Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, January 7, 2012

: tarbiah buatmu , aku hanya mengingatkan :

                                                                              
 ~~~ Aku impikan 'istana' berjirankan masjid. Binaannya mengingatkanku pada Rabb ku, azannya menyejukkan kalbuku, jemaahnya mengingatkan kematianku nanti, tazkirahnya menitiskan air mataku, sejadahnya melemahkan keegoanku, kitab-Nya membuatku mengelamun dan merenung nasib diriku sebagai hamba dan khalifah di bumi ini dan mengingati nama mu masjid , mengingatkanku akan Jannah-Mu ~~~



Sama-samalah kita renung-renungkan betapa nikmatnya binaan istana ini...

Moga keselamatan mengiringi setiap langkah perjalanan kita semua... Amin Ya Rabbi Alamin..... ^__^ ♥♥♥

Senyum itu kemanisan wajah, hati itu kemanisan jiwa. Oleh itu berikan senyuman pada semua dan berikan hatimu pada ALLAH SWT yang satu. Hidup ibarat jalan sehala, kematian menanti dihujungnya. Jadi awasilah jejak masa, jangan biarkan hati jadi mati lalu tenggelam di lautan dosa. Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih ALLAH tiada bertepi, sayang ALLAH janjiNya pasti....

Kita akan lebih bahagia jika mampu membuat orang lain bahagia, dan kita akan lebih gembira jika mampu membuat orang lain gembira dan hilang rasa duka. Orang yang beriman adalah insan yang bersih hati dan jiwanya daripada bersangka buruk kepada saudaranya yang lain. Dia juga tidak akan menyakiti Muslim lain dengan lidah dan tangannya. Dari hati dan jiwa yang bersih ini akan melahirkan kasih sayang semata² kerana Allah SWT.

Daripada Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah ditanya, siapakah yang paling mulia di antara manusia?. Nabi SAW menjawab yang bermaksud : "Setiap orang yang hatinya 'Makhmum' dan lidahnya jujur." Sahabat r.a bertanya, "Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati 'Makhmum'? Baginda menjawab, "Makhmum' ialah orang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikitpun perasaan dengki atau irihati padanya."


Bagaimana berat sekalipun ujian,
Allah sentiasa membantu dan mengasihani hamba-hambaNya yang kuat berusaha.


... Bagaimana boleh dapat merasai ketenangan jika manusia tidak pernah melawan hawa nafsu yang sentiasa menjuruskan mereka ke lembah kehinaan meletakkan diri jauh dari sisiNya.


Firman Allah yang bermaksud:
"Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
(Surah al-Fathu ayat 4).

Jadi, kita tidak boleh merungut, berasa beban atau tertekan dengan ujian hidup. Rasulullah sendiri menempuh pelbagai ujian sehingga Baginda diangkat darjat Ulul Azmi iaitu mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Hanya dengan bersyukur atas nikmat yang diberi kita berasa redha dan lega atas cabaran yang sedang di hadapi. Taati perintah Allah, perhatikan kebesaran Allah, pasti hati anda menjadi tenang dan bahagia walaupun menghadapi cabaran yang bergelora.

Subhanallah ya allah...seberat mana masalah yang menimpa, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat Allah sentiasa meliputi kita. Sebenarnya tujuan Allah menyakitkan adalah bagi menyembuhkan, begitu juga Allah menyempitkan adalah untuk meluaskan ilmu kefahaman dalam mengenali erti perjalanan kehidupan menuju kepada kehidupan yang di alam nyata.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan”. Maka doa penenang hati adalah pemohonan anda kepada Allah Ta’ala agar menenangkan hati anda yang sedang gundah.


Hebatnya perancangan Allah bagi menguji hamba-Nya untuk terus senantiasa mengingatiNya. Insya-Allah

Seandainya ada kamera yang mengawasi kita 24 jam dan mempertontonkan hasil rakamannya di hadapan semua umat manusia, kita pasti akan berhati-hati dan menjauhi dosa. Berita buruknya, kamera itu memang ada, bahkan lebih canggih lagi, ALLAH Maha Melihat, dan hasilnya nanti memang akan dipertontonkan pada hari Pengadilan. Berita baiknya, masih ada waktu untuk bertaubat, menghapus rakaman lama, memulakan rakaman baru. Jangan mudah menilai orang lain sewenang-wenangnya. Kita tidak tahu apa yg dia sudah lalui dan apa yg kini dia sedang lalui. Adalah jauh lebih baik kita menilai diri sendiri dan perbaiki diri terlebih dahulu. InsyaALLAH…


GOLONGAN LELAKI YANG AKAN MASUK NERAKA KERANA WANITA



Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

P/s ;  Bila diri kamu sekarang sedang menunggu seorang untuk dijadikan sahabat sejati dalam menjalani kehidupan menuju RedhaNya, bersabarlah dengan keikhlasan. Demi ALLAH, dia tidak datang kerana ketampanan, kecantikkan, kepandaian atau kekayaan. Tapi, ALLAH lah yang menggerakkannya untuk kamu. Janganlah engkau tergesa-gesa, untuk menyatakan ''Cinta'' sebelum diberi kemantapan hati olehNya. Belum tentu yang kamu cintai adalah yang terbaik untuk kamu. Siapakah yang lebih mengetahui melainkan ALLAH. Segala daya hanya milikNya. ALLAH akan mengirimkan seorang yang tepat disaat yang tepat. Insya-ALLAH...


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

PERASAAN CINTA yang lahir terhadap seseorang BUKANLAH tanda kita akan MEMILIKINYA..namun kekadang ia muncul sebagai UJIAN dariNya buat kita, ingin melihat bagaimana kita MEMELIHARA, MENGAWAL, dan MENGURUSNYA..perasaan cinta itu AMANAH dan amanah PASTI akan DIHISAB oleh Allah..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥