Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, February 25, 2012

: suka akan gadis yang _____:

                                                                           

aku suka gadis yang suka bertudung dan berusaha sehabis baik menjaga penampilannya,
aku juga suka jika gadis tidak bertudung cuba bertudung dan disitu permulaan hijrah kebaikannya..
namun mereka bertudung kamu jagalah akhlakmu , jika dengan hijabmu bakal menarik hati-hati lain untuk mendekatimu mencuba menjadi sepertimu itu adalah kebaikan kecil yang telah kamu lakukan insya-ALLAH ^_^

SANGAT TERTARIK DENGAN KATA-KATA DIANA AMIR ^_^

 Semuanya bermula apabila pada hari raya ketiga, Diana berkesempatan berjumpa dengan temannya yang terlebih dulu sudah memakai hijab. Berkongsi perjalanan hidupnya, pada malam itu Diana menilai dirinya dan merenung masa akhiratnya. “Kenapa mesti berdegil sedangkan dalam al-Quran sendiri sudah menjelaskan mengenai perihal bertudung. “Jadi, tidak ada alasan lagi kenapa saya menangguhkan perkara yang baik. 

“Apabila sudah menutup aurat, semuanya terjaga. Dari segi percakapan, perlakuan, pergaulan dan pemakaian, semua perlu dilakukan seimbang dengan imej bertudung kerana saya tidak mahu dikatakan bertudung hanya kerana terikut-ikut,” katanya. 
Diana lebih selesa dengan penampilan terbarunya kerana merasakan dirinya lebih terjaga daripada pandangan umum.

‎"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sama-samalah kita berpesan pada sahabat-sahabat muslimat kita semua supaya lebih menjaga aurat, biarpun sudah tertutup segalanya, tapi lebih elok dikemaskan lagi dengan cara pemakaian yang sempurna, barulah nampak cantik! 

Salah satu jihad seorang lelaki ialah menahan nafsu dan matanya dari melihat seorang wanita yang bukan mahram. Salah satu jihad bagi seorang wanita ialah menahan nafsu dan matanya dari memakai pakaian yang boleh menarik perhatian dan nafsu lelaki terhadapnya...

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. Kalau menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu? Sampai tibanya seruan ke pangkuan Ilahi?

Hidayah bukan untuk ditunggu wahai muslimin dan muslimah,
melainkan dicari..

JIKA kamu bertudung maka terpeliharalah kamu dari segala godaan dunia akan tetapi bertudunglah dengan caranya , dan niat yang betul , bukan mengikut fesyen bukan juga menunjuk bagus ^_^ sedarlah lelaki suka gadis bertudung dan akan hormat pada gadis bertudung berbeza dari gadis yang tidak bertudung yang bakal selalu jadi perhatian umum ^_^

selain bertudung lelaki biasanya suka akan gadis yang penuh dengan kasih sayang walau terhadap haiwan disitulah terwujudnya nilai kasih yang hanya LELAKI sahaja dapat rasa ^_^
bila mana lelaki melihat cantiknya gadis itu bukan hanya pada wajahnya bukan juga keelokkan tubuh badannya tapi cantiknya gadis  bila dia menunjuk rasa kasih sayangnya dan kasih sayang itu dapat dirasa walau hanya dengan sepatah kata...


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya,” Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.
“Adakah suami awak ada dirumah?”, mereka bertanya.”Tidak”, wanita itu berkata.”Suami saya telah keluar.”"Jadi, kami tidak akan masuk”, mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.”Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!” Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
“Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,”"Mengapa begitu?” wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
“Namanya ialah Kekayaan,” Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya,dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,Dia adalah Kejayaan,dan saya adalah Kasih Sayang..”
Dia menyambung lagi, “Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.

“Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.”Bagusnya!!” dia berkata.
“Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!”Isterinya tidak bersetuju.
“Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?”
Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
“Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!”"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu,” kata suami itu kepada isterinya.”Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita.”Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,”Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami.”Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
“Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?”Mereka semua menjawab:
“Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

 seTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu, satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya..

airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..

✿ begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya.. dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..

tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya.;;  

   Andai rasa sedih,, pandanglah langit,, ingatlah Allah masih ada...
Andai rasa resah,, renunglah dasar hati,, yakinlah Allah mencipta hati...Andai rasa putus asa,, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras....Andai rasa kecewa,, lihatlah hakikat alam semesta,, percayakanlah Allah Maha Berkuasa...Andai rasa tersisih,, lihatlah purnama dimalam sepi,, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri......
~Kalau semuanya tak pasti,, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat''      

         

                                                  


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥