Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, April 1, 2012

: Kerana Terlalu Menginginkannya ^_^ :

                                                                             
                                                                           
 saya nak duduk jauh-jauh boleh ? cukuplah memerhati kamu dibawah teduhan pokok itu , tidak perlu mengucap kalimah sayang cukup sahaja menyimpan dalam hati , andai ada jodoh ALLAH tetap akan menemukan kita walau jauh kamu melangkah , ALLAH tetap memberhentikan langkahan kakimu untuk melihat aku dari kejauhan itu insya-ALLAH ♥ ♥

Wahai sahabat jangan kerana kamu terlalu menginginkannya kamu melawan arus hukum , menodai kesucian agamamu , mendustai lafaz syahadat tuhanmu , akan tetapi jika hadirnya hamba ALLAH itu bisa mengoncang mahar imanmu maka istiqfarlah , semoga ALLAH memberkati rasa hati itu jangan diracuni dengan nista noda nafsu dari cantiknya pesona gadis itu...


tidak semua apa yang kita inginkan bakal membawa kita pada jalan keinginan itu jika ALLAH berkehendak yang lain maka ada sesuatu rencana yang maha hebat ALLAH tuliskan khas buat kita , mungkin dia cantik namun bukan untuk kita , mungkin dia solehah tapi bukan jua untuk kita , mungkin dia insan yang paling membenci agama jika dia memang tertulis untuk kita mungkin ada tanggungjawab yang ALLAH ingin kita huraikan pada landasan yang betul , benar dan DIA sahaja yang maha tahu....persiapkan diri kita untuk menempuh segala cubaan itu kerana ALLAH lebih tahu dari kita ^_^


boleh jadi kamu terlalu inginkan dia yang cantik , disamping itu kamu juga ingin dia yang solehah , dalam pada itu wujud banyak pilihan dihadapanmu , maka hati kecilmu mula berkata ...


gadis ini cantik tapi sayang dia tidak tahu memasak,
gadis ini solehah namun dia tidak punya kecantikan di wajah,
gadis ini cantik sayangnya dia punya sakit tidak bisa melahirkan zuriat,
gadis ini tidak cantik namun dia subur malah dia hormat akan orang tua,


dalam semua retorik hati itu , kamu semakin bercelaru memilih pilihan terbaik buatmu berdamping denganmu untuk menghabiskan sisa hidup bersama,
namun jika kamu seorang lelaki yang soleh , kamu bingkas mematikan rasa hati itu dengan sebaris ayat , insya-ALLAH jika dia punya kelemahan apa kurangnya aku , manusia tidak dicipta dengan sempurna pada tingkah juga pada perlakuannya namun manusia sudah cukup sempurna menjadi mahluk ciptaan yang esa , maka aku memilihnya kerana aku yang akan mendidiknya walau siapapun dia , aku tetap akan menjadi imamnya melengkapi kekurangannya..


jika kamu ada hati dengan hamba ALLAH itu , simpan hati itu hanya untuknya , berdoalah pada ALLAH agar ALLAH juga tahu kamu bersungguh inginkannya , siapa tahu dia memang untuk kamu , namun kamu harus bersabar ALLAH ada jalannya sendiri untuk menemukanmu dengan dia , jika dia selalu hadir dalam setiap sudut mayamu... maka istikharah cinta jangan biar syaitan mencuba menyelinap relung hati , hadirnya laknatullah itu hanya bisa mematikan rasa cinta itu dengan sulaman nafsu maka jadinya bila kamu tidak mendapatkan cinta gadis itu , mulalah kamu menukar rasa cinta menjadi dendam...
jika dia benar untukmu tunggulah dengan istiqomah ALLAH tetap akan beri kamu seseorang yang memang sesuai untukmu hanya untukmu insya-ALLAH bersabarlah sahabat...


tidak salah jatuh cinta , menjadi salah bila kamu terbuai dengan perasaan sendiri , kamu melupakan ALLAH , melupakan agamamu sesungguhnya ALLAH tahu apa yang dia rencanakan boleh jadi dia memang milikmu namun belum masanya lagi , dan boleh jadi dia bukan untukmu dan ALLAH bakal menghadiahkan seseorang yang lebih indah darinya khas untukmu...
jaga hati kamu , jaga mata kamu , jaga iman kamu...
kerana lelaki yang soleh adalah mereka yang bisa melawan godaan nafsunya sendiri insya-ALLAH KAN ^_^




|Tak perlulah terkejar-kejar mencari cinta ^‿^

|kerana suatu saat nanti,cinta yang akan datang mencari kita ^‿^

|Sesungguhnya,kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang menentukan ^‿^

= Carilah cinta dan redha Allah terlebih dahulu , percayalah dengan janji Allah =



◕ Di dunia dan di facebook ini kita boleh BERLAKON pelbagai watak
◕ untuk meraih pandangan manusia
◕ tetapi kita jangan lupa bahawa PANDANGAN-NYA AMAT TELITI
◕ Buatlah sesuatu dengan jujur dan ikhlas
◕ kerana yang kita harapkan pandangan-Nya, bukan pandangan manusia
◕ PERBANYAKKAN bekalan kerana perjalanan kita disana amat jauh
◕ betulkan amalan kerana titian sirat amat halus
◕ dan ikhlaskan dalam beramal kerana PEMERHATI AMAT TELITI



Yang KITA DAPAT, tidak semestinya yang KITA SUKA.
Yang KITA MINTA, belum tentu YANG TERBAIK buat kita.
Yang terbaik buat kita, TIDAK SEMESTINYA Allah suka.
BELAJARLAH REDHA apa yana KITA ADA.
Itulah YANG TERBAIK buat kita.
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Allah menguji kita dengan sesuatu yang SANGAT KITA SAYANG lalu diberi oleh-Nya cubaan KEHILANGAN.

Allah juga menguji kita dengan SEBUAH IMPIAN yang amat kita harapkan
tetapi.......
kita terduduk berlinangan air mata saat IMPIAN KECUNDANG.

Ya....kita hamba pada-Nya Yang Esa...dan DIA boleh membuat apa sahaja

TETAPI

PERCAYALAH.....walaupun ditariknya NIKMAT yang ada,

DIA sebenarnya sedang MENGATUR SESUATU yang LEBIH INDAH DAN BERHARGA.

Oleh itu...JANGAN BERSEDIH.
Dunia ini TIDAK SELAYAKNYA untuk kita TANGISI TERLALU LAMA sehingga kita lupa yang kita sebenarnya sedang bersedih di dunia yang sementara.
JANGAN kerananya...KITA LUPA AKHIRAT KITA.
BANGKITLAH....sedarlah dari lena yang terlalu lama...
MULALAH HARI BARUMU.......



◕ SEJUJURNYA saya BUKAN ORANG BAIK
◕ tetapi saya mempunyai CITA-CITA untuk MENJADI BAIK
◕ Bila saya tegur kesalahan orang lain
◕ bukan bermakna saya lebih baik dari kalian
◕ cuma ianya untuk TELADAN kepada DIRI SAYA SENDIRI
◕ bahawa hidup ini TERLALU SINGKAT
◕ dan TIDAK DAPAT KITA NIKMATI jika KITA JAUH DARI AGAMA
◕ dan TIDAK PATUH PADA ARAHAN DARI-NYA










Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian..
ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah..
ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan..
ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik..
InsyaALLAH..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥