Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, January 22, 2012

: Cintakanmu Sampai Syurga :


Andai senja tidak sempat mengucapkan cintanya kepada siang,akan ku tunggu saat malam menghantar bintang untk tunjukku arah jalan ke hatimu dan kitakan seperti dua kolam yang pantulkan cahaya dari rembulan yang sama ♥ ♥ 

jika menasihati kamu tentang perihal agama wahai hawaku bukan bermakna aku adalah lelaki paling sempurna , aku cuma mengingatkan kamu tentang kewajipan dalam beragama, aku tidak mahu cinta kita jauh dari rahmat tuhanku , biar kasih ini berbunga kerana asma indah tuhanku, kerana setiap  asma itu adalah bukti ALLAH segala maha yang tiada taranya dan kasih di hati kita juga berbunga indah kerananya insya-ALLAH sampai kapan pun ^_^

    Lelaki yang hebat bukanlah lelaki yang bisa mendapatkan banyak perempuan dengan mudah.


Lelaki yang hebat adalah mereka yang mampu mempertahankan satu perempuan yang dia cintai meskipun cobaan dan ujian begitu kuat menerjang.


Tak terlalu penting bagaimana engkau mendapatkannya, yang penting adalah bagaimana caramu mempertahankannya....   


seorang wanita PINTAR akan membuka fikiran kamu.



Seorang wanita CANTIK akan membuka mata kamu.



Tapi seorang wanita SOLEHAH lah yang akan membuka hati kamu.

siapakah wanita yang paling cantik?
=wanita yang paling baik akhlaknya.

siapakah wanita yang paling bahagia? =wanita yang bersuamikan orang soleh.

siapakah wanita yang paling bijaksana? =wanita teladan bagi anak-anak nya. 

♥♥♥"kalau cinta itu ada sayapnya.. terbanglah dan hinggaplah di hati dia berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku berbisiklah tentang rasaku yang satu..serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku padanglah dia... dan ceritalah Cinta tentang aku yang sedang jatuh hati kepadanya..." ♥♥♥

                                                   

 hadirnya kamu dalam relung hati atas niat suci ini mendamba seorang gadis yang aku hanya akan menjadikan dia halal buatku , kamu tahu aku mematri niat jika aku berkawan dengan seorang hawa , aku ingin selamanya sampai syurga insya-ALLAH, hari-hari aku berdoa agar jalan sepi ini berakhir dengan senyuman manis kebahagian dari seorang hawa namun aku tidak tahu bila akan kutemu jalan itu...

tidak salah menasihati kamu , berdakwah disepanjang perkenalan kita, aku tidak bisa menjadi orang lain jadi aku pamerkan kamu keadaan sebenar aku , inilah diriku...


Daripada Abu Ruqaiyyah   Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu   adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk   Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan   untuk umat lslam seluruhnya.”
  
  Hadis riwayat al-lmam Muslim.



Firman Allah bermaksud:

  “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)

Maksud ayat suci itu menyimpulkan antara ciri orang yang beriman kepada Allah ialah sentiasa berpesan atau nasihat-menasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan.
 
 
Tidak dapat dinafikan, manusia tidak boleh hidup bersendirian, jauh daripada kelompok masyarakat ramai. Justeru, hidup bermasyarakat menjamin kerukunan dan keharmonian sejagat. Untuk itu, nasihat menasihat sewajarnya dijulang supaya yang benar dan hak dapat dijunjung tinggi bersama, sementara yang salah dan batil pula sama-sama dijauhi.

    
aku hanya ingin cinta kita diratib atas redhanya mungkin aku bukan dalam kalangan mereka yang alim , namun aku tidak bisa menjadi mereka aku hanya bisa belajar berubah sehabis baik menjadi mereka dalam daie , dan kerana cinta ini juga aku masih tegar bertapak dalam dakwah caraku , hawa adalah kekuatan bagi semangat lelakiku..aku bukan lelaki yang hipokrit...aku hanya ingin menjadi diri ini apa adanya...^_^

adakah kamu tahu tentang syurga? disini ingin aku kongsikan kamu tentang syurga itu ^_^ insya-ALLAH apa yang aku tahu akan aku kongsikan bersamamu ^_^

    ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).


Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka.Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: 



“Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).



Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda:



 “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan.”



Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).



Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: 



“Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia. Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud: 



“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15).



Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: 



“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).



Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari).



Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.



Berdasarkan keadaan syurga di atas, hendaklah kita berusaha dengan segigih-gigihnya untuk memasukinya kerana ia adalah tempat abadi yang teramat indah bagi mukmin.Sesungguhnya, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya yang ingin memohon syurga, supaya mereka memohon syurga Firdaus kerana ia adalah syurga yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah. aku hanya mengingatkan aku hanya ingin kita bersama-sama meraikan keindahan syurga bersama-sama insya-ALLAH langkah permulaannya adalah mendekatimu ^_^
       ❤Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,Allah memberiku kaktus berduri ..Aku minta kepada Allah haiwan yg cantik,Allah memberiku ulat berbulu ..
Aku sedih, kecewa dan bertanya tanya ..Betapa tidak adilnya Allah kepadaku..❤.
❤Namun seiring dengan berjalannya waktu ..Kaktus itu berbunga indah ..bahkan sangat indah...Dan ulat berbulu itu tumbuh dan berubah, menjadi kupu kupu yang amat cantik ..❤
::: subhanallah.. indahnya takdir ALLAH:::

                                                                          



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

QasEh said...

Diam,itulah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu. ♥

Diam,itulah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku. ♥

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya. ♥

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita. ♥

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian. ♥

QasEh said...

Diam,itulah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu. ♥

Diam,itulah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku. ♥

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya. ♥

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita. ♥

Diam,adalah caraku mencintaimu karena-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian. ♥

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥