Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, March 23, 2012

: Lelaki Baik Masih ADA ? insya-ALLAH :

                                                                     
                                                       
   Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan...


SENYUMLAH dan INGATLAH ^‿^



MANUSIA merancang dengan CITA-CITA...



tapi ALLAH merancang dengan CINTA (♥‿♥)v

                                                                               



            Aku kagum melihat seorang JEJAKA, Tampannya sukar DITERJEMAH, Bukan dari PARAS RUPA tapi pada AKHLAKnya..

Pabila AZAN dengar ditelinga, Dialah orang PERTAMA menujunya, Bukan kerana SUKA SUKA tapi untuk MENUNAIKAN seruanNYA....

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH, Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH, Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya...

Muamalatnya amat TERJAGA, Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira, Kerana takut ALLAH akan menjadi MURKA, dirinya juga yang kecewa...

Ilmu yang ada diKONGSIkannya, Buat amalan manusia dan juga DIRInya, Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH, Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH, Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...

Ibu dan Ayah diHORMATInya, Tanda SAYANG dan juga CINTA, Bukan kerana TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya.,,,

       Ambillah kebaikan dari orang yang mempunyai kebaikan dan tinggalkanlah keburukan yang ada pada orang yang mempunyai keburukan...


Latihlah diri kita untuk membalas dengan kebaikan kepada orang-orang yang telah berbuat keburukan kepada kita...

Belajarlah menahan diri dari selalu ingin melihat jasa dan kebaikan sendiri. Orang yang ikhlas itu bijak menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya...

Tidak ada sesuatu yang lebih baik daripada akal yang diperindah dengan ilmu, ilmu dengan kebenaran, kebenaran dengan kebaikan, dan kebaikan dengan taqwa...


Orang yang beriman itu mempunyai upaya untuk mengajak kepada kebaikan, mengajak kepada perkara-perkara yang akan mendekatkan diri kepada Allah dan melarang dari perbuatan yang tidak disukai Allah... 

hari ini masa untuk aku bercerita tentang sebuah kebaikan yang selalu menjadi pembukaan kalam bondaku , katanya walau berbuat apa sekalipun ingatlah lakukan ia sebagai satu tanggungjawab jangan fikir akan ganjaran tuhan yang maha esa biar segala yang kita lakukan ALLAH sahaja jadi pengadilnya..
maafkan diri ini andai segala nukilan terkadang berperasaan , beremosi dan mempunyai jiwa yang sedang disakiti, sungguh aku hanya mampu berbicara segalanya hanya dalam sebaris ayat yang mampu dibaca dan tidak mampu dihujah dengan kata..

saat aku mengenal rasa sepi yang maha sedih , beribu perkara indah aku pelajari , makanan sepi adalah sunyi, namun senyum pula menjadi harga yang penuh misteri adakah mereka tahu kenapa aku tersenyum?
aku hanya mampu melakar senyuman biar hasad manusia bermaharaja lela , dan tidak salah kita membalasnya dengan pekerti mahmudah, malah ALLAH juga suka ^_^ sungguh aku punya banyak kisah hidup ditinggalkan mereka yang aku sayangi , tapi hikmahnya tersembunyi indah ALLAH membalasnya dengan menemukan aku dengan pelbagai jenis manusia yang baik untukku..disepanjang penghijrahan aku dibandar metropolitan aku disapa oleh jutaan manusia yang ingin mengenal agama , dan aku menyambut mereka dengan tangan terbuka , kerana agama hidup kita penuh dengan rasa cinta..lebih berdisplin dan tidak huru-hara..bezanya orang beragama dan mereka yang tidak beragama ^_^

aku melakukan kebaikan bukan bermakna aku ingin dikatakan baik cukup sahaja hati rasa tenang , gembira dan bahagia melihat mereka tersenyum dengan perlakuan kita...ALLAH kan ada? ALLAH yang menghadirkan rasa bahagia itu.. jika ada yang mengkhianati kita cubalah mematikan rasa amarah itu dengan memaafkan mereka , memang cukup mudah bila berkata tapi tidak salah melatih diri mencuba memupuk sifat pemaaf , ALLAH suka ^_^ jadi hidup kita insya-ALLAH dipermudahkan ^_^

aku selalu berdoa agar apa sahaja yang dinukilkan dalam blog ini bebas dari perasaan riak takabur dan hasad , aku tidak sempurna jadi aku tahu segala apa yang diutarkan lidahku mungkin sahaja berdosa...niat hati ini ingin dipelihara hati dari sebarang anasir tercela yang membataskan hati ini dari rasa megah diri...terkadang aku menangis aku takut segala ibadat ini sia-sia kerana perasaan riak itu..

wahai perasaan riak jangan kau hadir menyelimuti hati ini , kerana yang hadir dalam hati ini hanya ingin melakukan kebaikan tanpa ragu,
 ini sahaja bekalan yang ada untuk dibawa ke alam seterusnya ,

 wahai ujub nyah kau dari pelukan imanku !! aku lelaki biasa yang sering khilaf dengan dosa aku ingin jadi tauladan kepada semua pembaca semoga orang lain tidak sunyi seperti aku...

wahai sang hasad yang mengemudi jasad pergilah kau jauh-jauh aku ingin menjadi lelaki yang mampu memadam api amarahnya , aku tidak mahu memukul hiba , aku tidak mahu memaki hamun tanpa rasa bersalah..

 maka kau pergilah jauh aku ingin jurang itu..aku ingin menjadi lelaki yang selalu bermujahadah menginsafi dosa semalam kerana aku sekadar lelaki biasa...

sungguh mungkin ada yang suka aku, tapi mungkin lebih ramai juga yang membenciku... aku tidak berharap yang diidami aku menjadi milikku namun aku ingin menjadi idaman mereka yang sepi sepertiku...aku lelaki biasa yang selalu ingin berjalan di lantai keinsafan sampai masanya aku bakal menjadi imam buat zaujahku walau aku masih mencari dimana tapak langkahannya..dan aku tidak akan membenarkan sang ombak mematikan langkahan itu...kerana hadirnya aku , hanya untuk bakal zaujahku walau jauh dimata , walau aku tidak tahu siapa dia bakal zaujahku , kamu bakal melengkapkan hidupku yang serba kekurangan ini menjadi lelaki yang lengkap walau tidak sempurna insya-ALLAH ^_^ aku menunggu dengan setia..



Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang dan mudah meminta maaf adalah seorang yang hebat dan membahagiakan!



Benarlah kata alim ulama
" Biar kaya ilmu dari kaya harta."
kerana bila kaya harta, kita yang menjaganya tapi bila kaya ilmu, ILMU yang menjaga kita...
wallahu'alam.

Orang yang mudah memaafkan kesalahan orang dan mudah meminta maaf adalah seorang yang hebat dan membahagiakan!

Benarlah kata alim ulama
" Biar kaya ilmu dari kaya harta."

kerana bila kaya harta, kita yang menjaganya tapi bila kaya ilmu, ILMU yang menjaga kita...                                                   

                      
Jika seseorang mengaku bahawa dirinya berkuasa, ikhtiar dan usahanya boleh memberi bekas, maka Firaunlah jadinya. Dan kemudian mengaku pula dirinya yang hidup, yang berilmu, yang berkuasa, yang mendengar, yang melihat dan yang berkata-kata dengan merampas harta Allah, maka Qarunlah jadinya. Apa lagi pada mereka yang tidak mengenal wujud diriNya, sifatNya, af’alNya, jadilah mereka seperti Namrud yang menyembah api atau hawa nafsu seperti kaum Majusi... ^_^



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

InsyALLAH..saat itu pasti tiba..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥