Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, January 5, 2012

: Harga Sebuah Kesetian Lelaki Yang Dibalas wanita :

                                                                               

         Sebaik-baik WANITA adalah yg tidak memandang & tidak dipandang"
Jangan kau berasa BANGGA dengan keCANTIKanmu sehingga kau dikejar jutaan LELAKI..Itu bukan keMULIAan bagimu..Jika kau berasa BANGGA,,kau menyamakan DIRImu dengan pepasir di pantai,,yg boleh diPIJAK & diMILIKi sesiapa sahaja. MULIAkanlah DIRImu dengan TAQWA,,setanding mutiara ZABARJAD,,yg hanya mampu dimiliki penghuni SYURGA..

            harga sebuah kesetian seorang lelaki jarangnya dirasai oleh seorang wanita hal ini kerna selembut-lembut seorang wanita biasanya dia juga punya ego , ( jual mahal ) sebenarnya lelaki yang setia masih ada dan wujud dalam jutaan ciptaan tuhan yang maha agung masih ada lagi lelaki yang menjaga hati , perkataan yang biasa kita dengar jika lelaki punya ramai teman wanita mudah sahaja kaum hawa melabel yang si lelaki itu "buaya darat" , namun dalam satu sudut yang sunyi ada lagi lelaki yang dipermainkan oleh wanita yang punya ramai teman lelaki dan orang lelaki tidak akan melabel wanita itu , " buaya wanita" kerana orang lelaki tetap juga dipersalahkan walau berada di petak setia. lumrah dunia ^_^

jika aku , aku lebih selesa menjadi diri ini apa adanya , walau penampilan aku bukan seperti seorang daie , kata-kata dan aturan bahasaku selalu membuat mereka ingin mengenal siapa disebalik diri ini, aku suka menjadi lelaki biasa hiperbola sahaja telas melukiskan seaksara mana harga sebuah lelakiku , sepanjang aku melalui jalan hidup ini , aku pernah juga tersungkur diatas nama kesetiaan , mudah sahaja jika wanita ingin tahu lelaki itu setia , 
antaranya ialah :

Apabila orang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

Tidak mudah jika aku jatuh cinta dan tidak mudah bila mana aku ditinggalkan , mungkin aku bisa melupakan namun peritiwa itu menjadikan aku lebih berhati-hati untuk bercinta malah mengenali cinta yang lain , walau hati aku sedang berbunga yang bersaksikan segalanya hanya ALLAH yang maha mencipta ,
Aku dan diriku adalah begini tidak guna jika aku cuba menjadi orang lain zahirnya aku memang begitu , aku tidak bisa menjadi mereka diluar sana namun aku akan selalu berusaha menjadi yang lebih baik , lelaki yang benar-benar sayang akan wanita tidak akan pernah mencuri pandang melihat ciptaan tuhan yang lain dan dia juga pasti akan meletakkan kamu terutama dalam segala hal, jika dia utamakan keluarga , bonda dan tuhannya insya-ALLAH , dia merupakan terbaik buat anda , cinta itu lebih indah jika menerima kekurangan pasangan kamu apa adanya ^_^
ketahuilah hakikat dunia, memang sukar mencari lelaki yang setia namun masih wujud dalam lautan kaca masih ada permata yang bersinar , namun hanya mata hati yang bisa merasa mata iman yang bisa menerima, dan mata akal yang selalu menipu,namun begitu hargailah kaum seperti kami dengan ikhlasnya , kerna kesetiaan kami selalu diperkotak-katikkan ,mungkin kerana rupa kami yang tidak semena mungkin juga ilmu kami yang tidak setinggi mana dan pangkat mahupun harta yang tidak semengah dunia , namun hati kami ditujukan pada nawaitu yang satu untuk jadikan kamu halal untukku , sekali mengenali kamu sudah terpatri niat yang suci untuk mengambil kamu menjadi halal buatku , bersemayan dimahligai bahagia bersama syurga cinta sakinah mwaddah dan warohmah...
Memaafkan & melupakan sakit hati kepada orang
yang telah menyakiti kita memang tidak semudah
meniup nyala api lilin yang akan hilang atau padam
seketika..tanpa meninggalkan seberkas cahaya
atau bayangan apapun..
Cahaya api lilin yang padam dengan mudah menjadikan gelap gelita sekelilingnya, termasuk
bayangan tak akan nampak..Inilah yang mungkin
kita harapkan ada di dalam hati & diri kita..
memaafkan seseorang sekaligus melupakan sakit
hati sampai hilang tanpa bekas terlalu
Sulit …kerana kita memang belum dapat menjadi seperti lilin yang rela berkorban demi kebahagiaan
orang lain, tetapi setidaknya kita sudah berusaha
berlatih menjadi seperti dia..:)) ♥ ♥ ♥

♥ ♥ aku akan selalu berlapang dada menerima mereka yang sudi mendekatiku , tetapi aku juga menjaga hati untuk memberi hatiku padamu , kerna sekali aku istiqomah selama tetap istiqomah aku ingin hati ini milik kamu atas nama tuhanku , namun begitu jangan sekali mempermainkan aku, kerna ketika itu aku telah meletakmu sebahagian dari hidupku , dan permainanmu bakal memusnahkan niatku untuk menjadikanmu halal untukku ,dan selamanya kamu membekas di jiwa dan nuraniku insya-ALLAH ♥ ♥

Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!" ♥ ♥ ♥



P/S : ‎: kalam kedukaan yang maha sakit , kalam kesakitan yang maha hebat akan aku terokai segala rasa biar segala sakit dan racun hati menjadi makanan seorang hamba , mungkin aku belum jumpa yang hakiki mungkin juga dia tak bisa menjadi setia menerima aku apa adanya , aku si hamba yang berlumuran dosa , aku akan cuba merubah diri ini menjadi lebih elok dari sebelumnya , pergilah segala lara , pergi juga sunyi dan sepi akan aku menjauh dari hiba , dan akan aku cermin diriku demi untuk mencuri hatimu : ♥ ♥

                                                                     


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

4 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

Walau tiada orang sayangkn kita,Allah ad dkat hati kita.
Walau tiada orang cintai kia,Allah sentiasa kasihi kita.
Walau tiada orang t0l0ng kita,tapi Allah ada lindungi kita.
Walau tiada orang rindu kita,tapi Allah ada tunggu kita.
Walau tiada orang jaga kita,tapi Allah perhatikan kita.
Walau tiada orang dengan kita,tapi Allah ada temankn kita..^.^

QasEh said...

mungkin benar katamu.. masih ada lelaki yg setia.. dan kamu adalah antaranya... mOga ALLAH merahmati insan2 yg punya "setia" seperti kamu agar wanita sepertiku juga percaya akan sebuah "kesetiaan insan yg bernama lelaki"..

ali said...

Jgn cari setia pada lelaki tapi carilah lelaki pada setia..

Anonymous said...

MEMANG BENAR ADA LELAKI YANG SETIA PADA KEKASIHNY,,,,TETAPI BILA LELAKI SETIA DNGN KEKASIHNYA, LELAKI ITU DIPERDUAKAN OLEH KEKASIHHNYA....BETAPA SAKIT NY HATI LELAKI DIPERMAINKAN SSETENGAH WANITA.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥