Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, January 6, 2012

: hikayat hidup seorang hamba :

                                                                     






     Ruang hati ini untuk yang HALAL dimiliki.. Namun sekiranya yang hadir itu sekadar persinggahan menghilangkan sunyi, Mohon maaf kerana tiada tempatmu di sini, kerana kamu akhirnya akan berlalu pergi...... >> aku tidak sangup disakiti..



Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita..Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita ♥ ♥




Seseorang yang hadir dalam hidupmu kerana
sebuah alasan..
Mereka datang menawarkan kebahagiaan
dan juga kekecewaan..Ada yang hanya sesaat,tetapi

ada pula yang setia setiap saat..Mereka datang silih

berganti meninggalkan kisah yang kadang perit..
Namun percayalah,akan ada seseorang yang

datang dan menetap sepanjang masa didalam
hidupmu..Allah sengaja membiarkanmu bertemu
dengan beberapa orang yang salah,sebelum
akhirnya mempertemukanmu dengan orang yang
tepat,agar kamu dapat mensyukuri Kurnia-Nya.. ♥ ♥

aku lebih selesa mendekati mereka yang bersifat rendah hati , walau kekayaan sesuku dunia dia tetap letakkan dirinya sama seperti manusia lain ,aku lebih suka mendidik mereka yang mendamba pengetahuan tentang agama bukan mereka yang bermegah kerana beragama, aku cukup selesa berkawan dengan gadis semasa yang biasa menjadi dirinya sendiri , tanpa menjadi orang lain , kerana aku ingin dia berhijrah dengan panduan yang akan aku berikan insya-ALLAH niat baik pasti diizin tuhan ..


tahun 2012 , usiaku meniti alam dewasa dan kali ini mungkin lebih lagi dugaan yang bakal ALLAH uji . aku cuma perlu bersiap menjadi seseorang lelaki yang bijak mengatur jalan hidupnya , sungguh aku rindukan masa dan saat gemilangku ketika remaja , masa itu apa sahaja yang aku lakukan dalam situasi kemenangan, tidak kira ketika belajar , berdebat , bersukan malah memimpin ..aku dikatakan seorang lelaki paling berwibawa dalam sekolah...


jika dikira surat cinta yang dikirim oleh sebilangan junior , tidak terhitung mencurah-curah ada sahaja mereka yang ingin menjadi sebahagian dalam hidupku , demi ALLAH aku tidak kacak tapi aku tidak tahu kenapa mereka suka , ada pula cuba mengatakan sesuatu ketika aku di perpustakaan , katanya "abang syuk , saya suka tengok abang syuk tenang sahaja hati saya".
kata-kata itu telah menukar wajahku kemerahan , malu sungguh aku..
sebenarnya yang ingin aku sampaikan dalam artikel ini adalah kenangan seusia remaja , namun aku ingin selitkan beberapa nasihat ,langkah yang bijak untuk membuat semua orang selesa ketika kita berbicara, mudah sahaja kata kunci yang ingin aku katakan cukup sahaja " senyum " dan rendah hati ^_^




ketika aku menjadi seorang pengawas di sekolah , aku selalu memimpin pelajar menjadi imam , mengepalai bacaan doa dengan tarannum , dan selalu memimpin apa sahaja majlis yang dianjurkan pihak sekolah , kenangan paling seronok , yang aku masih belum boleh melupakan , 
aku selalu membantu semua guru , dan tidak pernah aku merungut aku inginkan keberkatan menuntut ilmu , sungguh aku hanya ingin belajar dengan barokah , semakin ikhlas dan rajin kita membantu guru insya-ALLAH kita akan bertemu dengan sebuah keberkatan yang tidak bisa dibeli dimana sahaja ...subhanallah ^_^


aku masih diperhatikan, seinci perlakuanku diperhatikan oleh sekumpulan kecil adik-adik junior malu juga lagi-lagi ketika mewakili mana-mana kejohanan sekolah , namaku disebut-sebut terkadang aku tak bisa fokus malah aku akan malu sendiri aku hanya mampu tersenyum , sehingga kini senyuman sahaja mampu dibalasku , namun demikian cerita kenangan disekolah sungguh menebal dibenak fikiran dan mungkin aku tidak akan ketemu kenangan sebegitu lagi , rindu akan zaman sekolah pahit manis dalam kehidupan  yang telah menjadi kenangan^_^


kerana sifat ini  juga,yang suka senyum ,terkadang menimbulkan fitnah, ramai juga yang mengatakan aku seorang buaya padahal , ketika disekolah aku belum pernah berbual rapat dengan gadis , kecuali soal pelajaran , namun aku difitnah mungkin sahaja aku tidak melayan , dan hasilnya namaku dijaja begitu ^_^


rendah hati , adalah mahar paling berharga dalam relung jiwa ini , aku seorang lelaki yang tak punya apa-apa segalanya milik TUHAN penciptaku , dia maha karya dunia dan segala isinya tak terkecuali aku , aku pernah bercinta aku pernah terluka , namun semakin aku menjadi rendah hati , ada juga gadis yang ingin mendekatiku , sungguh terkadang aku tak bisa menghuraikan episod duka dulu , aku pernah mencintai dia yang telahpun bahagia menemui tuhanku..aku juga pernah bercinta dengan dia yang telah meninggalkanku...dan semua itu menjadikan aku lelaki yang tabah, memang pernah aku tewas dek kerana cinta, aku hampir hilang pegangan iman , namun bila difikirkan balik , hikmahnya sungguh besar dan sehingga kini masih ada juga mereka yang suka akan aku walau aku tak punya apa-apa di dunia ^_^


aku pernah jelaskan jika aku bercinta , aku tidak akan jadikan cinta ini hanya retorik , namu cinta yang aku lukiskan mungkin punya seni yang paling halus, dan biar cinta ini tidak akan pernah bermusim , insya-ALLAH , kerana cinta juga aku telah mengecewakan banyak hati , aku pernah dipuji melambung oleh seorang mak cik dia suka melihat aku yang seringkali melayan karenahnya ketika di pejabat , rupanya dia ingin jodohkan aku dengan anaknya, padahal aku belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan mungkin juga kerna aku belum berkemampuan , aku hanya ingin sempurna pada segala sudut walau katanya aku baik dan soleh aku belum lagi berkemampuan alasanku ini dikatakan remeh , padahal aku tidak mahu si dia bakal zaujahku bakal hidup susah ketika menghabiskan sisa hidup bersamaku , insya-ALLAH satu masa bila segalanya sempurna aku akan menamatkan zaman bujangku ^_^


aku juga takut si dia yang bakal menjadi zaujahku , tidak memahami tanggungjawab seorang anak lelaki sepertiku , aku punya seorang ibu tunggal, aku seorang yatim tidak berbapa , aku seorang anak lelaki , lebih-lebih lagi aku anak lelaki yang pertama, jadi aku ingin menjadi soleh ketika bonda masih ada didunia , aku tidak mahu menyesal dikemudian hari , insya-ALLAH aku ingin mengambil kesempatan didunia ini menjadi anak yang soleh kepada bONdaku satu-satunya , kepda ALLAH terutama dan kepada bonda juga utama , dan buat zaujahku maafkan diri ini andai aku meletak kamu terakhir kali , kamu juga penting dalam melengkapi hidup ini , insya-ALLAH..


Aku ingin mencintai dia yang memahamiku , aku ingin merindukan dia yang menerima aku apa adanya , kerna sekali aku berkawan dengan kamu wahai hawa , aku ingin kamu menjadi halal untukku dan aku tidak ingin mensiakan hidupmu , dengan cinta yang penuh palsu , namun dimana dia bakal zaujahku ?


semuanya hanya tuhan yang maha tahu ^_^


nasihatku , kepada para pembaca jadilah lelaki yang selalu sejuk pada pandangannya , selalu tenang dalam pekertinya , dan selalu menyusun bahasa ketika bicaranya , jadilah imam kepada hawamu , jadilah ayah yang beriman kepada anak-anakmu , dan jadilah lelaki yang soleh kepada kedua orang tuamu ^_^ insya-ALLAH jika ingin mereka yang baik menyukai kita , bersiap ke arah kebaikan , jika ingin seseorang yang solehah bersiaplah kamu menjadi soleh untuknya, insya-ALLAH dan jika jodohmu sebaliknya maka bertanggungjawablah kamu untuk memimpinya jangan pernah meninggalkannya malah jadikan dia selalu disisimu , kerna mereka mungkin bisa menjadi hebat bila dipimpin oleh lelaki sepertimu  , insya-ALLAH


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

3 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

terima kasih untuk lukisan hati kali ini,mungkin terasa pada diri ini,tapi hingga kini begitu susah nak percayakan pada kaum adam,segelintirnya menggunakan post islamik utk memikat hati si hawa,apa yg berlaku telah pun berlaku,maaf andai ada yg mengguris perasaan, assalamualaikum...

QasEh said...

moga ALLAh memberikan sesuatu yg Indah dalam hidupmu & menjadikan kamu insan yg paling bahagia diatas muka bumi ini dengan rahmatNyA..
INSYAALLAH..(",)

MaTa SePet said...

Andai dalam hatimu ada TAMAN..
Semailah ia dengan benih-benih IMAN..
Bajai ia dengan amal maaruf yang BERKEKALAN..
Siramilah ia dengan istiqomah yang BERTERUSAN..
Supaya bercambah mekar bunga-bunga KETAQWAAN..
Lindungi ia dari parasit nafsu yang MENYESATKAN..
Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan KESABARAN..
Sehingga tegap merimbun berbekal haruman KEREDHAAN..
Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang AR-RAHMAN..
Agar ia terus hidup dan tidakkan tandus sepanjang KEHIDUPAN..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥