Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, February 5, 2012

: kerana cintakan wanita itu ^_^ :

                                                                                   





Tidak bertemu mata, tidak bertemu suara, tidak mengungkap janji, tidak bermadah cinta, cukuplah kata mengingat Tuhan, cukuplah nasihat serta teguran, cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman. Soal hati dan perasaan, biarlah masa yang menentukan. Hati kita Allah yang punya, hati kita Allah yang jaga. Berdoalah, kerna itu senjata kita. Andai takdir hidup bersama, pasti Allah permudahkan jalannya.


✿>> Saya tidak ada masa nak berkenalan dan bercinta..semua hanya sekadar kawan, maafkan saya..apabila melihat dirimu bahagia, saya turut menumpang bersama, terima kasih..ingatlah kamu akan JANJI Ilahi :

"Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya..tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU.."

>>> Apabila hati terikat cinta kepada Allah dan Rasulnya..tiada yang
menyakitkan, tiada pula yang menakutkan..dan tiada yang kesepian kerana Dia sentiasa MEMERHATI..(◠‿◠✿)


♥ hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada Ilahi adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari yang Maha Esa...

♥ walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, redha dan bersedia memaafkan menjadi penawar yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan... ♥



Allah mahu mendidik kita. Dia ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-Nya... yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati yang mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.. ♥


♥ saudara semuslimku yang baik hati, bersyukurlah andai kita memiliki hati yang sering dilukai... kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.

   ••► Tahukah kau wahai Adam

Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?

Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .

Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .

Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .

Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati hak Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu .

Damaikanlah ombak di hatimu , kerana ianya lumrah ujian . .
Yang menjadi lubuk pahala mujahadah cintaMu padaNya ,
tekadkanlah janji di hati . .
"Telah Kupilih JalanMu . . dan aku sebenar-benar yakin , cinta ini tidak akan pernah dikecewakan"

   Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…(◕‿◕)
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..” Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata…♥

  ❤ Jika putih itu indah.. kenapa harus ada hitam?
❤ Jika melati itu suci.. kenapa harus ada mawar berduri?
❤ Jika kita punya kaki untuk melangkah.. kenapa kita menginginkan sayap untuk terbang?
❤ Jika kita punya mata untuk menatap masa depan.. kenapa kita pejamkan untuk berkhayal?


♥ Hidup ini indah bila kita faham erti hidup yang sebenar..
♥ Hidup ini indah jika kita saling menghargai..
♥ Hidup ini akan lebih indah jika tiada rasa benci..
•► Kerana kita hidup untuk saling melengkapi... 【ツ

    KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR :

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

             jika saya yang bertakhta di hati awak,sayangi saya sejujur hati awak..
jika saya yang awak rindui,simpan saya jauh dalam hati awak..
jika saya yang selalu menyakiti hati awak,maafkanlah saya kerana itu bukan niat saya..
jika saya antara orang yang awak tak mahu kenang lagi,ajar saya tuk memahami awak..
tapi jika di dalam hati awak takde diri saya,saya terima seadanya..
namun ketahuilah bahawa awak akan selalu dalam hati saya kerana saya amat bersyukur memiliki awak..♥♥♥

sunyi sepi henfon nie , macam hati dan jiwaku juga , hanya bertemakan gitar dan retorik bisikan unggas malam , memandang langit , mengingati kenangan dan merindu kisah silam , andai arwah ada aku pasti sedang sibuk text dengan dia , dan sekarang dia selalu wujud dalam mimpi-mimpiku , sudah 5 tahun dia pergi ♥ ♥


cinta itu indah jika kita bertemu dengan mereka yang tepat dan menghargai kita ^_^ ♥ ♥ jangan jadi macam saya selalu terluka dan kecewa hanya dapat melukiskan perasaan di blog..tanpa sesiapa teman yang rapat tahu...^_^

andai saya melukiskan perasaan saya di blog , biar tajuknya awak dan mukadimahnya tuhan kita iaitu ALLAH ^_^ namun pengakhiran blog itu mesti nikah dan bahagia kerna saya sudah puas kecewa ^_^

          ♥ ♥ subhanallah , aku menemukan keindahan tuhan di wajahnya ^_^ , namun aku berharap jangan sampai mata ini menjadi zina pabila melihat kamu , dan ketika melihat kamu aku tak bisa mengerlipkan mata dan ucapan yang terindah adalah subhanallah , semoga ALLAH memberi rasa kasih dihatimu 
untuk melihat diri ini yang serba kekuranga dan tak punya apa-apa ♥ ♥

‎"Ketika Allah menginginkan dua hati bertemu, DIA akan menggerakkan keduanya..tidak hanya salah satu, dan apabila dua hati MENGINGATI yang SATU, maka mudahlah bagi keduanya untuk BERSATU.."

>>> Apabila hati terikat cinta kepada Allah dan Rasulnya..tiada yang
menyakitkan, tiada pula yang menakutkan..dan tiada yang kesepian kerana Dia sentiasa MEMERHATI..(◠‿◠✿)

aku tersenyum bukan kerana hidupku sempurna tetapi kerana aku menghargai apa yang aku punya dan apa yang tuhan berikan ♥ ♥

Syuk al-hafiz > — in Muar, Johor


                                                                    


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

3 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

kdgkala kite tenggelam dlm prcaturan sdri..^.^

Aku Yang Terpilih said...

kerana cintakn lelaki itu..

Aku Yang Terpilih said...

kerana cintakn lelaki itu..

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥