Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, February 24, 2012

: Simpan hati ini hanya untuk kamu :

                                                                       
  ♥ ♥ alhamdulillah , ALLAH sedang membantuku menenangkan relung hati yang sedang terluka , lalu bingkisan perasaan dibawa angin terbang melayang , namun ALLAH mendekatkan aku dengan pelbagai jenis hawa yang membuatkan aku dalam penasaran , subhanallah di saat ini aku ingin memulakan ukhwah dan aku tidak berminat dengan si pencari timba , biar aku mulakan bukan si hawa itu dan pengakhirannya biar dengan cara yang baik bukan membenci dan bukan juga meratap sepi♥ ♥


                                              Mengapa Hawa Tercipta Masa Adam Tidur
Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam... tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.

Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.  

 Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.  

kamu tahu hari ini aku berbicara sendiri . hati keluh kesah dimana kamu wahai si pemilik hati? kenapa kamu menjauh , kenapa dan mengapa? kamu tahu dalam solat dilima waktu ini aku berdoa didekatkan dengan kamu , mungkin belum masa lagi , mungkin belum ketikanya perasaan ini bersambut mungkin juga ALLAH menjaga kamu khas buatku...namun kamu perlu tahu , aku bukan diantara lelaki yang berbayangkan malaikat , aku juga terkadang hanyut dengan nafsuku sendiri dengan kekhilafan dan dosaku namun begitu aku tahu pelbagai perkara sehingga mereka dikampus mengatakan aku lelaki luar biasa...  

wahai si dia yang tercipta untukku bolehkah kita berkenal mesra? aku cuma ingin tahu perihal dirimu , kelak nanti aku akan simpan kamu dalam hati ini , hanya untuk kamu hanya milik kamu hanya buat kamu...kamu segalanya tapi aku ingin kau tahu bila aku telah sayang kamu...jangan kamu selingkuh seperti gadis sebelumnya...kamu perlu tahu aku lelaki yang istiqomah...aku perlu kamu melengkapi saf ibadatku kamu menjadi makmum dan aku imammu..insya-ALLAH tautan hati ini selalu mengingatimu..

kamu juga perlu tahu aku seorang pecinta muzik , aku gemar melayan akustik dengan gitar pujaan hatiku , namun gitar yang paling aku sayang sudah ku tanam mati kerna dia pergi bersama jiwaku yang satu lagi...kamu tahu ketika aku tersangat sedih kerana dia yang selingkuh aku telah mematahkan gitar kesayanganku...dan sehingga kini belum berganti...dan kamu juga perlu tahu aku pernah hampir hilang pegagan imanku dek kerana gadis pemain cinta itu..
cukuplah aku lempar kenangan sepi itu jauh dari lautan duka...biar sungai muar tempat bermainku sahaja yang tahu...kenangan itu membekas di jiwaku sehingga kini...

wahai kamu yang dalam ilhamku....aku tidak meminta kamu menjadi semuslimah mungkin cukup sahaja menjadi gadis semasa kerna aku tidak mengimpikan yang sempurna sebaliknya aku ingin dia yang tahu menghargai nilai gadisnya dan tahu yang aku sedang serius untuk mendekatinya dan ingin sekali memahat niat untuk menjadikan dia halal untukku..

nukilan perasaan dulu sedang mengalir deras . pergi meninggalkan kenangan , ALLAH tahu aku hambanya yang bagaimana...aku sayang akan keluargaku dan aku tidak ingin mereka susah biar aku yang rasa dulu dan cebisan sakit itu biar aku juga yang simpannya kerna aku tidak mahu melihat mereka mengalirkan airmata seperti sebelum ini melihat aku rebah kerana pemain cinta ...

ALLAH terima kasih atas dugaan yang kamu hadiahkan untukku kerana ia benar-benar mendidikku menjadi lelaki luar biasa , walau aku tiada rupa yang istimewa jika sesiapa mendekatiku dia pasti akan tahu siapa disebalik aku...yang pernah patah sayap seribu...

♥..MANUSIA itu ibarat DAUN..Jika TIDAK GUGUR ke tanah HARI INI, suatu hari nanti PASTI akan gugur..Begitulah insan-insan yang kita SAYANG..umpama daun, mereka juga pasti suatu hari nanti akan MENINGGALKAN kita..yang KEKAL abadi ialah KASIH dan CINTA ALLAH kepada hambanya..♥♥

~♥~..yang pasti..jika mereka tidak meninggalkan kita..kita yang akan tinggalkan mereka..kerana itulah fitrah kehidupan..yang hidup pastikan mati..~♥~
♥..Hidup di Dunia Hanya Sementara..♥♥

‎"Seandai tidak mampu mengutip mutiara dilautan cukuplah diri bermula dengan belajar berenang kerana suatu masa pasti akan dapat mengenggam mutiara.

Bermulalah dengan belajar berenang dan menyelam agar tidak lemas didalam lautan.Ilmu itu terbentang luas,namun belajarlah adab mempelajari ilmu supaya tidak sombong diri dan taksub terhadap cabangnya "

✿~ seTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu, satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya..

~ airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..
✿~ begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya.. dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..

~ tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya.. ~✿

Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak,, Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.

Syuk al-hafiz> 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

ada yang sedang menanti kamu... sesudah datang nya si dia kepada kamu.. maka berbahgialah kamu.... mungkin ini lah jawapan istikarah kamu.. insyaALLAH.. saya doakan kesejahteraan dan kebahagian diri kamu..

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥