-ALLAH akan aku selalu bermuhasabah diri , akan aku mengukur baju dibadan sendiri , biar aku meminati kamu dari kejauhan dari aku terjerumus dari siksa cinta yang bakal melemahkan imanku...aku minta maaf , aku bukan dalam kalangan terbaik untuk menjadi idamanmu kerana idamanmu sungguh sempurna dan punya keistimewaan dunia yang tiada tara dan aku tidak punya apa-apa kerana aku sekadar lelaki biasa...^_^


‎'' Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku, Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan yg Engkau Redhai, Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku, Maka pisahkanlah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau ya للّهُ"..Aamiin ya Rabbal'alamin.




Terkadang,bila ujian menimpa diri kita,
kita cepat mengeluh & mengalah,
Kita seolah2 menyalahkan takdir atas ujian yang menimpa..
tapi,sedarkan kita..ujian itu hadir untuk menguatkan kita,
untuk meningkatkan keimanan kita,untuk menguji ketabahan kita..
dan kerana kasihnya Allah pada kita..Sekalipun jiwamu teruk terluka,percayalah,Allah telah pun menitipkan penawar untukmu,
kerana dalam setiap derita,pasti ada bahagia..Insya-Allah..


wahai hati , jaga matamu jangan melihat cantiknya gadis, kerana cantik pada mata selalu menipu , wahai iman nasihati hati jangan kerana cantik gadis itu , kamu terus tertawan ingin mencintainya padahal mungkin sahaja , ramai lagi ingin memilikinya , wahai relung-relung iman andai kata kecantikan itu bisa berkekalan lama , maka cintailah dia , namun bila mana hilanglah cantik kerana usianya? apa yang tinggal untuk kamu terus mencintainya?

wahai lelaki , gadis yang cantik akan dipandang oleh semua lelaki yang lain , sudah bersediakah kamu untuk berkongsi pandangan itu untuk semua orang? wahai arjuna yang berpuisi cinta , adakah harga puisi cinta ini terhias kerana berbunganya perasaan pada si cantik itu padahal , si cantik itu sedang menunggu tautan hati pada sitampan , dan bukan pada kamu yang biasa sahaja?

akan tetapi jika kamu menjadi diri kamu apa adanya , dan membuat mereka semua senang dikala bersama kamu insya-ALLAH , apa sahaja yang kamu inginkan akan tercapai namun jika masih tidak tercapai sedarlah ALLAH akan memberi yang lain untuk kamu selagi kamu selalu bermuhasabah mengenal dosa-dosa semalam ^_^

aku memilih untuk melihat dari kejauhan sambil berdoa , semoga ALLAH datangkan aku dengan seseorang yang bisa menyentuh hati ini dengan imannya , dan pabila tiba masa akan aku menikahinya , insya-ALLAH dengan lafaz sakinah yang bersyahadatkan cinta kerana PENCIPTANYA ^_^


                         


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

xkan lari gunung d kejar..
hilang kabus npaklah DIA..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥