Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, February 3, 2012

: cerita disebalik lelaki ini :

                                                                               
              ♥ ♥ biar kita setia kerna Allah tetap pelihara hati kita walau setia kita diperlekehkan namun setia Allah pada kita yang terluka tiada tara dan dia maha mencipta setia, insya-Allah akan ada orang yang setia buat kita walau dia berada dibalik pintu kedukaan itu ♥ ♥    

 aku sedang menunggu sms darinya saban hari setiap masa dan detik , aku juga mencuri masa mengingatinya , cintaku belum bersambut kasihku belum bersahut namun aku belai hati ini supaya bersabar , kerna demi cinta yang aku kejarkan aku perlu tahu cinta ini berjalan biar kerana ALLAH dan disitu akan lahir keikhlasan yang tiada taranya ^_^   


Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih ...
Jika kita memilih ... pilihlah yang terbaik buat kita ...
Dan jika dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya ...
Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...
Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu....tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya.
Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.

Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia

Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas....^_^
wahai kamu yang membaca luahan hati ini , jika kamu tahu aku selalu mengingatimu , aku selalu merinduimu walau aku sahaja yang beria-ria mengucapkan kata selanat pagi dan selamat malam walau kamu tidak pernah membalasnya , aku tahu aku sedang tidak diperlukanmu , aku sedang dilupakanmu , dan aku tahu aku sedang bertepuk sebelah tangan ^_^ namun aku tidak berharap kamu mengingatiku , menyambut kasih dan sayangku dan aku juga tidak berharap yang kamu tahu apa terbuku direlung hati ini , kerana cinta ini bukan hanya retorik namun semuanya bersumber kerana cintaku pada pencipta dan kasihku padamu , andai aku pernah buat kesilapan besar tolong teguri aku kerna aku bukan sempurna aku tidak syumul aku juga selalu berdosa...
jika kamu sedang memarahi aku tolong beri tahu aku , kerna aku akan berusaha berubah kerana cintamu semangat untukku, dan kasihmu juga membuatku teguh, kamu kekuatan kamu penawarku dan kamu juga racun yang paling dalam buatku, walau perasaan ini tidak bersambut aku akan selalu menunggu...dan dimana mereka di luar sana bertanya apakah status perhubunganku lalu aku berkata , aku menanti jodoh dari langit tuhanku , sedangkan kamu sudahpun tahu , aku masih mendamba kata keramat cintamu , walau aku dipandang sepi , walau kamu malu mengatakan kamu berhubungan denganku , andai kamu tahu aku rela mengaku yang aku terhegeh-hegeh menagih cintamu kerana hati ini telah lama kuberikan padamu sejak dulu lagi..andai aku menyuruh kamu istikharah bukan bermakna aku pilihan terbaik dari kalangan lain , namun aku ingin kita sama-sama tahu adakah kita mempunyai tautan hati yang sama atau aku sahaja yang merasa?
bonda selalu mengingatkan agar aku tidak bersedih kerana cinta manusia , dan katanya jika rasa yang hadir hanya selalu menyakitkan lepaskanlah ia kerna jika dia kembali kepada kita , dia memang untuk kita namun jika tatkala kita melepaskannya dan dia terus pergi tanpa menoleh lagi dia bukan untuk kita sejak dari mula lagi...
jika aku memberi hati pada mereka yang tepat mungkin aku sedang bahagia sekarang namun aku tidak dapat memberi hati pada yang lain , aku pernah mencuba namun aku telah melukai banyak hati , aku hanya istiqomah pada satu hati , dan bila mana memang dia bukan untukku aku tetap redha namun aku belum boleh memberi hati ini namun aku bisa mendidik hati ini untuk mencintai yang lain , insya-ALLAH...
dalam hidup ini aku belajar untuk bersederhana , aku juga belajar untuk menjadi diri ini apa adanya kamu suka lelaki yang kacak dan aku bukan dalam kumpulan yang kacak itu , dan kamu memilih cinta lelaki yang berharta namun aku sedang memperbaiki hidupku , namun kamu juga perlu tahu jika mendamba kesempurnaan itu memang tidak akan pernah hadir...kerana manusia tidak bisa menjadi sempurna pada setiap segi , dan ALLAH mencipta cela agar manusia itu tahu ALLAH segalanya tempat panduan dan rujukan yang teragung bukan dunia dan segala isinya..
~► Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bkn cinta...tetapi kagum...
~► Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu...
~► Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan...
~► Jika kamu mencintai kerana dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa...
~► Jika kamu mencintai hanya kerana Allah.itulah cinta yang lahir dari hati kamu yang ikhlas

♥ ♥ jika ingin kan seorang gadis untuk menjadi suri taman hati carilah diantara mereka yang tidak punya ramai kawan lelaki , kerana mereka yang suka berkawan dengan ramai lelaki hanya membuat hati lelaki dilukai , dan jika inginkan seorang lelaki menjadi suami carilah diantara mereka yang tidak ligat memandang jutaan gadis kerana bila melihat ramai gadis hati tidak bisa istiqomah pada satu hati ♥

andai kamu tahu , jika aku sedang di idami gadis lain , aku selalu menjawab yang aku sama seperti lelaki lain namun aku juga ingin kau tahu jika wujud lelaki seperti aku terimalah dia , kerana kesakitan melihat seseorang itu selingkuh amatlah sakit , malah bisa merobek-rebek hati , andai aku bisa setabah nabi ayub kerana penyakitnya aku bisa tersenyum lagi , namun kali aku tidak bisa , aku tidak kuat , jika gadis itu bakal menjadi suri hidupku dia perlu setia sebagaimana aku setia , aku setia dengan sepenuh hati dan aku tidak mampu dilukai lagi...
aku ingin menjadi lelaki yang serba tahu , sebab itu dulu setiba pulangnya dari kerja , aku selalu mengingatkan kepada bonda agar dia tidak ke dapur untuk masak , malah aku sendiri akan masak untuknya , dan jika aku pernah meninggikan suara kepadaya setiap kali sebelum tidur aku memohon maaf kepadaya , aku lelaki dan dalam hati juga ada kelembutan dan tidak semua lelaki itu kasar dalam setiap perilakunya..aku hanya bermohon cubalah untuk setia..wahai gadis..
dan bila mana kamu mengatakan lelaki lain itu sahabat kamu , abang angkat mahupun teman rapat aku hanya tersenyum dalam relung hati ini aku tidak memilih untuk mengongkongmu namun aku hanya ingin melihat kamu gembira terkadang aku takut kamu hanyut sebab itu aku selalu mengingatkan agar jaga diri baik-baik , namun kamu mempersiakan harga diri ini dengan selingkuh lagi....sampai bila dan bila? aku lelaki bisa setia kenapa tidak kamu wahai hawa?
aku menyambung pengajianku dalam bidang quality assurance engineering adalah kerana aku memikirkan masa depanku , aku telah puas menimba pengalaman bekerja dalam pelbagai bidang sama ada swasta mahupun kerajaan namun aku belum bisa mendapatkan pekerjaan tetap dan kerna pengajian ini aku berharap masa hadapkan tidak semalap dulu semuanya demi kamu sayangku...
dan seperti biasa pabila aku mengingatkan tentang agama bukan bermaksud aku lelaki terpaling alim , aku cuma mengingatkan aku bisa menjadi imam dalam solat kita dan anganku jika satu masa kita bisa berjemaah bersama keluarga dan aku imamnya dan kamu mejadi makmumku..selamanya...
aku tidak pandai berhurai akan maksud cinta namun aku sedang menunjukkanmu erti cinta yang sebenar kepadamu andai aku disakiti itu merupakan kifarah dari tuhanku ...aku hanya bisa setia kepadamu hingga akhir nafasku itu janjiku..walau kamu bukan lagi milik aku...insya-ALLAH aku masih berdoa agar segalanya terbaik buatmu...
♥ ♥ Aku bukan diantara lelaki yang mudah berkawan dengan ramai gadis kerna aku terbiasa berkawan hanya pada seorang gadis ♥ ♥
♥ ♥ biar sunyi dan sepi bercinta denganku kerna itu adalah rutin hidupku, biar sendiri memeluk imanku, sampai masa Allah tetap temukan dia yang tercipta buatku insya-Allah, aku sedang menunggu kamu ♥ ♥






Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

semoga dapat menjadi sebaik insprasimu...

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥