Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, April 15, 2012

: Bila Kamu Dalam Perhatianku :

  
...makin kuat peganganmu pada agama, makin kuat kasih dan sayangku padamu... hanya Tuhan yg tahu... kerana, hati ini dan segala yang ada  kini dan yang ada padaku hanyalah amanah dari-Nya...
   

 ♥ ♥ semakin sukar untuk mendekati gadis itu semakin tinggi kemahuan untuk mendekatinya , jika niat baik, nawaitu ingin menikahinya pelihara niat itu jangan sampai ternoda , semai rasa hati itu dengan menunggu penuh setia dan istiqomah , insya-ALLAH keberhasilan menunggu itu terzahir dengan lafaz sakinah yang bersaksikan ALLAH , pengakhiran cinta itu biar sampai syurga subhanallah ♥ ♥      


●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬● 

MUSTAHIL => Bagi seorang LELAKI BOLEH MEMBAWA seorang WANITA MENETAP DI BULAN atau PLANET – PLANET lain..

TETAPI..!!

TIDAK MUSTAHIL => Bagi seorang LELAKI MEMBAWA seorang WANITA MENETAP DI TEMPAT YANG JAUH LEBIH INDAH iaitu SYURGA ♥♥

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●


wahai gadis , ingin aku mengingatkan kamu , jika ada diantara lelaki cuba mendekati kamu , jangan terlalu mudah menyambut salam perkenalan itu , jika harga gadismu tinggi, bingkas kamu harus tersenyum , jangan sampai dikatakan sombong, jagalah maharmu jaga juga akhlakmu sesungguhnya kamu sedang diperhati oleh sebilangan mata yang lain walau kamu tidak perasan hadirnya mereka ..

wahai gadis , jika tawamu menjadi pesona yang paling indah ,jagailah ia , jangan sampai membuat ramai pemuda jatuh cinta padamu , sungguh jika kamu selalu menjaga peradabanmu, maka kamu masih lagi diperhati oleh mata lelaki lain.. namun mata lelaki lain  juga sedang  mencuba mendekatimu...

wahai si gadis , jika kamu ingin menjadi impian lelaki soleh maka perbentuklah imanmu , lelaki soleh akan hadir dengan tautan hati dari ALLAH , ALLAH bakal menghadiahkan lelaki soleh hanya buatmu.. itupun jika kamu selalu istiqomah menjaga mahar gadismu 
dan tidak mudah terhanyut dengan dugaan dunia yang selalu menggila..

wahai gadis jika ada lelaki yang meminati tingkah sopanmu , maka kamu harus menjaga lebih lagi, jika dia benar inginkanmu , tanyalah kepadanya apakah yang ada padaku sehingga kamu terlalu suka kepadaku dan jika jawapannya kecantikanmu maka tinggalkanlah dia , kerana mahar harga solehah itu terletak pada santun budi bahasa dan juga  terletak pada sudut iman yang terluar biasa ^_^

wahai gadis , jangan selalu meninggikan suaramu , kerana suaramu itu  juga bisa mempesona, jadi berkatalah dengan cermat , teratur dan bila perlu,   harus kamu ingat jika banyak berkata hati akan mati.. dan kamu sedang melakukan perkara lagha kerana lupa akan dunia yang sementara....

wahai gadis jangan cepat beramarah , sabarlah  sesungguhnya sabar itu indah disisi ALLAH mungkin kamu bisa mengeluh tetapi sedarkah kamu jika sabar itu menjadi perisai dirimu, mungkin kamu bisa menyentuh hati lelaki impianmu..mungkin juga ia adalah salah satu keistimewaanmu yang tiada pada gadis lain..




wahai gadis jika kamu mengangankan seseorang yang bisa membimbingmu , cubalah berdoa tunggulah jodohmu itu ALLAH menciptakan setiap mahluknya berpasang-pasangan insya-ALLAH jika kamu selalu menjaga akhlakmu , akan datang seorang lelaki yang menjaga akhlaknya juga buatmu ^_^ insya-ALLAH taala...





subhanallah aku sedang mengingati kamu, dan aku juga  sedang menasihati diriku , aku mencuba menjadi imam yang baik buat dia yang tertulis untukku ,
aku tidak sempurna kerana aku juga terbiasa dengan dosa ,
wahai gadis jika kamu ingin tahu , aku bukan dalam pilihan hatimu..namun aku berusaha menjadi sebutan penghuni syurga , biar namaku tidak se'gah pendaie lain , caraku membimbing kamu dalam keadaan santai aku mematahkan langkahan hanyutmu dengan bicara  pujanggaku , biar tunjang segala bicara ini atas nama ALLAH aku akan selalu ingatkan kamu rasa kecintaan pada ya Malik KERANA DIA mencipta segalanya  , aku tidak sempurna jadi jangan letak aku dalam keadaan tertinggi dalam carta hati.. letaklah aku biar dalam senarai pendek yang bisa dibuang jika punya cela pada penipuan mata...

di satu sudut sepi aku pernah mencintai seorang gadis , dengan mengenalinya segala apa yang aku tuliskan selalu dalam inspirasi yang tinggi , aku boleh menghujahkan baris ayat dengan hiperbola yang sangat menyentuh hati , namun ALLAH lebih sayangkan dia , dan dia telah kembali menemui illahi...dan rutin hidupku hanya lah mendoakannya disana..

wahai gadis , aku juga pernah melalui rasa sakit di dalam hati iman ini pernah terkoyak , lalu darah yang mengalir membuatkan aku terhanyut , lumpuh imanku ketika itu dan dikala itu juga aku muhasabah diri aku masih bangun dan teruskan hidup ini meski , hati ini selalu mati melihat salam perkenalan dari ajnabi , kerana hati ini belum bersedia untuk bercinta lagi...


semoga segala nasihat ini kembali bersemai dalam jiwa , biar semaian itu tumbuh melata , kerana anak pokok cinta itu bisa menjalar dan debungannya indah tatkala kembang mekar kerana iman dan agama , sungguh aku akan istikharah lagi demi mencari siapa dia pemilik tulang rusuk ini ...


sesungguhnya dia perlu tahu aku selalu menunggunya dan aku selalu mengilhamkannya dalam kiasan-kiasan pujangga ini , kerana tanpa dia hasil kerja ini tidak berbunga dan tiada serinya ^_^

Senyum akan membuat kita lebih baik
Doa akan menjaga kita agar tetap sabar
Cinta akan mengajarkan kita erti kehidupan
Persahabatan akan membuat kita mengerti erti kesetiaan
Masalah akan membuat kita mengerti erti kedewasaan

Kehidupan dunia akan menentukan siapa & bagaimana kita dikehidupan akhirat

Jika bertemu orang baik, 
ertinya Allah mengirim contoh untuk diteladani. 
Jika bertemu orang jahat, 
ertinya Allah mengirim contoh buruk agar tidak ditiru. 
Jika hari ini berjaya, 
ertinya Allah memberi contoh cara kerja yg baik untuk diteruskan.
Jika hari ini tidak berhasil,
ertinya Allah memberi contoh sesuatu yg harus diperbaiki.
"Kehidupan adalah wahana belajar"


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

*ayu_syuhada* said...

TERIMA KASIH..
dgn izin Allah katakata di atas sebagai permulaan suatu yang baru untuk hidupku..

DiniSyamimi said...

niat menentukan cara. :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥