Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, March 9, 2012

: CANTIK ? SEMPURNAKAH KAMU ?

                                                                                   
♥ ♥ ... Wanita merupakan hiasan dunia, sebaik hiasan dunia adalah wanita yang solehah, namun kerana mereka juga punca kelemahan iman seorang lelaki, kerana dari rahim mereka kita lahir ke dunia, meski tersangat ramai wanita ke syurga, tetapi lebih ramai juga ke neraka, selagi kamu bergelar wanita jagalah maharmu, bak kembangnya bunga mawar setaman walau nampak cantik haruslah kamu berduri untuk menjaga mahar harga wanitamu ♥ ♥                                                                                     




                      ‎~♥~Sejahat-jahat seorang perempuan itu..Ternyata masih lagi ada kelembutan didalam dirinya..Carilah kelembutan itu..Dan Sentuhlah ia dan bentuklah dia sehingga menjadi bidadari syurga dan akhiratmu..Nescaya dialah yang akan membela nasibmu didunia dan akhirat sana..Sungguh Allah Maha Mengetahui tiap rahsia~♥~ 

kerana cantiknya gadis itu..wahai kamu si cantik tidak kamu ketahui yang kamu sedang diperhati sinis oleh...golongan adam..bagaimanakah kamu menjaga maharmu?
wahai gadis cantik adakah hiasan pekertimu itu akan bernilai sekirannya kecantikan yang kau ada jadi bahan perhatian?
wahai si cantik kenapa kamu cuba menggunakan nilai cantik yang tuhan berikan dengan mencuri hati mana-mana lelaki?
wahai kamu yang cantik siulan lelaki yang dahagakan kasih sayangmu dijadikan hamparan sambutan perkenalan? bernilaikah kamu begitu?

semua ingin keindahan dunia , semua juga akan merasa bangga jika berjaya mendapat mereka yang tiada cela dimata..namun biasanya yang cantik itulah paling sukar dijaga ^_^ walau harumnya semerbak kuntuman bunga...bunga itu akan layu dek sentuhan tangan-tangan dunia..
~* Bukan manis kerana manisan..
Tapi manis baiknya lisan..
Bukan wangi kerana haruman..
Tapi wangi hati yang ihsan. (^_^)V~*

aku tidak membenci mereka yang cantik, TEtapi fitrah dunia yang kurang sempurna, walau seyakin mana seseorang gadis itu, walau sepetah mana ucapan mereka selalu sahaja tersandung jatuh dengan cantiknya paras rupa...
sayang sekali tiada satupun mencuba menilai mereka yang kurang cantik pada rupa menjadi sebahagian dari hidup mereka...
aku tidak menafikan segala ciptaan tuhan sudah cukup sempurna namun..sempurna seseorang itu lebih dinilai pada cantiknya fitrah zahir...yang batin hanya tuhan yang tahu kan?
aku suka berkawan dengan mereka yang kurang berkeyakinan  kerana mereka katakan mereka tidak cantik atau kacak, mungkin sama sepertiku..tapi mereka ada keunikkan sendiri dan terkadang lebih menonjol dari mereka yang dikatakan cantik mahupun kacak..

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

wahai sahabat semua yakinlah yang kamu sebenarnya punya kelebihan lain , jika tidak sempurna pada wajahnya maka perbaiki akhlakmu biar itu lebih cantik dari biasa ^_^ dan ALLAH sahaja tahu apa yang terniat dihati kita...menzahirkan ikhlas itu amat sukar namun lakukan keikhlasan itu sehabis baik jangan fikirkan ganjaran tuhan kelak nanti baru rasa kemanisan dalam apa jua perlakuan mahupun ibadat yakinlah...

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan, semoga Dia menghadirkan seseseorang yang MENGIMPIKANMU..
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MERINDUKANMU..
Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan, semoga Dia memberimu seseorang yang MENDAMBAKANMU..
Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai, semoga Dia menghadirkan seseorang yang MENCINTAIMU..

Yang bukan HANYA kerana apa yang ada PADAMU tetapi apa adanya DIRIMU..semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK dengan segala keindahan hati & KETAQWAANNYA, insyaAllah…♥♥

bersangka baik kepada ALLAH adalah jalan yang paling elok , berfikiran positif setiap apa yang berlaku ada kebaikanya...mungkin kamu mengimpikan dia yang cantik menjadi pasanganmu namun dia sedikit pun tidak menghiraukanmu maka , mengadulah pada si pencipta , bukan semua yang cantik bisa dimiliki oleh segolongan mereka sahaja kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat kita istikharahlah semoga kamu peroleh jalan terbaik disisimu insya-ALLAH ^_^


DUNIA hanya terdiri atas TIGA hari :

✿~ HARI KELMARIN ~> Hari yang TIDAK akan PERNAH kembali dan sudah JAUH meninggalkan kita...
✿~ HARI INI ~> Hari yang harus kita TULIS dengan tinta emas amalan baik, kita UKIR dengan pena kemuliaan...
✿~ HARI ESOK ~> Hari KESEMPATAN bagi mereka yang telah Allah SWT kehendaki...meskipun hari esok belum tentu mereka dapat MENJUMPAI apalagi MEMILIKINYA...

~> BAGAIMANA dengan hari ini, adakah ia LEBIH BAIK dari semalam? Bagaimana dengan minggu ini, adakah lebih baik dari minggu yang lalu? Bagaimana dengan tahun ini, adakah lebih baik dari tahun yang lalu? Dan seterusnya...tepuk dada tanya IMAN...moga ALLAH letakkan kita di antara orang-orang yang BERUNTUNG setiap masa...amin...(✿◠‿◠)


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥