Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, January 8, 2012

: sekadar untuk perkongsian :

                                                                      
                                      ♥ ♥ menanti jodoh dari langit ♥ ♥


nasihat seorang abang ^_^



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.



2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


Kita belajar untuk melepaskan seseorang yang amat bermakna di dalam hidup kita perlahan lahan..
Dengan kekuatan yang ada, kita masih lagi mampu tersenyum indah menutup kesedihan di hati..
Kita belajar untuk hidup keseorangan namun kesepian itu kadang membuatkan kita kosong di dalam meniti hari..
Namun apa yang tahu, dia tetap pernah bertahta di hati walau kita belajar melupakannya.. : )


“Apabila sesiapa di kalangan kamu merasa risau tentang sesuatu perkara, hendaklah dia ruku’(sembahyang) 2 rakaat sepertimana sembahyang fardhu. Selepas itu hendaklah dia berkata “ Ya Allah, saya mohon pilihan yang terbaik daripadaMu menurut ilmuMu. Saya juga mohon taqdir yang terbaik menurut taqdirMu. Saya mohon limpah kurniaMu yang agung, kerana bahawasanya Engkau sahaja yang mentaqdirkan bukan saya yang mentaqdirkan. Hanya Engkau sahaja yang tahu dan saya yang tidak tahu. Hanya Engkau sahaja yang mengetahui ilmu ghaib. Ya Allah !, jika Engkau tahu perkara ini baik untuk saya, untuk agama saya, untuk hidup saya dan untuk mati saya, atau baginda bersabda, untuk urusan saya dunia dan di akhirat, taqdirkanlah ia untuk saya dan mudahkanlah ia untuk saya, kemudian berkatilah saya dalam urusan ini. Jika Engkau tahu perkara ini tidak baik untuk saya,untuk agama saya, untuk hidup saya dan mati saya, atau baginda bersabda, untuk urusan dunia dan akhirat saya, jauhkanlah ia daripada saya dan jauhkanlah saya daripadanya. Taqdirkanlah saya beroleh kebaikan yang sepatutnya kemudian buatkanlah saya redha dengannya.”

Baginda bersabda : seterusnya nyatakanlah hajatnya. Hadith Riwayat al-Bukhari.

LANGKAH-LANGKAH MENYAMBUT LAMARAN SESEORANG ^_^
UNTUKMU HAWA ^_^

Solat istikharah & baca doa selepas solat seperti hadith Nabi saw di atas tadi –sebut nama lelaki yang melamar itu dan tanya Allah dalam doa adakah dia adalah calon suami yang terbaik di sisi Allah swt utus untuk kamu bawa kebaikan dunia dan akhirat – 
minta Allah swt permudah dan jika sebaliknya pula
- sekiranya bukan, minta Allah jauhkannya dan Allah swt ganti bagi kamu yang lebih baik di sisiNya .
 menyelidik latar belakang sahabat ini dengan cara yang halal melalui kenalan beriman yang mengenalinya, jujur dan boleh dipercayai, bukan orang yang tidak boleh dipercayai.

 Ciri-ciri pertimbangan untuk memilih calon suami sebagaimana kata nabi saw :

“Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu berpuas hati di sudut agama dan akhlaqnya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya berbangkit fitnah di mukabumi ini dan kerosakkan yang akan ditempuhnya nanti. “ 
< Abu Hurairah r.a.>

Buatlah keputusan yang mana jiwa rasa sakinah dan akhirnya bertawakkal kepada Allah swt, apa sahaja yang Allah swt taqdirkan berlaku setelah buat keputusan dengan solat istikharah – , InsyaAllah kita redha dan tidak akan menyesal,


Apabila kamu memandang perempuan itu, maka dia menyenangkan hatimu. Itu tanda calon perempuan yang baik untuk dirimu (lelaki).Perempuan pun begitu juga. Apabila kamu melihat dia, kamu rasa TENANG, SUKA, dan GEMBIRA. Nah, itu calon suami yang baik. Kalau 10 orang? Kamu semua carilah yang paling menyenangkan jiwa kamu. Istikharah, dan berdoa.

Kesimpulannya: pilihlah yang menenangkan jiwa, bukan yang menghantar gelisah. Pilihlah yang membuatmu berasa senang, bukan kecewa. Pilihlah yang meyakinkanmu, bukan membuatmu ragu-ragu. Selamat memilih.
‎"Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri...Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam...kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti...apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik...dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..."

Ketika ALLAH rindu pada hambaNya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.
Dalam hadith qudsi ALLAH berfirman:

"Pergilah pada hamba Ku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." - (HR Thabrani dari Abu Umamah)

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :

"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak dapat menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."
Tika ku kealpaan kau isikan bicara keinsafan...
Kau beri kekuatan tika ku diuji dengan dugaan...
Saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan...
Saatku meragukan keampunan Tuhan...

Menitis air mataku keharuan kepada sebuah pertemuan, kehadiranmu mendamaikan hati yang dalam keresahan.....♥ ♥

Rembulan kasih,,
Tidakkah kamu tahu aku sedang merindui,,
Tidakkah kamu mahu menghargai kasih sayang ku,,
Tidakkah kesepian membalut TUBUHKu,,
Sungguh kamu tidak pernah merasai apa yang aku rasakan ini,,
Selamat sejahtera buat kamu bulan ku,,
Semoga kamu bahagia di sana bersama bebintang yang bergemerlapan,,
< syuk al-hafiz>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

k'snyian ini t'lalu indh wlaupn phit hrus ku menelan,wlaupn pedih hrus ku menahan dan ku relakan nya..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥