Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, January 20, 2012

: Tentang Perasaan Lelakiku :,

                                                                   
Kehadiran seorang insan yang dianggap
memahami, mengambil berat dan menenangkan jiwa
dapat menjadikan manusia terbang jauh ke sebuah dunia yang cukup indah.. Dunia yang menjadikan
hidup ini terasa tiada sesiapa, melainkan dua jiwa itu
sahaja..Tiada apa-apa peraturan mahupun

sempadan yang membataskan segala pergerakan
dan perbuatan..
Segalanya indah.....Ramai orang terbang ke dunia itu..Berlarian di tamannya.. Bergurau senda di tepian
tasik..Membilang kata cinta dengan iringan merdu
kicauan sang burung.. Sesiapa jua, apabila tiba di
sana, terasa bagaikan tidak mahu pulang dan mahu
selamanya mengabdikan dirinya di sana..
Dan dunia itu, ramai orang menamakannya sebagai ‘DUNIA CINTA'



CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA..


bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama..


cinta kerana WANG, sangat mudah TERBANG..


ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta


MELAYANG..



cinta kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT.. manakan dapat mendapat BERKAT jika hanya


memandang DARJAT..


cinta kerana ILLAHI, itulah cinta HAKIKI..


rasa cinta yang TIADA MATI..


bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI..




adakah kamu tahu jauh disudut hati ini selalu sahaja merindu kamu..^_^




Sesungguhnya sekiranya kamu MAHU MENCINTAI diri ku,,

Ku semahunya KAMU...
~mencintai KEKURANGAN ku melebihi daripada KELEBIHAN ku.
~mencintai KELEMAHAN ku melebihi daripada KEKUATAN ku.

~mencintai KEBURUKAN ku melebihi daripada KECANTIKAN ku.
~mencintai KEKHILAFAN ku melebihi daripada KESEMPURNAAN ku.
~kerana untuk MENCINTAI segala yang TERBAIK biarlah KAMU hanya cukup MENCINTAI ALLAH, bukan diri ini yang tiada apa kelebihannya..kerana diri ini HANYA INSAN BIASA yang punyai KEKURANGAN.
                                                                                               
Kau digelar sebagai penyeri dunia,,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,,

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa,,


Akalmu senipis bilahan rambut,,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh,,

Tercipta engkau dari rusuk lelaki,,
Bukan dari kaki untuk dialasi,,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,,
Engkaulah wanita hiasan duniawi,,

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,,
Begitulah peribadi yang dibentuk,,

Didiklah wanita dengan keimanan,,
Bukannya harta ataupun pujian,,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa,,

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa,,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan,,
aku tidak mengatakan aku terbaik diantara lelaki yang berada diluar sana , namun aku selalu mencuba menjadi sehabis baik dikala bersama kamu , jika aku menegur kamu , fahamilah aku hanya ingin kamu selalu setia untukku kerna dunia ini sedang dikuasai oleh mereka yang selalu selingkuh dan berpura-pura mengadaikan cinta atas nama tuhanku walhal mereka tidak tahu maksud dan amanah cinta kepada hawa sepertimu..

andai kamu tahu cintaku selalu bernafas dan berbunga-bunga tatkala melihat kamu..senyuman kamu pesona aljebra yang sering menghiburkan kegelisahan , semoga kamu tahu lelaki lain yang dahagakan kasih sayangmu tidak sepertiku mereka cuma dahagakan kenikmatan tubuhmu , dan aku pula ingin bawa kamu jauh ke syurga tuhanku , aku ingin kita bahagia disana , namun kamu memilih juga cinta dunia yang sia-sia , mungkin ketika ini aku tak punya apa-apa , mungkin aku belum persembahkan keikhlasanku sebab itu kamu selalu mengabaikanku , mungkin di kejauhan nanti kamu akan tahu erti hidup tanpa aku...

aku telah puas merasai kesakitan hati yang maha hebat , biar cinta ini bertepuk sebelah tangan asal kamu tahu sepenuh kalbuku hanya istiqomah untukmu , biar kamu tertawa melihat maha pedihnya hati ini melihat dirimu melayan jutaan kasih lelaki yang lain , asal kamu tahu hati ini selalu berpaut di ranting rindu yang hanya selalu mendoakan perubahan kamu... biar cinta sepi ini rebah dan lemas di lautan penipuan seorang wanita ...asal satu hari nanti ALLAH memberi kamu pengajaran demi mendidik kamu untuk menghargai orang yang benar-benar tercipta untukmu...insya-ALLAH

pernah kamu tahu penghijrahanku di ibukota KUALA LUMPUR , adalah untuk memperhebat ilmu duniaku , demi menaik taraf status pendidikanku , semuanya demi masa depan kita , fenomena kehadiranku di universiti ini telah merubah segala sudut, aku mengepalai pelajar menjadi imam untuk mereka,  walhal sebelum ini tiada seorang pun lelaki berani menjejakkan kaki di sejadah yang satu berada nun jauh di hadapan itu , dan aku berjaya merubah segala fenomenaku , aku memang dikatakan poyo tapi poyo ini lah harga lelakiku , biar aku tidak gagah dalam pergaduhan mahupun pertempuran biar aku gagah dan berani menjadi tonggak mengepelai maruah seorang lelaki yang punya agamanya..

kamu juga harus tahu , setibanya aku disini aku telah di undi menjadi ketua untuk pelajar di sem ini mungkin kerana hujahku yang berteraskan keagungan tuhanku dan sedikit tautan hati , dicampur dengan asam garam hidupku maka termeterailah kepercayaan warga kampus untuk memilihku menjadi ketua disini , kalau boleh aku ingin memimpin mereka menjadi lebih baik dari lelaki ini , wahai kamu retorik dan kiasan yang sering aku utarakan bukan hanya manis di bibir tapi wujudnya ia adalah susunan kalam lelaki yang paling dalam...aku ingin menjadi lelaki yang hebat dalam pelbagai sudut ...sungguh cintamu amat kuat untukku yang menjadikan aku lelaki yang tahu semuanya....namun aku perlu kamu wahai hawa tanpa kamu kekuatan tabahku tidak akan setebal ini ....
dan tanpa kamu tidak akan pernah wujud lelaki yang bernama SYUK-AL HAFIZ....

Kau umpama sebutir bintang di langit..
Di anatara bintang berjuta kau bersinar..
Dan kau hiaskan cinta di hati ku..
Kau umpama bunga mawar..
Biar bermusim berlalu kau tetap menjadi pujaan hatiku~


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥