Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, February 18, 2012

: Jangan Tersalah memberi hati ^_^ :

                                                                 

aku tidak bijak untuk berhujah tentang perasaan melalui kata, namun aku bijak menukilkanya menjadi madah yang berbunga kerana disitu terlukisnya perasaan lelaki ini , yang harum subur mewangi , wahai kalimah cinta yang selalu bisa mencuri mana-mana hati izinkan rasa ini dimiliki oleh mereka yang benar , mereka yang betul dan mereka yang setia kerana hati ini sudah lelah dan penat dilukai dan disakiti , ALLAH ajarkan aku menyemai cinta hamba yang tidak sedikitpun membuat aku jauh denganmu , kerana aku ingin kamu selalu dekat di hatiku bersama bidadari ciptaanmu , insya-ALLAH...

dimana kamu , aku sedang menunggu pelukan halal yang bisa mententeramkan rasa hati , aku rindu kamu , tautan taubat dan tegarnya rasa nasuha itu , menguatkan aku untuk menunggu kamu , diri ini selalu mengharap kamu bisa merindu , dan hati ini selalu berkata, aku ingin kamu tahu aku telah memahat niat untuk menjagamu selamanya sepanjang hidupku insya-ALLAH sampai kapan pun....    

jangan biarkan hati itu dimiliki oleh orang yang salah , yang selalunya hanya tahu mendua , bertiga dan selanjutnya bisa menyemai cinta untuk banyak lagi..andai kamu telah rela memberi kamu perlu tahu permainan apimu bisa membakar perasaanmu sendiri...kerna cinta itu bukan mudah dilafazkan kerana disisinya terletak tanggungjawab iaitu menjaga dan setia , namun cinta itu bukan bermakna cinta bila mudah memberi hati pada yang lainnya tanpa memikirkan rasa istiqomah pada yang satu ^_^

ibu selalu kata andai apa sahaja yang dilakukan kita , namun tiada seorang pun tahu ingatlah anggap sahaja apa yang kita lakukan merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia yang punya rasa kemanusiaan , dan jika mengharapkan balasan ALLAH dengan harapkan pahala , keikhlasan itu tidak sedalam mana hanya umpama air yang mengalir dan bisa sahaja pergi tanpa dipaksa...

ada seorang hamba ALLAH dia sangat baik , walau aku tahu dia menunggu cinta dariku aku pun sedang mengenalnya , dia tahu segalanya tentang aku , dia tahu jerih peritku sebagai seorang lelaki dan tanggungjawabku kepada keluarga , dia juga tahu hati ini milik hamba ALLAH lain ..namun aku selalu mengingatkan dia tentang rasa terkilan terhadap gadis yang tidak pernah setia dan aku tahu dia membelek perasaan sedihku dengan sabar yang menebal dan dia juga tahu aku berpura-pura tidak tahu yang dia sedang mencintaiku...

wahai hamba ALLAH yang sedang menungguku , bantu aku untuk buang perasaan tidak mempercayai gadis , aku sukar untuk melihat gadis yang setia pada seorang lelaki..dan natijahnya juga telah di utarakan oleh ustaz azhar idrus , beliau juga mengatakan gadis yang punya banyak kenalan lelaki tidak bisa dijadikan isteri ..dan melalui kata-katanya juga aku simpan dalam-dalam untuk memilih tautan hati yang lain , kerana aku dicipta untuk setia walau hanya sekali bercinta...aku tetap istiqomah dan berjanji tidak akan mendua...

cinta itu bukan hanya perasaan namun perlu diselitkan tanggungjawab menjaga hati berusaha tidak mencari kecantikan yang lain istiqomah dan jangan lupa cinta yang hakiki hanya pada illahi jangan terlalu taksub dengan cinta manusia , biar arus perasaan tidak hanyut andai ombak rindu datang menerpa , Berdoalah agar rasa rindu ini dihujani dengan rasa menebal rindukan ALLAH dari hambanya...

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan..^_^         

Bila kamu inginkan kebaikan datang padamu Jangan kamu lihat keluar dirimu tapi tengoklah kedalam dirimu,Kalau dirimu sudah indah maka di luar pun kamu akan dipertemukan dengan yang indah pula.Tanpa kamu rindukan, bila kamu baik maka kebaikan pun akan datang padamu.
Berjuanglah untuk memperindah indra-indra Allah dalam dirimu supaya kamu pun akan temukan keindahan orang lain di luar dirimu. 

insya-ALLAH istikharah cinta selalu sahaja menjadi peneman dikala malam , kerna hidup ini selalu sahaja mempunyai seribu pilihan , namun terkadang pilihan itu juga berdasarkan logik bukan menharap pada perasaan semata-mata kerna manusia dicipta mempunyai akal ,dan terpulang kepada kita untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk dalam memilih pasangan, tidak sama dengan memilih baju yang pasti bukan sahaja cantik menjadi ukuran malah perlu sahaja , menjadi penyejuk dimata dan penawar dihati kita , insya-ALLAH ^_^ 

mudah sahaja nasihatku disini jika ingin mereka yang baik berdamping dengan kita berusahalah sehabis baik menjadi lelaki yang baik insya-ALLAH orang baik mahupun kurang baik selalu sahaja senang untuk mengenali kita , ALLAH pengaturcara yang paling bijaksana disetiap kisah duka ada hikmah yang selalu berbunga dan subur mewangi insya-ALLAH percayalah .. HIDUP SELALU INDAH JIKA SENTIASA INGAT PADA YANG ESA ...walau sesulit manapun kita kesudahannya pasti sahaja di landasan kemenangan...

Insan hamba Tuhan yang berjiwa besar walaupun badannya kecil, merupakan insan yang mampu mengenal makna dalam menghadapi segala halangan, cabaran, kepahitan dan kegagalan. Dia tetap sabar, solat dan syukur, kerana ketiga faktor ini dia telah selami dan hayati sebagai daya tarikan rahmat dan berkat Tuhan Robbul 'alamiin...

Hanya manusia yang berjiwa kerdil walaupun badannya besar sebesar gajah, yang akan sering keluh kesah dan berputus asa....:-)

                                                                


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

entry yang menarik...

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥