Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, March 24, 2012

: Lafaz Yang Tersimpan ^_^ :

                                                                                 
                                                                                   
  ‎''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''

--(Imam As Syafie)-- 


~Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

~Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

~Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

~Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

~Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

~Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,

Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya. 

aku ingin menukilkan satu rasa yang kini sedang berada digengamanku , aku memenjarakan hati ini , khas buat dirinya sedari dulu lagi , dan ALLAH mengizinkan aku begitu kerna setiap kali aku ingin mencoretkan kisah hati untuk yang lain lidahku kelu tanpa bisa menghurai barisan ayat , meski dia bukan cinta pertama dia cinta terakhir hamba ALLAH ini...

lafaz aku sayang kamu , aku rindu kamu , dan aku cinta kamu , buat dia yang tercipta untukku dia yang aku lukiskan perasaan dalam laman sesawang ini , kerana dia aku bisa menghurai maksud cinta dan makna setia dalam persepsi sepiku , namun bukan perasaan tunjangnya nukilan ini dicoret , aku juga memikirkan kata iman , jawapan istikharah dan tautan hati...sungguh aku sudah bersedia memimpin dirinya menjadi makmumku...merapatkan saf jemaahku..dia bakal zaujahku hanya dia sahaja ...tiada orang lain insya-ALLAH...

aku hanya akan melafazkan kalimah luar biasa itu hanya pada dia , dia gadis tautan hati tuhanku , yang selalu ada dalam mimpi istikharahku , dia juga yang selalu menyenangkan hatiku , dan dia juga yang menerajui carta hatiku , andai aku dipermainkan sepi , selagi imanku tunjang perasaan ini aku rela dipermainkannya , aku rela menahan rasa sakit yang maha dalam , kerna aku hanya menyimpan lafaz kata " aku sayang kamu , hanya untukmu bakal zaujahku , bukan untuk seribu gadis yang dahagakan kasih sayang dan belaian manjaku , subhanallah andai hadirku telah menyentuh banyak hati , aku berdoa semoga ada lagi lelaki diluar sana yang menanti tautan hati sepertiku , yang hanya mengharap cinta sejati dan mendamba kasih illahi insya-ALLAH..

mungkin aku pernah tersungkur di satu langkahan rapuhku disitu aku berusaha menyeberangi jambatan kasih yang dihujungnya disambut sayang , namun aku jatuh dalam perangkap nafsuku, aku buta mengenal kebaikan dalam bayangan kecantikkan...yang cantik itu belum tentu akhlak juga cantik , dan kerana itu aku tertipu.. dan yang kurang pesona dikedua belah mata juga belum tentu tiada serinya terkadang dengan susunan katanya bisa menawan sanubari..insya-ALLAH.

‎~✿>> Seorang wanita begitu GEMBIRA tatkala menerima MESEJ dari seorang pemuda yang berbunyi :
"Awak kelihatan MENARIK hari ini, warna ungu itu padan dengan awak.."

Dia merasakan pemuda tersebut memberi PERHATIAN kepadanya..sedangkan dia TERLUPA, bukankah ungkapan itu BERMAKNA pemuda tersebut seorang yangTIDAK MENJAGA PANDANGANNYA? Dan bukankah ungkapan tersebut membuktikan dia seorang lelaki yang TIDAK BAIK kerana berani memuji wanita yang BUKAN ISTERINYA?

✿~ WANITA : Wahai kaum wanita sekalian, dalam ramai-ramai wanita yang mudah cair dengan pujian..jadilah wanita yang GAGAH dengan KECERDIKAN..

✿~ LELAKI : Wahai kaum lelaki sekalian, carilah wanita yang AKHLAKNYA CANTIK pada pandangan "mata" Allah dan bukan sahaja hanya cantik pada pandangan mata kamu..♥♥
 

 ‎"Jangan cari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tapi berikanlah cinta yang sempurna kepada seseorang dengan segala ketidak-sempurnaan yang dimilikinya!"


"Cinta itu adalah waktu, sabar dan pengorbanan! Aku boleh mencintai kamu, tapi aku perlu waktu dan aku akan melakukannya dengan penuh kesabaran... juga pengorbanan!" 


jagalah hatimu buat yang berhak. jagalah dirimu buat dia yang selalu ada diwaktu senang dan sukamu, jangan kerana cantiknya wajah kamu sudah simpulkan segala perlakuannya , dia yang buruk belum tentu hina pada setiap sudut ,simpanlah lafaz sakinah itu buat dia yang benar untukmu bukan untuk semua gadis , bukan juga untuk mencintai mereka dengan mudahnya...ALLAH mencipta satu hati , yang harus punya tautan hati untuk satu hati yang lain bukan untuk seribu hati diluar sana ^_^

aku seorang lelaki yang punya satu hati , maka aku jaganya hanya untuk seorang gadis , aku tidak pandai untuk menjadi pria yang bisa membuat koleksi gadis ketika bercinta , tapi aku bakal menjadikan dia tugu yang bisa kekal selamanya menjadi sejarah , dan aku memilih untuk setia kerana aku juga ingin menghabiskan sisa hidupku bersama dia insya-ALLAH dengan menikahinya dan punya zuriat yang sempurna bersamanya...semoga ALLAH permudah jalan hidup ini semoga niat ini selalu diredhai ALLAH....lafaz ini buat dirimu , hanya untukmu dan khas buatmu..

".. aku sayang kamu , aku rindu kamu , aku cinta kamu.."

namun ketika sayang kamu maafkan aku , rasa sayang itu tidak bisa bersaing dengan rasa kecintaan pada penciptaku kerana dia menciptaku dia juga mencipta hati ini buat kamu..

ketika aku rindu kamu , maafkanlah rasa rindu ini tidak bisa bercambah LAGI ,selain  rasa merindukan beribadat disepertiga malam untuk tuhanku, mengalunkan kalimah indah dalam pembacaan kitab suciku , kerana dengan amal ini juga aku bakal memimpin tangamu kesyurga tuhanku.. biar disitu kita menikmati keindahan nikmat yang ALLAH berikan kerana dia juga lafaz ini bisa terhurai , insya-ALLAH instiqomah hanya buat kamu...

dan ketika aku mencintai kamu , maafkan aku , aku lebih cinta akan tuhanku kerana aku juga bakal terpisah denganmu satu hari nanti , aku bakal mengakhiri hidup ini dan biar pertemuan kita sekali lagi disyurga DAN disitu segala kebahagian kita akan kekal abadi disana insya-ALLAH ^_^

‎~✿>> Ada ketikanya kita perlu untuk merasa "SAKIT" demi untuk MENDIDIK DIRI menghadapi keperitan apabila diri disakiti, dizalimi dan dikhianati..tiada manusia yang maksum, tiada manusia yang sempurna, sudah FITRAH memaafkan dan menerimanya..jika diri ini sudah mati, ruh disakiti tiap-tiap kali dengan kemaafan yang TIDAK DIBERI..semua yang terjadi, HAKIKATNYA adalah dari ALLAH jua..segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah UJIAN dari ALLAH..DIA mahu MELIHAT apakah kita dapat MENERIMANYA dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya..

p/s : Apabila dirimu DISAKITI, ucapkanlah moga ALLAH MENGAMPUNIMU..♥♥

 



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

nUkiLAn yg sgt menarik..gud luck..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥