Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, February 24, 2012

: sekadar lelaki biasa :

                                                                               



                  Bila Allah ingin seseorang itu menjadi baik, nescaya allah menampakkan baginya akan kekurangan dirinya sendiri.


                                            ( Ustaz Azhar Idrus )

andai kamu tajuk dalam hati saya , disetiap isi kandungan terletaknya topik tentang kamu dan kesudahanya biar berakhir dengan halal bersamamu bukan terputus ditengah jalan , bukan juga berakhir dengan kekecewaan , namun jika ALLAH menginzinkan semua itu berlaku mungkin segalanya tertulis hikmah yang hanya DIA yang tahu dan hanya dia yang mampu♥ ♥ 

andai aku bukan pilihan hatimu , maka aku berdoa untuk menjadi pilihan imanmu , aku bisa mencuri hati kamu, tapi aku tidak ingin hati yang dicuri tidak bertaut ,  puas menadah tangan pada pencipta kita dia selalu menemani malam sepiku , dia tahu aku mengilhamkan kamu menjadi halal untukku , tapi aku cuma lelaki biasa ^_^                                                                  

sangat menarik bila mereka yang tidak bertudung cuba bertudung , mungkin ALLAH sedang merencana terbaik untuk mereka yang tidak bertudung dengan bertudung mengikut gaya dan peredaran zaman namun jika kamu bukan dalam kalangan bertudung aku juga bisa mendekatimu , jangan kamu takut kerna aku lelaki biasa ^_^

andai kamu tersangat cantik mungkin aku lebih lagi takut untuk memulakan hubungan itu , kerna aku serba kekurangan , tak bisa meraba wajah setampan " hitrik roshan , mahupun syah jaszle " tapi aku syuk al-hafiz seorang lelaki yang biasa yang hanya mengharap cinta sejati dan mendamba kasih illahi..andai kamu menolehku walau seici itu sudah cukup membuat hati ini tersenyum walau pandangan mata tertunduk malu...

jika kamu tahu lelaki biasa ini suka tersenyum walau dengan siapa dia bertemu, andai ada yang bersambut lelaki biasa ini akan memberi salam dengan kalimah assalamualikum , jika ada yang menjawab itu retorik perkenalan tapi lelaki ini malu untuk mencubanya dengan bukan mahram kerana ditakuti dengan fitnah selain dikatakan lelaki gatal...^_^

andai lelaki biasa ini ke musolah dia lebih suka berjalan kaki , nak tahu kenapa? setiap langkahan kita dipayungi oleh malaikat dan selangakah langkahan kita malaikat setia melabel kita yang baik sahaja namun berpandukan juga niat kita adakah ingin beribadat atau sekadar menunjuk beribadat....nauzubillah...saya hanya lelaki biasa ^_^

andai kamu tahu saya seorang penyimpan perasaan yang sangat hebat , saya hanya akan mendiamkan diri andai dilukai dan saya tidak akan berkata apa sebaliknya hanya berdoa semoga ALLAH bantu saya, saya lelaki yang selalu dalam dugaan-NYA  pernah diduga dengan luar biasa namun hanya bingkas menyimpanya menjadi arca kerana saya lelaki biasa ^_^



andai kamu ingin tahu aku yang ketiga dari 4 beradik tapi tanggungjawabku seperti yang sulung kerana aku punya dua orang kakak di atasku yang masih belum berkahwin tapi telah disunting lelaki lain dan insya-ALLAH aku bakal melepaskan tanggungjawabku selepas ini kerana mereka bakal bernikah bulan jun ini , dan jika kamu ingin tahu aku seorang yatim tidak berbapa dan punya kecintaan bonda yang tiada tara , aku sayang bonda kerana kamu bakal berkongsi kasih sayangku bersamanya , insya-ALLAH tanggungjawab ketika bersama kamu aku tidak akan lupa kerana aku lelaki biasa dan tanngungjawabku perlu diutamakan^_^

andai ada gadis yang sedang mengintaiku jujur aku katakan aku lelaki biasa seperti orang lain namun yang membezakan aku ..mungkin didikan aku ketika kecil...aku dididik untuk menjadi imam dalam usia yang sangat muda iaitu kira-kira 8 tahun...aku bisa mengenal ilmu tuhan ketika itu...namun aku masih dalam kekurangan kerana aku selalu khilaf dengan dosa...seperti lelaki lain juga ^_^

kita tak bisa menjadi orang lain namun kita bisa menjadi manusia yang lebih baik , itu sahaja kata-kata yang aku pegang yang mengilhmkan aku berkongsi ilmu disini , wahai kamu yang sedang menjengah kotak hati ini...aku ingin katakan aku tidak mudah mendekati gadis dan ada di antaranya menyatakan aku sombong namun aku hanya ingin setia dan istiqomah kepada dia yang ALLAH juga beri tautan hati yang sama antara aku dengan dia namun aku masih tidak tahu siapa ^_^ kerana itu rahsia ALLAH..

disetiap malam yang hening aku berhujah dengan tuhanku melakukan istikharah , aku tidak mahu tersalah memberi hati...kerna aku akan mencintai hamba ALLAH itu sepenuh hati....dan dengan izin ALLAH juga hati ini akan selalu menjadi miliknya selagi dia tidak melukakan perasaan lelaki ini dan menerima kekurangan yang ada bersama ^_^

terkadang muzik juga peneman dikala sukaku , aku bisa menyusun ayat berbunga dalam dua keadaan iaitu ketika sedih dan suka , namun jika hati ini diberi kepada kamu dengan rela insya-ALLAH aku melukiskan perasaan tentang kamu tanpa ada pengakhirannya , kerna aku masih mencari si dia yang benar-benar menghargaiku apa adanya...jika kamu iramanya aku juga bisa menjadi lenteranya tanpa jemu dan leka tapi aku masih mengingatkan kamu dengan kecintaan tuhan yang esa ^_^ kerana aku lelaki biasa..

semoga kamu tahu aku adalah lelaki biasa dan akan selalu begitu , sifar merendah diri mahar lelakiku , aku tidak dicipta untuk membangga diri dengan apa yang ada tapi cukup sahaja bersyukur dengan pemberianya...kerana aku lelaki biasa ^_^

♥ ♥ andai laluan gundah di lorong kekecewaan , izinkan aku berhenti di pintu ketaqwaan , menjadi hamba yang selalu bersyukur walau kisah bahagia hanya dalam kenangan dan jika wujud gadis yang cuba mencuri hati ini dia perlu tahu hati ini sedang diperbaiki demi mencari cinta sejati atas nama tuhan yang maha memberkati , jadikan diri ini lelaki yang istiqomah dalam mencintai kekurangannya dan menghargai kehadirannya , insya-ALLAH ♥ ♥


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

setiap manusia mpnyai klbhn & kkrgn masing2..biasa @ luar biasa bkn i2 jgn mjd ukuran NYA kelak..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥