Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, January 1, 2012

: Berakhir sudah masehi 2011 ^_^ :

                                                                               
"...semakin kita melewati masa dunia semakin dekat kita menemui ajal hidup kita .."

Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri pada Allah yang maha kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya...

Salam tahun baru 1 Januari 2012 & 7 Safar 1433H




Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh, gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

Saat butiran jernih menyinari bumi, saat itu hati terasa rapuh, mengharap cinta Ilahi. Hatilah tempat kita mencintaiNya, hati jua tempat bermula segala rasa, peliharalah hati itu, kerna darinya akan lahir dirimu yang sebenar. Bermujahadahlah dalam pelayaran ini, jangan pernah menyesali apa yang telah terjadi, tapi belajarlah hakikat, ucapkanlah, "Sesungguhnya takdirNya telah terjadi". Kita hanya merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik, walau pahit jua terasa namun hikmahnya pasti meniti dibibir hati...
Saat Jari Ini Menekan Papan Kekunci Menghasilkan Status, Niat dihati Untuk Tujuan Kebaikan Dan Berkongsi Ilmu Untuk Semua KERANA CINTA DALAM UKHURAHI,,,Tapi Jiwa Masih Getar Kerana Bimbang Keindahan Bahasa Tidak Terbawa Dengan Amalan..Kerana Kesungguhnya Segala Status Yang Terpapar, Akan Dipertanggungjawabkan di Akhirat Nanti. Mohon Maaf Andai Tersasar Bahasa, Tersentuh Jiwa. Segala Yang Terisi Di Ruangan ini, Terutamanya Untuk Ditujukan Kepada Diri Ini Jua....

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia..



TENTANG TAHUN BARU MASEHI ^_^


                                                                                     

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui “hawl” (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adatdan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalahHARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah ” Al-‘Adat Muhakkamah
Ertinya : “Adat yang tidak bercanggah dengan Syara’ boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan”. (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ;Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : ” Innama tu’tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority”. (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.
Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara’. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
P/S : ♥ ♥ saya tidak punya azam , hidup saya penuh dengan matlamat dan muhasabah diri , saya cuma ingin tahun ini , rezeki diperluaskan saya ingin menjadi yang lebih baik dari sebelumnya , saya ingin selalu menjadi anak yang soleh mengembirakan bonda tercinta , menjadi lelaki yang bertanggungjawab , ingin berhijrah dari kisah lalu , ingin dicintai dengan seikhlasnya oleh si hawa , ingin selalu menjadi soleh zahir dan batin , ingin menjadi diri sendiri , ingin menjadi seseorang yang berguna , pada keluarga bangsa , agama dan negara ♥ ♥




                                                                                      


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

QasEh said...

selamat tinggal masa lalu.. dan bukalah HATI & MATAmu memandang masa hadapan yg indah.. kerna ALLAH itu MAHA ADIL & MENGASIHI hambaNYA.. kamu akan menerima apa yg selayaknya bagi kamu insyaALLAH.. amin~~~

emma amalina said...

Selamat tahun baru. Lupakan kesedihan lalu semoga tahun ini limpahan rahmat dan kegembiraan buat kite sume :) amin...

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥