Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang...
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang...
andai wujudnya aku hanya menjadi peneman sepinya , apakan daya diri ini, namun jika kamu berkata benar aku akan tetap menunggu kamu, walau aku diletak disatu sudut sunyi yang hanya ada aku dan ALLAH menjadi temannya , aku tetap akan berdoa untukmu kerna doa itu perkara terbiasa dan menjadi rutin untukku ^_^
wahai hamba ALLAH aku juga punya hati namun hati ini selalu dipijak sepi , jika aku berdosa ingatilah aku apa salahnya kamu jujur , jika melihat aku berduka adalah kebahagiaanmu , aku masih tersenyum kerana ALLAH sedang mengajarku erti tabah dalam jalan-NYA..
wahai hamba ALLAH pemain cinta , jika aku memberi hati aku biasa lupa untuk menjaga hatiku sendiri , dan hati yang aku berikan padamu , kamu meludah dengan mudahnya kamu jadikan hati ini tempat pembuangan sisa yang dipandang jijik oleh mata fikirmu , subhanallah aku masih akan tersenyum , kiasan senyuman ini selalu dibaluti dengan rasa sabar , hati ini sudah lama jinak dengan meliarnya janji-janji manis manusia akan tetapi janji ALLAH lebih membuatkan imanku menebal biar aku dalam kehampaan cinta hamba ALLAH...tetapi tidak jauh dari rahmat ALLAH insya-ALLAH....
wahai hamba ALLAH mahar gadis itu selalu dipandang sepi , namun mahar itu akan menjadi murah bila dengan mudah kamu , menjual erti ukhwah dengan berkawan dengan banyak lelaki , adakah kamu tahu aku hanya ada kamu? istiqomah hati ini hanya tertulis namamu...insya-ALLAH jika aku diberi jawapan oleh ALLAH lelaki yang tidak sesuai buatmu maka nyatakanlah kepadaku...aku akan pergi menjauh , biar hati ini dalam kerpasan asal imanku tidak bergolak kerana pesonamu..
aku tidak bijak menunjukkan rasa sedih dihadapan semua orang , biar mereka anggap aku lelaki terpaling bahagia kerana selalu membuat sahabat-sahabatku tersenyum namun kalam kedukaan ini , aku simpan rapi menjadi lukisan perasaan dalam blog usang ini , ALLAH tahu apa sahaja niatku semua kerana tautan hati dalam istikharah , selagi hidup ini penuh dengan pilihan aku akan selalu istikharah ....insya-ALLAH..
dalam kegagahan hati seorang lelaki selalu "mereka" akan berkata lelaki ego namun , aku selalu memilih untuk menjadi lelaki yang rendah hatinya.. sudah cukup rasa yang bersulam dalam lubuk hati , walau maha sakit aku redha...kerana hati manusia tidak selalu dalan ketetapan, dia bisa dibolak-balikkan, kerana hati adalah sekeping zarah yang lembut namun terpaksa memikul berbagai jenis perasaan dan bila mana ia terbeban dia hanya akan memikirkan bahagia untuk dirinya..dan dia lupa orang lain, sepertiku ^_^
subhanallah , aku akan selalu menjadi lelaki yang sederhana , berniat baik atas segala perlakuan biar aku dipandang sepi , biar aku dipandang sinis , kerana harga lelaki ini tidak mudah dibeli dengan salam persahabatn yang murah , biar aku dikatakan sombong asal, aku tidak dipermiankan lagi , aku akan jadi diri ini , selalu bermuhasabah , aku bukan lelaki yang baik namun atas rahmat ALLAH aku akan selalu berusaha memperbaiki diriku menjadi lebih baik dari semalam..
kata bonda aku terlalu naif , naifnya aku menyebabkan aku dijadikan permainan oleh sebilangan yang lain...
kata bonda aku lelaki yang terlalu mudah sayang orang lain dan bila mana aku sayang , aku lupa sayang akan diriku..
kata bonda aku mudah ramah dengan semua orang sebab itu aku disukai oleh pelbagai masyarakat namun , ada juga mereka yang punya hasad terhadapku meski aku tidak pernah membalasnya..
dan kata bonda jadilah diriku apa adanya, biar ramai mereka berasa senang ketika denganku nanti, bila sampai ajalku NANTI insya-ALLAH ramai juga bakal mendoakan kesejahteraanku selagi aku tidak penat melakukan kebaikan didunia tanpa mengeluh dan ikhlas insya-ALLAH...
wahai ALLAH andai dia perosak bahagiaku , hapuskanlah rasa kasih dalam hati ini untuk dirinya , meski aku selalu memaafi segala tingkahnya , ajari aku rasa bahagia yang hakiki yang selalu menjadi milikku buanglah rasa sepi ini kerana hadirnya sepi ini selalu membuat aku jauh dari maksud bahagia itu..sunggguh aku sangat bahagia meluahkan isi hati dalam setiap malam bercerita tentang rasa sakit yang selalu menjadi milikku ya ALLAH...aku bersedia menerima sesiapa sahaja untukku namun kikiskanlah pesonannya dikedua belah mata....aku memohon dengan sangat!!
1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:
jika kamu ingin bhgia s'umr hdp..
thnlah drimu utk b'bhgia sblm engkau b'hak mjd milik "Si Dia"...^.^
Post a Comment