Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, March 17, 2012

senyum sejenak :

                                                                                  
                    "Perempuan mana yang meminyaki rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratul mautnya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Sirat"    

                             Sebenarnya kita cantik. cantik sebab, Allah yang cipta kita. Allah tak mencipta manusia hodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza. Cantik itu kan subjektif ♥ bukan pada hidung yang mancung, ♥ bukan pada kulit yang putih dan gebu, ♥ bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai. ♥ tapi cantik itu bermula dari hati, ♥ dan dipancarkan kepada luaran iaitu,♥ akhlak kita, ♥ pertuturan kita,♥ aurat kita,♥ peribadi kita .♥ bila hati kita bersih ♥ jauh dari maksiat, ♥ terhindar dari nafsu, ♥ InsyaAllah,♥♥♥ kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah Swt...insya-Allah 

         Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan ♥ ♥

Kita pernah "DISAKITI"
dan mungkin pernah "MENYAKITI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..

:: Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..

:: ★ :: Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

:: ★ :: Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti..& esok suatu yang misteri"

★ Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

★ JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya kita KEMBALI.
                                 
                  Menghukum diri ketika melakukan dosa and menghargai diri ketika buat kebaikan. Ini menjadi motivasi dalam hidup supaya terhindar dari dosa dan terus menerus menguatkan keimanan dengan kebaikan. 

Apabila seorang mukmin melakukan dosa maka jangan membiarkannya. Kerana membiarkan diri dalam dosa mengundang datangnya dosa lain dan semakin susah untuk meninggalkannya ^_^
           


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥