Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, March 2, 2012

: Aku ingin ta'aruf ^_^ :

                                                                               


            ♥ ♥ .... Awan itu mendung semendung hatiku, awan itu rapuh serapuh hatimu, awan itu menampung kerpasan hujan, yang bakal menghujani bumi perasaanku, namun jangan biar ia banjir, biar hujan terus meresap ke dalam lautan tuhan, kerana walau terluka kehidupan tetap harus diteruskan ♥ ♥

♥ ♥ jika dia kasihkan aku maka aku berdoa semoga Allah lebih kasihkannya, jika dia cintakan aku maka aku ingin dia mencintai Allah sebelum belajar mencintaiku ,dan jika benar dia untukku semoga Allah pelihara hati ini untuknya dan untkku juga ♥ ♥

Seandainya dirimu BELUM punyai PASANGAN, usahlah risau..kerana di sana masih ada KETENTUAN Allah buatmu..tetapi sepatutnya yang kamu perlu risaukan adalah jika IMANMU BERKURANGAN, MARUAHMU DIBIARKAN dan hatimu menjadi KELAM dalam KEMAKSIATAN..bimbanglah apa yang sepatutnya kamu bimbangkan dan lebihkan berfikir apa yang menjadi KEUTAMAAN..

Ingatlah, syaitan itu amat LICIK dalam mengukir angan-angan dan KHAYALAN didalam hatimu sehingga membuatmu TERLUPA dan leka dengan apa yang PERLU dalam hidup ini..CINTA MANUSIA itu urusan Dia, cintakan Dia itu urusan kita..jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita GAGAL menyempurnakan urusan kita...

jika aku sakit aku akan pujuk hatiku jika aku sedih aku jua akan mengubatinya sendiri , aku tidak akan mudah memberi hati hanya untuk dipermainkan cukup sudah kelukaan itu membekas di relung hati , dan terkadang ia membakar imanku sendiri ...ALLAH cinta kau maha agung dan kau telah menukilkan serpihan cinta manusia yang mengajar aku tentang pertimbangan dalam hidup sungguh ia sebuah didikan terhebat darimu , dan aku bersyukur walau selalu tersisih dari cinta manusia cinta kau selalu bersambut melihat aku dalam kehampaan ^_^

wahai tuhan kamu menghadiahkan aku kasih sayang dari yang lain...sehingga aku sendiri tidak tahu masih ramai menantiku diperbatasan waktu jadi..aku masih istikharah...bak kata bonda orang yang bersungguh inginkan kita dia selalu akan ada meski kita berada pada darjat terbawah sekali disisi manusia dia tetap tidak penat menunggu dengan setia...^_^ subhanallah memang bukan semua gadis itu....pemain cinta dan ada juga yang menghargai rasa cinta itu...
dan aku tidak nafikan ^_^

♥ ♥ berpisah kerana tidak cinta, namun lebih ramai terpisah kerana terlalu cinta, bila cinta mahluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya, ia akan layu kesepian dan keseorangan ♥ ♥

buat kamu yang tercipta untukku aku selalu berdoa pada tuhanmu , akan kehadiran dia gadis penyelimut sepi ini..dia juga bakal bawaku terbang jauh dari kelukaan yang teramat dalam , aku masih menunggu tautan hati itu yang hanya kita berdua akan rasa dan disitulah pengakhiran perhubungan ini dengan lafaz akad yang penuh sakinah , insya-ALLAH aku sedang bersiap menjadi imam buat kamu , imam yang bersedia menjaga kamu di sepanjang hidupmu , yang selalu setia bersamamu dalam susah dan senangmu ^_^

♥ ♥ perpisahan ini ,insya-Allah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah, yakinlah , kita akan bertemu dalam suasana lebih indah dan manis ,perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu ♥ ♥

aku bukanlah lelaki yang terlalu sempurna buatmu tapi aku akan sempurna tatkala kamu ada bersamaku menutup ruang dan kekosongan hati ini , dan akan aku tulis tentang kamu di blog usang ini tanpa letih dan penat...bercerita tentang kasihnya kamu kepadaku dan pada ketika itu biar kamu tahu kasih yang bertaut padaku tiada harga dan tiada taranya ^_^

♥ ♥ menunggu jodoh dari langit, menunggu tautan hati dari Allah, andai diri ini bukan impian seseorang, namun jadikan diri ini jawapan bagi istikharah , walau bukan menjadi pilihan hati cukup sahaja menjadi pilihan iman, insya-Allah ♥ ♥

aku berada ditempat baru disuasana baru di titik persinggahan yang bakal berakhir beberapa tahun lagi..walau aku berada disini aku selalu menjadi diriku..lelaki yang biasa bingkas berhujah tentang agama secara luar biasa , walau penzahiran tidak seperti pendaie aku hanya menjadi diri sendiri...hanya ALLAH sahaja tahu siapa disebalik aku....walau muzik dunia hiburan buat diri ini..namun kecintaan alunan zikir tentang tuhan menjadi sandaran hati....
aku islam . aku mukmin aku manusia dan aku sekadar lelaki biasa ^_^

cinta utama cinta Allah, insya-Allah cinta kedua,ketiga dan seterusnya akan memburu kita ,apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan apabila Allah telah mencintai kita , semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita ♥ ♥

insya-ALLAH Aku lelaki yang sedang bersiap menjadi milikmu , aku ingin menjadi yang halal untukmu..namun siapa dia bakal pendamping hidup ini hanya ALLAH sahaja tahu..aku hanya lelaki biasa tidak sempurna dan aku ingin kelihatan kuat tatkala bersama kamu yang bisa membuatku tersenyum selalu..jika aku adalah lelaki yang dikatakan negatif seperti yang lain...aku ingin kamu tahu...masih ada lelaki yang sebaliknya menunggu dan menunggu kasihnya ALLAH, mengharap cinta sejati mendamba kasih illahi..selamat berta'aruf aku akan cuba menjengah hati-hati lain selepas ini 
insya-ALLAH...^_^

♥ ♥ tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah, tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masa saat dia patut marah, dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang ♥ ♥


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥