Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, February 4, 2012

: cinta lelaki ini :

                                                                                 
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


                ♥ ♥ wahai tuhan yang maha membolak balikkan hati, tuntun hati ini agar tidak sedih lagi agar tidak kecewa lagi, agar aku bisa menapak dibumimu ya Allah, andai cinta itu milik kamu kasihi aku dan berilah aku rasa cinta pada dia yang tepat buatku agar aku tidak letih menanggung permainan cintanya kerna hati ini istiqomah untuknya selamanya ♥ ♥  

aku tidak tahu siapa dia yang bakal memiliki hati ini menjadi zaujah buatku , namun aku sedang bersedia menjalani batas waktu dengan segala cubaan tuhan , aku sedang dalam proses menjadi lelaki yang serba tahu , dan aku berdoa agar iman ini tidak menjauh biar ia selalu dekat kan pasti iman itu juga bakal mencerminkan diri ini demi untuk membimbingmu , wahai kamu yang tercipta untukku aku masih menunggu siapakah kamu , yang punya tautan hati yang sama sepertiku , andai satu pihak sahaja yang rasa itu belum cukup untuk membina mahligai yang mawaddah bersamamu ...

wahai kamu yang tertulis untukku andai satu masa kita dipertemukan aku rela menerima masa silammu andai kamu pernah berdosa aku jua sama , kerna tiada manusia yang sempurna , wahai kamu cinta matiku aku sedang bertahan aku tidak mahu terjerumus dengan cinta murahan yang hanya suka tentang dunia malah aku ingin cintakan kamu sampai ke syurga bersama zuriat kita nanti insya-ALLAH...

wahai kamu , jika benar aku masih belum dipertemukan dengan dia yang setia , aku juga harus setia menunggu jika belum masanya aku bercinta, aku akan tetap menunggu insya-ALLAH sampai kapan pun.. andai ALLAH menulis yang aku bakal hidup seorang diri aku juga sudah bersedia biar sepi ini bersahabat denganku...dan ketika sunyi memeluk diri ini aku akan pergi jauh..mungkin membawa diri....daie dan bercerita tentang pengalaman hidup ini...semoga menjadi tauladan kepada mereka yang baru mengenal dunia..

siapalah kita mencintai sesama manusia
yang kadang punya rasa berbeza dan berubah
kerana bila saatnya tiba menghampiri diri
cinta terlontar bagaikan sampah
busuknya berbisa setelah berbaur amarah
lalu ke mana lagi cintakan tumpah
selain menjadi sebilah fitnah
menghiris hati berdarah dan bernanah
kerana cintanya terlahir tidak amanah
meski ia selembar fitrah... ^_^

andai kamu tahu aku selalu berdoa , aku tidak meminta pasanganku sempurna di pandangan mata namun cukup sahaja menjadi penyejuk dimata dan penawar dihati , yang tatkala dia melangkah aku akan rasa sayu , dan pabila dia berhujah aku akan mendengar dengan penuh rela...biar rasa itu hadir tanpa ayat pengasih tanpa pertolongan sesiapa tapi biar ia hadir kerana ALLAH...aku ingin mencintainya dan menerima kekurangannya dan aku harap dia juga begitu..

andai dia juga tahu aku juga punya kekurangan aku harap kekurangan ini diterimanya , kerna aku tak bisa dia malu dengan kekurangan diri ini,aku bukan sempurna pada wajah , namun aku bersyukur atas apa yang ALLAH berikan kepadaku , aku hanya ingin dia tahu jika dia malu beri tahu aku...dan aku akan tunduk aku suka merendah diri dan aku akan selalu begitu..

andai dia tahu aku punya seorang ibu  aku sayangkan dia , dia hanya ada aku yang selalu memhaminya , aku tersangat rapat dengan bonda lagi-lagi bila arwah abah tiada di dunia ini , segala cerita dia akan kongsikan padaku ...dia juga syurga cintaku...namun aku masih perlu kamu demi untuk melengkapkan hidup ini...


♥ "...Jikalau kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkanNya. Ertinya, cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintaiNya menderita di akhirat..." ♥

♥ "...Wanita merupakan ujian Allah yang paling bahaya dalam kehidupan lelaki didunia...ini disebabkan kerana tabiat lelaki itu mencari wanita, sedangkan tabiat wanita menunggu dan memancing dengan umpan-umpan yang menjadikan lelaki lupa daratan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wanita...kerana itu wanitalah lebih mempersonakan lelaki daripada lelaki mempersonakan wanita...hakikat ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yg bermaksud : "Aku tidak tinggal selepasku ujian bahaya kepada lelaki melainkan wanita." ♥

♥ "...Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan : Orang JAHIL semuanya BINASA kecuali yang BERILMU...orang BERILMU semuanya BINASA kecuali yang BERAMAL...orang BERAMAL semuanya BINASA kecuali yang IKHLAS...untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang...ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu..." ♥

Pesanan Nabi Muhammad SAW : "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat."


wahai kamu yang tercipta untukku aku masih menunggu kamu , aku jua tidak mahu silap lagi demi kerana memberi hati , aku belum rasa bahagia dalam bercinta aku juga belum merasa nikmat cinta untuk dikongsi bersama namun aku berharap segala kesakitan ini akan dibalas juga dengan mempertemukan aku dengan seseorang yang tahu aku selalu ada untuknya , bukan hanya mencintai dunia tapi mahu mengajaknya bersama-sama ke syurga ^_^
                                                                            
  Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka,bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..
Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..
Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..
Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,
Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CiNTAMU..                                                                 

 ♥ ♥ anganku mengharap dia merindu namun, hujan kedukaan yang membasahi kamar sepiku, jika Allah wujudkan perasaan luka ini, aku bermohon agar Allah juga selitkan penawar senyuman meskipun dalam duka ♥ ♥      


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

QasEh said...

Mungkin ALLAH menginginkan kamu bertemu dengan orang yang tidak menyenangkan sebelum kamu bertemu dengan orang yang menyenangkan dalam kehidupanmu dan kamu harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu yang telah mengajarkan sesuatu yang paling berharga dalam hidupmu

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥