Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, March 16, 2012

: selamat tinggal kalam kesakitan ^_^ :

                                                                       
             Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. 
Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya 

 Lelaki murah pada matanya, ketika dia memandang wanita semahunya.
             Murah pada tangannya, apabila dia memegang wanita sebebasnya.
Murah pada hatinya, apabila dia membayangkan wanita semasa tidurnya.
Hebatnya lelaki itu, apabila dia berjaya memahalkan wanita hanya melalui 
kata-kata dan akhlaknya.. 

wahai angin yang menyapa tubuh layuku, bawalah aku terbang mengikut arah angin bayu, bawa aku lari dari perasaan sedih, wahai istikharah temani aku wahai tahajjud kau perhebatkan imanku, wahai kalam Allah , lupakan aku tentang pesona gadis itu dia bisa mengoyak-goyak hati suciku yang kian rabak dengan permainannya ♥ ♥

alhamdulillah walau hati lelaki selalu dalam kehampaan aku tidak memilih untuk memudaratkan jasadku , namun hatiku sedang terluka dan dalamnya hanya ALLAH MAHA TAHU , wahai imanku jagailah aku , jangan biar aku layu dengan perasaanku jangan biar PESONA GADIS memerangkap mahar lelakiku , makanya ya ALLAH bawa aku jauh dari perangkap pesona itu yang hanya berperasaan tanpa bertunjangkan hati yang nurani ^_^

bukan kuasaku untuk menghukum kamu , bukan amarahku jika aku memaki hiba kamu , kerna belajar untuk mengawal segala mazmumah hati adalah jihad yang sangat diutamkan dalam agamaku , maka walau kamu mendustai hatiku , mempermainkan perasaanku , aku tidak akan berdendam kerana ALLAH selalu ada untukku dan kepadanya sahaja tempat aku mengadu....

pelihara imanku hatiku mahupun jiwaku untuk gadis yang benar-benar untukku bukan seperti sebelumnya , hanya jadikan aku persinggahan sepi dan selalu menanam janji palsu yang mudah dikhianati kerana aku memang tidak pernah wujud dalam hatinya.. SUNGGUH JIKA aku kamu bisa mengkhianati ketika berjanji tidak mustahil dengan yang lain namun semoga ALLAH menerima taubatmu , manusia ada sekeping hati dan sakitnya hati itu lebih dalam dari luka terkena belati ....masya-ALLAH..

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

memang aku lelaki biasa yang hanya banyak kurangnya namun aku punya kerendahan hati , aku tidak ingin riak dan takabur menyelinap diruang hatiku ,aku juga tidak punya kemegahan dunia , biar kamu meninggalkan aku yang tidak punya apa-apa tapi adakah kamu akan jumpa lelaki senaifku lagi? yang hanya berbicara tentang tuhan dalam kecintaannya , yang hanya sayang mereka disekelilingnya lebih dari dirinya , yang setia pada satu gadis tanpa memandang keindahan dunia yang lain jika ada lelaki sepertiku maka tinggalkan aku dengan beradab jangan engkau menjaja namaku mengatakan aku punya cela seribu, jika benar ia aibku dan jika manusia lain menghukum aku , mereka silap besar , andai aku yang bersalah , aku tidak akan mudah menukar hatiku seperti menukar sepersalinan baju aku hanya menunggu jawapan istikharah dan aku tidak rela dipermainkan gadis seperti kamu...nauzubillah min zalik..

♥ ♥ ...andai gadis impianmu tidak menjadi milikmu , tidak menolehmu, tidak juga tahu wujudnya kamu, maka perelokkan akhlakmu, istikharahlah cintamu, andai kamu tidak menjadi impiannya, cubalah menjadi impian gadis lain, yang mendamba lelaki soleh dan beriman seperti kamu ♥ ♥

Rasulullah saw bersabda : Siapa yang memaafkan padahal dirinya memiliki kemampuan untuk membalas, maka Allah akan memberikan pengampunan kepada-Nya di hari (kiamat) yang penuh kesulitan. (Kanzul Ummal hadits no 7007)

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

insya-ALLAH selagi aku punya iman , punya bonda dan punya sahabat-sahabat disekelilingku maka aku akan cuba pergi jauh dari kecintaan si gadis itu , segalanya hanya indah dimata namun di hati hanya duri yang maha sakit , aku sentiasa berusaha sehabis baik menjadi lelaki yang baik ...biar aku bukan dalam idamannya aku tetap berusaha menjadi idaman gadis yang lain....memang aku tiada segalanya cukuplah sahaja aku punya kerendahan hati yang tidak dapat dibeli dengan wang mahupun kekayaan..

aku tidak indah pada rupa , jauh sekali punya harta, aku tidak punya kemegahan dunia , aku juga banyak kurangnya, aku ingin kerendahan hati , aku ingin duduk jauh seorang diri, aku ingin muhasabah diri, aku bukan impian sesiapa kerana aku sekadar lelaki biasa ♥ ♥

Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain ^_^

ya ALLAH AKU SEDANG TERSEPIT DALAM PERASAAN DAN MASALAH HATI , aku tetap akan istikharah seistiqomah yang mungkin , aku tidak rela dibuai rasa cinta hanya dengan perasaan tanpa ada tautan hati darimu..
sesungguhnya kaulah MAHA KARYA CINTA..





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

*ayu_syuhada* said...

tahniah anda berjaya menaip katakata hati anda dgn seikhlas hati.. ia amat terkesan di hati seorang insan biasa seperti saya. tahniah :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥