Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, January 3, 2012

: aku ada kerana kau selalu ada ^_^ :

                                                                                
  tiada perasaan lain yang kumiliki saat ini, kecuali perasaan cinta dan kasih sayangku terhadapmu tiada,rasa lain yang aku miliki kecuali rasa rindu ku yang sangat dalam kepadamu, dan kini aku teramat merindukan dirimu... 
aku teramat merindukan kisah-kisah yang telah kita lewati saat-saat itu, sepertinya ingatan itu telah melekat, dan membekas dalam pikiranku dan takkan pernah hilang
tiada gambaran dan lukisan lain di hatiku kecuali itu dirimu

hanya dirimu yang telah mengisi jiwa tubuh dan ruh ku dengan bayangan dan memenuhinya dengan pikiran-pikiranku tentangngmu

semua hayalanku tertuju kepadamu dimana ia tak pernah padam dan tak pernah hilang,

aku merasa aku takkan pernah mati, karena aku merasa usiaku sangat lama untuk mencintai dirimu
hingga sekarang, jika kau pertanyakan lagi. Aku mencintaimu dengan sepenuh hati dengan kesucian dan ketulusan jiwa yang aku miliki saat ini....

Dalam diri ada hati,. yang bilamana tersakiti,. maka akan muncul rasa benci,. Dalam raga ada jiwa,. yang bila datang derita,. akan merasa tersiksa,. hanya kesabaran yang bisa meredam rasa benci,. dan keimanan yang akan merubah derita jadi bahagia,.
 Insya Allah ~ ♥

‎-Hati-hati dengan hati
Jangan sampai salah menaruh hati
Berpandai-pandailah menjaga hati
Agar boleh terpaut pada hati yang suci

Hati-hatilah pada hati
Kerana hati paling mudah terjangkiti
Penyakit hati
Jangan sampai mengotori hati kerana iri dan dengki

Tiada cinta sejati
Selain cinta Illahi Rabby
Tiada cinta abadi
Selain cinta Illahi Rabby-

                                                               

Andaikata kau datang menjemputku tika ini..
berilah aku kesediaan hati..
Andaikata kau memanjangkan usiaku untuk kesekian kali..
Berilahku keteguhan hati..
... Andaikata kau masih mengujiku..
Berilahku ketetapan iman..
Kerana aku terlalu rapuh untuk bertahan..
Aku terlalu kerdil untuk menahan..
Ya Allah..
Lapangkanlah hidupku dan terimalah amalanku..
Kurniakan hatiku perasaan takut akan diriMu..
Kurniakan hatiku perasaan Cinta padaMu..
Kurniakan hatiku rasa rindu yang menggebu padaMu..
Sesungguhnya aku mahu menjadi KekasihMu..
Aku mahu bertemuMu dalam keindahan..
Kedamaian dan penuh kesucian..
Ya Allah..
Kau lindungi mereka yang meyayangiku..
Kau lindungi mereka yang mendidikku..
Kau lindungi mereka yang bersamaku..
Kerana aku tidak sanggup mereka tertinggal jauh dariku..
Aku mahu mereka bersama-samaku dalam Syurga FirdausMu..
Ya Allah..
Bawalah kekasihku bersama denganMu..
Kerana aku juga mahu dia merasai Cinta dariMu..
Hanya doa ini yang termampu kutuju..
Untuk merapatkan kasihku padaMu.....

Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi. ♥ ♥

Cintailah aku kerana diriku yang slalu ada di hatimu.
Andai cinta ini satu kebahagia'an untukmu.
Aku rela berkorban penuh dengan keikhlasan.
... 
Akan tetap aku nyalakan api cinta suciku.
Untuk menghangatkan jiwamu yang kedinginan.
Biarkan seluruh dunia tau apa yang ada di hatiku.

Tapi..!! cinta agungku hanya milik Allah swt.
Yang tlah menghidupkan bara cinta di hatiku.
Yang membakar rasa angkuhku kepadamu.
Dan hanya kepada Allah aku berserah jodoh dan mautku.


Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH.



♥ ♥ jika memang ALLAH ingin aku menunggumu , aku akan selalu menunggumu sampai kapan pun , dan akan aku setia selalu insya-ALLAH istiqomah untuk kamu, aku sedang bersiap menjadi lelaki yang hebat buatmu yang bisa membimbing kamu untuk ke syurga tuhanku ♥ ♥

aku lelaki yang selalu merindu ^_^



P/S : Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik... Walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain... Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat...
Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri.... ♥ ♥ ♥




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

JANGAN dinanti pada yang tak sudi..
JANGAN dirindu pada yang tak mengingati..
JANGAN kesian dengan orang yang pernah menyakiti..
JANGAN dikenang pada orang yang telah pergi..
JANGAN diharap pada yang tak kasih..
JANGAN dikesali perkara dah terjadi..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥