Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, January 23, 2012

: kerana Niat ini Hanya MENCINTAI kamu :

Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA.. .♥ Agar kita tahu ada hikmah di sebalik sekaan air mata.. •► 
Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH.. .♥ Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah.. •►
Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH.. ♥ Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah.. •►
Tiada sesuatu PERKARA pun yang Allah ciptakan dengan sia-sia..

‎:: SEBELUM KAMU ::

- Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


- Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.


- Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

- Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

- Sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

- Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

- Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

- Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

- Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

   Ketika hidup dibumi ALLAH bukan bermakna kita hanya perlu memikirkan diri kita malah ukhwah sesama manusia dan sesama ALLAH , jika hidup berbunga pastikan madu tidak disamakan dengan racun kerna racun itu bisa menghakis erti kebahagian , jika kamu ingin orang lain kasihani kamu binalah kenangan bersamanya cubalah mencuri hati insya-ALLAH jika berakhir ajal nanti ramai yang datang menziarahi kita tanda perpisahan maka bersusun doa dari bumi menanti di langit , cuma dipisahkan adalah amalan kita didunia ini...

adakah kamu malu melakukan kebaikan ? kenapa perlu malu tatkala mengajak seseorang itu ke musolah ? malah ke majlis-majlis ilmu ? adakah kamu tahu setiap majlis ilmu tambahan lagi ilmu agama seinci mana pun kawasan tersebut tetap dipayungi dengan sayap-sayap malikat andai mereka tahu memang terlalu ramai yang bakal menghadiri  majlis ilmu namun fitrah manusia hanya mempercayai dari kedua belah mata kepala , mata hati disimpan katanya mata kepala yang maha melihat...namun segala amal kita bersumberkan hati...dan hadis pertama yang terpacul dalam lidah rasulullah adalah perbuatan melalui niat? adakah anda tahu?

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )


 setiap perlakuan yang baik jika diselangi dengan niat insya-ALLAH ALLAH akan rahmati sebagai contoh ada satu cerita tentang seorang hamba ALLAH yang dalam langkahan ingin bertaubat lalu dia berniat aku teringin melakukan solat tahajjud di satu pertiga malam pada hari ini , kerana niat dia yang suci itu ALLAH telah mencatat pahala pada bahu kanan hamba ALLAH itu , namun hamba-ALLAH itu dipanggil menemui ALLAH dan tidak sempat menunaikan solat tahajjud di satu pertiga malam , maka ALLAH masih memberinya pahala seperti mereka yang bangun dan menunaikan solat tahajjud tersebut , sedarkah kamu kuasa niat?
selagi kita melakukan perkara baik, ALLAH selalu bersama kita ^_^

jadi disini dapatlah kita lihat bahawa betapa pentingnya kita berniat dengan niat yang betul dan ikhlas ketika melakukan sesuatu pekerjaan agar kita mendapat ganjaran pahala daripada Allah subhanahuwata’ala. Niat itu tempatnya adalah di dalam hati iaitu dengan kata lain kita tidak perlu menzahirkan niat kita kerana niat pada asalnya tempatnya adalah didalam hati kita.. Tetapi disana ada yang mengatakan bahawa niat itu perlulah kita zahirkan atau ucapkan melalui lisan seperti niat solat, puasa dan sebagainya..tetapi kata-kata seperti ini adalah tidak tepat..kita tidak perlu untuk melafazkan niat itu dengan kuat sedangkan tempat asalnya niat tersebut adalah dalam hati kita..hanya kita dan Allah yang mengetahuinya..   

dan pabila aku memulakan perhubungan kita, aku telah mematri niat menjadikan kamu cinta matiku , cinta yang hadir dengan niat untuk menjadikan kamu halal untukku , aku telah lama bersiap menjadi imammu dan aku tidak meletakkan syarat yang tinggi demi menjadi imammu kerna lelaki yang hebat tidak memilih sesiapapun hamba ALLAH yang bakal dipimpin asal punya tautan hati yang sama dalam redhanya dan dalam asma tuhannya niat ini selalu mengatakan kamu tercipta untukku sejak awal perkenalan kita lagi ^_^

” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata : aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
jika ditanyakan tentang soal lelaki yang baik dia ada dan selalu ada selagi dunia belum berakhir hadirnya dia kerana ketentuan ALLAH..demi membimbing hawamu syurga cinta si lelaki itu ada tatkala mengimamkan solat dilima waktumu...walau sesibuk mana si dia , dia tetap membicarakan keagungan tuhanmu..cintanya juga berbunga-bunga harum subur di hati dan tiada taranya kerna cintanya berniat menjadikanmu pedamping untuknya di syurga nanti insya-ALLAH...
jika kamu berjaya menawan hati ini kamu perlu tahu aku anak lelaki yang masih bertaut pada tanggungjawab sebagai anak soleh buat bondaku jadi aku menyusun sepuluh jari andai aku mengutamakan bonda sebelummu kerna dia punca syurgaku dan dimana tapak langkahanku selepas ini...aku akan mencintai kamu dan aku akan mengajr kamu mentaati bonda...kerna setiap cinta dilafazkan juga perlu dalam restu ^_^ kerna ALLAH maha karya sebuah rasa...

♥♥♥ ".....WANITA tidak seharusnya jadi BULAN yang bisa di tatap oleh semuanya, tetapi perlu menjadi MATAHARI yang silaunya dapat menundukkan kaum ADAM selama MEMANDANGNYA" ♥♥♥

Ketika dua orang saling mencinta
mereka harus seperti bunga teratai
masing-masing membuka kelopaknya satu demi satu menunjukkan hati emasnya tidak erat tertutup
agar membias di kolam, pohon-pohon, dan langit





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥