Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, February 10, 2012

: Lelaki Harus tahu dan wanita perlu tahu ^_^ :

                                                                                   
               Jangan cinta kerana dia lelaki..kelak kita akan membenci..jika dia bukan lelaki yang dicari..hanya pandai menabur janji..


Jangan dirindu pada paras rupa..kelak kita akan terseksa..jika dia tidak sebaik rupanya..senyumnya manis tipu belaka..



Jangan disayang kerana berharta..kelak kita hidup menderita..jika hartanya habis dibelanja..sukarnya hidup miskin dan papa..


Jangan dikasih kerana dipuji..kelak kita menagih janji..jika rupa berkedut dimamah hari..hilang sudah puji memuji..

Jangan dicari seorang kekasih..kelak kita akan disisih..jika kasih luntur bersih..menangislah diri hidup bersedih..

Jangan disambut salam rindu..kelak kita menahan sendu..jika rindu tak dapat disatu..dimanakah akan kita mengadu..

Jangan dilayan seorang teman..kelak hidup menjadi ancaman..jika teman tidak beriman..dibakar api dihari kemudian..

Wahai sahabat wahai teman..carilah dia kerana Tuhan..untuk menambah ceteknya iman..bekalan diri hidup berteman..

Wahai sahabat wahai teman..cintailah dia kerana beriman..dijadikan Tuhan sebagai pasangan..baik buruk ketentuan Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..terimalah dia penuh keikhlasan..andai buruk anggaplah dugaan..andai baik pujilah Tuhan..

Wahai sahabat wahai teman..ingatlah akan janji Tuhan.isteri yang baik besar balasan..suami penyabar itulah kemenangan..

Bila rindu kembali menjengah,

Menyusup datang melalui sekeping gambar,

Begitu terasa bibirku bergetar,

Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,

Menggigil dalam bahang tengah hari,

Ku sentuh pada bibirku,

kering mengelupas,

Ku letakkan tangan pada dadaku,

Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,

Warnanya pucat membiru,

Tiada kilauan dalam mata,

Tiada cahaya pada wajah.

Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini ‘cinta’,

Lalu mereka hairan aku menolak ‘cinta’,

Tapi aku pasti ianya adalah ‘petaka’ ,

kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,

Rindu ini rindu yang mencemarkan,

Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,

Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Rindu Illahi

Dahulu,

Jika rindu yang sama bertandang,

Akulah insan paling bahagia.

Kini,

Jika rindu yang sama bertamu,

Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,

Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,

Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,

Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,

Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,

Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,

kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,

Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,

kerna aku takut pada bayangannya,

Kerna ku tahu jatuh cinta itu,

Hanya bisa pada Tuhan,

Kerna ku tahu nafsu ini,

Sering membawa ke arah kejahatan,

Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,

Ku mohon,

Jauhkanlah aku dari ‘petaka’ rindu ini,

Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,

Cinta yang kekal dan abadi.

Tips Untuk Lelaki Yang Ingin Menawan Hati Perempuan ««

••► Jangan Terburu-buru…
Ramai yang terburu-buru bila dia dah suka pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.

Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.

Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

••► Be Gentleman…
Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan.

••► Usik-usik la sikit…
Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…

Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan yang kelakar atau kisah kehidupan kita. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu.an Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia aktertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

••► Mulut kena manis…
. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.

Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.

••► Biar dia rindu…
Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa kita asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.

Adakah si dia akan SMS kita atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.

••► Luahkan Perasaan..
Bila dah kanal rapat dan kenal hati budi dia..boleh la kamu cuba luahkan isi hati kamu..sekurang-kurangnya bagi la coklat kat dia dan selitkan kata-kata indah yang kamu sukakan dia..paling kurang pon,tulis la something yang ringkas tapi bermakna seperti Aishiteru ....

Ditujukan Buat semua wanita 

Apabila kamu berkawan dengan lelaki...
Ingatlah ada dua pilihan yang terbentang...

Yang Pertama...
Kamu jadi seperti ''KELAPA''...
Mudah diperolehi...
Diparut...
Diperah...
Dan diambil santannya...
Lepas itu hampasnya dibuang...

Yang Kedua...
Kamu jadi sebutir ''MUTIARA''...
Berada di dasar lautan...
Tersimpan rapi...
Dilindungi Kulit...
Bukan mudah untuk dilihat...
Apa lagi mendapatkannya...
Hanya orang yang bertuah...
Berusaha menyelami dasar lautan...
Dapat memperolehnya...
Harganya mahal sekali...
Dan ia akan disimpan selamanya...

=====JADI=====

kamu pilihlah sama ada...
Hendak menjadi ''KELAPA''...
atau...
''MUTIARA''...

Disebalik santan...
Menjadi penyedap makanan...
Diperah segala kenikmatan...
Dengan mudah jatuh menjadi titisan...
Akhirnya setelah habis kari dimakan...
Pulut panggang habis ditelan...
Dan santan hilang tak jadi ingatan..
Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang...
Jasa santan tidak kan dikenang...

Mutiara...
Tertanam di dasar paling dalam...
Sukar andai hendak menjadi perhatian...
Kerana dilapisi kulit yang keras menghadang...
Namun kiranya ditemui insan...
Akan menjadi permata hiasan...
Terletak tinggi di mahkota idaman...
Atau di leher nan jinjang...
Atau di lengan menyerlah...
Makin lama mutiara ditanam...
Makin tinggi nilainya...

=====OLEH ITU=======

Tentukan yang mana satu pilihan...
Menjadi santan...
Mudah jadi perhatian...
Tapi hanya sebentar menjadi santapan...
Kemudian hilang segala nikmat dan pujian...

Menjadi Mutiara...
Sukar ditemukan...
Namun pabila dihias indah pada gadis perawan...
Hilangnya ia...
Tangisan mengiringi zaman...

Seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahaya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintai dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah cinta.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yg ia sinari, Cinta itu seperti sinar matahari MEMBERI KEHANGATAN DIHATI KITA.


Cinta umpama ‘treasure hunt’ . Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokkannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi .

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu ….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari ..

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

»»» Kesat Air Mata Itu..Sesungguhnya Harga Dirimu LEBIH PENTING, Sesungguhnya Harga AIR MATAMU Lebih BERNILAI..Lebih BERHARGA Jika Dibazirkan Untuk Lelaki Itu..BERSABARLAH, Berhenti Menangis, Berhenti Berharap Pada Yang Tidak Pasti..YAKIN Dengan JANJI Allah..Orang Yang Baik Adalah Untuk Orang Yang Baik-Baik 
Dan Kamu LAYAK Untuk Orang Yang LEBIH BAIK..


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

nurhidayahmohamed said...

..alhmdulillah..selepas membaca blog saudara,hati terasa lbih tenang..hakikat cinta yang pergi dapat saya terima..Allah memberi kekuatan pada saya untuk lebih mencintai-NYA berbanding manusia..sy suka dgn blog nie..^_^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥