Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, February 24, 2012

: gadis pemain cinta :

                                                                                   


                                                                                
                                                                           
                                     Andai dia bukan untuk ku,
     Andai dia bukan jodohku,
                               Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
              Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
                      Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu, 
                                   Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.. aminn.. :)    




Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa
 bisa duri mawar itu menusuk jari. ♥ ♥

~"Kesombongan itu boleh menjadi Raja di dalam hati maka janganlah biarkan sifat sombong menaiki takhtanya...Pupuklah rasa rendah diri & rendah hati kerana ianya umpama pelindung dari hati yang kotor."~(◕‿◕✿)

ada sebuah kisah , kisah kasih tidak sampai si lelaki itu dulunya pernah kehilangan orang-orang yang disayanginya , abang , ayahnya dan cinta pertamanya , semuanya pergi menemui tuhan yang maha mengasihani , dan dia teruskan langkahan payah itu dengan benar-benar tertib..namun saat dia menyusun langkahan suci itu...hatinya disentuh oleh seorang hawa...

cantiknya hawa itu dari wajah hingga ke sifatnya lembut hatinya bagai angin yang meniup perasaan , dan gadis itu telah mencuri hatinya...namun saat cinta di ratib atas nama tuhannya....bergerak masa dari tahun ke tahun cinta itu bercambah mesra...bukan hanya retorik yang bisa meracun rasa..
gadis itu diidami oleh jutaan lelaki yang dahagakan kasih sayangnya maka hati dia selalu berubah dan berubah...

lelaki itu pula selalu setia , setia dalam mencinta dalam kalam doanya dia ingat akan gadisnya , dia telah menyerahkan sebuku hati untuk dipelihara namun hatinya diracun gundah , ditikamnya lagi...kata gadis itu dia tidak mahu dikongkong dan ingin kebebasan dan disuruhnya percaya akan kesetiaanya...maka lelaki itu mula berkata andai berkawan dengan lelaki lain adalah salah satu kebahagian disudut hatimu...aku memilih untuk berbuat demikian agar kamu tahu nilai cinta ini tiada tara ,dan tidak sebanding lelaki lain....

lelaki itu takut akan gadisnya hanyut dengan cinta yang lain , dan ketika lelaki itu membuktikan kesetiaanya..gadis itu telahpun memahat harapan kepada dua , tiga lelaki lain diluar sana , dia telah berubah sekelip mata , kecantikkan yang ada padanya diguna sebaiknya , lalu lelaki sepi itu dilukai lagi....disimpannya hati yang dilukai dalam satu sudut yang tiada siapa tahu..maka makin mekar kelukaan itu dan berdarah lagi...

disepertiga malam dia bertemu tuhannya berhujah tentang jodohnya, dia melakukan istikharah cinta dengan jarak masa yang agak lama..selalunya dia nampak adalah gadisnya itu....dia senyum tanpa berkata apa...namun dalam realitinya gadis itu seorang pemain cinta....dia juga seorang gadis yang zahirnya tidak bisa setia , maka kawan-kawan terdekat gadis itu juga berkata yang dia sudah berubah dia lupa jalan dimana dia bertapak..mungkin ditempat pengajiannya banyak pilihan yang menunggu namun adakah dia lupa akan janji manusianya?
jika berjanji dan memungkiri itu tanda munafik? 

disepanjang kelukaan lelaki itu dia masih diuji, ibunya selalu berkata apa khabar gadismu , adakah dia selalu membuat dirimu bahagia , jawab lelaki itu...dia segalanya buat diri ini selain bonda dia adalah semangat, dia juga nyawa yang kedua, tanpa bonda dan dia, saya tak bisa punya segalanya..
lalu airmata bonda berguguran mengenangkan kalimah keramat itu....bonda berdoa agar gadis itu mengembirakan anaknya, akan tetapi apa yang telah dilakukan gadis itu tiada seorang pun tahu...sehinggakan satu peristiwa berlaku...

lelaki itu sakit , dan sakit semakin hari makin pelbagai ujian yang menebal terjadi kepadanya andai gadis itu tahu...adakah cintanya simpati pada lelaki itu atau tidak? gadis itu sudah mula melupakan kenangan bersama lelaki itu..dan lelaki itu walau dalam sakit dia selalu memeluk erat foto di balik bantal tidurnya sambil menahan sakit akibat hasad manusia...penyakit yang hanya diketahui melalui perubatan islam....dan semakin ditahannya, hidung semakin penuh dengan darah lelakinya, ....hanya tuhan yang maha tahu betapa sakitnya penyakit itu...malah gadis itu juga tidak mengambil tahu....jika dia tahu pun dia tidak akan mempercayainya....

gadis itu merajuk pabila sesiapa yang ingin dikenalinya selalu sahaja dipantau oleh lelaki ini, sebenarnya lelaki ini terlalu risau jika kehilangannya, amat risau jika sebelah sayap semangatnya patah, malah dimarahnya lelaki ini , dengan penuh rasa amarah tanpa memikirkan yang lelaki ini amat sayangkannya....namun hati gadis itu tetap buta dia terus menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dan meranapkan hati lelaki ini dengan membuat hubungan khusus di laman muka bukunya,,hanya tuhan yang tahu lelaki ini sangatlah sakit jiwa mahupun raganya hilanglah semangat yang selama ini dipupuknya...

menifestasi cinta ciptaan lelaki itu musnah akibat permainan cinta gadis itu ,tanpa ada sekelumit bersalah tanpa gadis itu tahu lelaki ini hanya istiqomah untuknya dari dulu lagi.....jika dia melihat kesakitan lelaki itu ditinggalkan bagai sampah adakah dia bisa mendua? adkah dia rasa sakitnya perasaan itu? jawapannya mudah lelaki itu tak punya ketampanan , tidak juga berharta cuma punya ilmu agama yang menjadi penemannya..yang selalu merendah diri kerana dosa dunianya namun tiada siapa peduli cinta yang diajari oleh gadisnya...dibakar mati dalam perasaan....dan lelaki itu membawa hati jauh dari destinasi...dia pergi membawa iman sepi dan perasaan yang dilukai...andai gadis itu tahu lelaki ini berdoa walau gadis itu dengan orang lain...dia tetap selalu mendoakanya kerana rutin harian lelaki itu tidak lengkap jika tidak mengingati gadisnya itu...


gadis yang dicintainya masih belum sedar diri, dia masih hanyut dengan cinta banyak lelaki , entah sampai bila dia akan kembali menemui sentuhan cinta hakiki..mungkin pabila dia tahu pengajaran erti sepi...kerana gadis yang punya ramai kenalan lelaki memang tidak bisa dijadikan isteri...itu pengajaran yang ingin dikongsi...mungkin hanya doa sahaja bisa disusun disetiap nafas yang dihembus....doa sahajalah semoga dia berubah dan lelaki itu terus menjadi bayang-bayang yang bakal menghilang pada mana wujudnya titik malam...


♥ ♥ biar kita menyemai cinta agar tidak membaja dosa, andai rindu dilambung ombak ,biarkan rindu itu hakiki pada yang esa , bukan hanya suka bukan juga terpaksa, kerana sekali merindu Allah , sejuta kali Allah merindu kita ♥ ♥

jodoh itu hasil karya ALLAH rezeki dan ajal juga jalan ceritanya, jangan kamu mengeluh dengan ujianNya kerana dihadapanmu penuh lagi jalan , yang kita sendiri belum tahu apa kesudahannya , selamat tinggal kisah duka ,
maka kamu akan berakhir dengan noktah dan aku berdoa semoga kamu selalu dalam ingatan ALLAH dan sedar yang mainan cintamu tidak akan berkekal lama....

insya-ALLAH ....dan kamu perlu tahu aku sudah memaafkanmu cuma aku takut untuk percaya gadis cantik seperti kamu, dan aku juga bukan pedendam ^_^


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

3 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

sabar yea syuk...akan ada someone yg terbaik sbg penggantinya...
huhu..terasa pulak dgn kisah nih...=p
actually perempuan yg cantik nie hati xtetap dgn sorang kerana masih menunggu n mencari2 someone yg lebih better..sdgkan pengakhirannya dia akan mencari yg pertama semula..bila dia da puas mencari n tidak ketemu2 jgk..kerana akhirnya dia akan jatuh cinta sungguh2 kat someone..n someone yg dia cinta akan memberi luka kepada hatinya..cintanya..maybe nie balasan atas sikap suka bagi harapan kepada byk laki sampai sumer jatuh cinta..n ramai yg terluka...tapi dia xblh terima semua laki 2 kerana hatinya xcinta...sbb 2 dia suka kenal n kenal ramai laki yg lain...(mmg bodoh) tpi someday dia akan insaf n belajar utk setia pada yg sorang...tpi saat 2 dugaan sgt kuat..sakit aty dgn laki yg dia btl2 cinta..mcm saya..sy tgh dpt balasan..selepas byk mengecewakan aty laki yg cintakan sy...sy jumpa cinta yg sy cari..tpi laki 2 xpandai jaga aty saya..suka lukakan aty sy n slalu wat sy menangis..ditambah lagi dugaan laki 2 umur xpanjang pulak..huhuhu..sgt sedih...

Anonymous said...

Assalamualaikum.. kisah anta seakan sama dgn anti.. apa2 pun, itu la dunia.. berila pengharapan kpd sang Pencipta.. dapatkan la cinta dari-Nya dhulu sbelum mncari cinta dunia.. semoga anta tabah mnghadapi segala dugaan.. senyum pngubat jiwa... La Tahzan.. Innallaha ma'ana.. ^_^

Anonymous said...

Assalamualaikum.. kisah anta seakan sama dgn anti.. apa2 pun, itu la dunia.. berila pengharapan kpd sang Pencipta.. dapatkan la cinta dari-Nya dhulu sbelum mncari cinta dunia.. semoga anta tabah mnghadapi segala dugaan.. senyum pngubat jiwa... La Tahzan.. Innallaha ma'ana.. ^_^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥