Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, December 16, 2011

: zuhud dan rendah hati itulah pekerti dipuji :

                                                                  


                                                                                
Apa guna ada senyuman,

jika tiada kegembiraan ..

Apa guna ada hati,

jika tiada perasaan ..
Apa guna ada harga,
jika tiada kemahuan ..
Apa guna ada keluarga,
jika tiada kasih sayang ..
Apa guna ada sahabat,
jika sering dikhianati ..
Apa guna ada ilmu,
jika tidak diamal ..
Apa guna ada akal fikiran,
jika tidak berfikir ..
Dan apa guna kehidupan,
jika diri tidak membuktikan kehidupan yang sebenarnya ..
                                                                                

                      Abu Utsman Sa`id bin Al-Haddad berkata: 


“Tidak ada perkara yang memalingkan seseorang dari Allah melebihi gila pujian dan gila sanjungan.” 


Takrif Zuhud
Apakah erti sebenar zuhud? Apakah dengan meninggalkan dunia dan menumpukan tujuan pada akhirat semata-mata itu dikira zuhud?
Para ulama merumuskan: "Bukanlah zuhud itu mengharamkan yang halal dan mensia-siakan harta tetapi sesungguhnya zuhud itu adalah apabila kamu leibh yakin dengan apa yang ada di sisi Allah berbanding dengan apa yang ada pada kamu."
Imam Malik r.a. berkata: "Zuhud itu terdiri daripada tiga huruf iaitu zai, ha dan dal. Zal bermaksud bekalan menuju ke akhirat. Ha pula bermaksud hidayah menuju agama. Manakala dal bermaksud istiqamah dalam melaksanakan ketaatan."

Gabenor Kufah yang Zuhud
Dr. Aidh Abdullah al-Qarni menerusi kitabnya Ila Allazina Asrafu 'ala Anfusihim menukilkan kisah sifat zuhud dalam kalangan para sahabat antaranya Salman al-Farisi.
Gabenor Kufah ini telah menghairankan manusia yang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya di dunia ini dengan tangisannya. Apabila ditanya mengapa beliau menangis, Salman menjawab: "Sesungguhnya aku teringat sabda kekasihku, "Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini seperti bekalan orang yang bermusafir." (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Selepas mengucapkan sabda Rasulullah s.a.w. yang mulia ini, Salman menyambung kembali ucapannya, "Sedang kita telah mengambil seluruh dunia ini berserta isinya."
Penduduk Kufah melihat tiada satu pun dari dunia ini dimiliki oleh seorang Gabenor seperti Salman kecuali:
1. Sebatang tongkat untuk berjalan.
2. Sehelai kain serban yang besar untuk hamparan bagi tetamu dan untuk kegunaan ketika menghakimi.
3. Sebiji cawan besar untuk minum, berwuduk dan pelbagai kegunaan harian.
Maka mereka bertanya Salman: "Wahai Gabenor, sesungguhnya kami melihat apa-apa dunia pun daripadamu kecuali keperluanmu  terhadap tiga benda ini sahaja."
Salman menjawab: "Itulah yang aku fikirkan. Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah s.w.t. terhadap tiga benda yang aku miliki ini."
Subhanallah! Inilah kesempurnaan zuhud yang hanya mampu dicapai oleh mata hati yang sentiasa muraqabah terhadap Penciptanya. Ia akan terbentuk apabila insan melihat dunia ini dengan pandangan hakiki. 
Al-Imam Asy-Syafi’i Rohimahulloh berkata: 
” aku tidak pernah kenyang semenjak 16 tahun yang lalu. kerana, banyak makan akan menyebabkan banyak minum, sedangkan banyak minum akan membangkitkan untuk tidur, menyebabkan kebodohan dan menurunnya kemampuan berfikir, lemahnya semangat, serta malas badan. Ini belum termasuk makruhnya banyak makan dalam tinjauan syari’at dan timbulnya penyakit jasmani yang membahayakan.”
Imam Ahmad pernah ditanya tentang seorang lelaki yang memiliki seribu dinar apakah termasuk zuhud? Beliau menjawab: “Boleh saja, asalkan ia tidak terlalu gembira bila bertambah dan tidak terlalu bersedih jika berkurang.”
Marilah kita menjadi seperti “TANAH”
Pohon yang tumbuh subur, rumput yang menghijau, buah-buahan yang ranum dan bunga-bunga yang mekar setiap hari kerana TANAH yang memberikan semuanya. Bumi tidak mudah marah tetapi memberikan yang terindah untuk semuanya.

Tetapi kita harus hati-hati, kerana kadangkala terjadi ‘gempa bumi’ atau ‘tanah longsor’. Petanda amaran.
Semua orang dilahirkan dengan darjat yang berbeza. Itu adalah bukan kehendaknya, kerana lahir dalam keluarga yang berbeza. Tetapi, darjat bukan ukuran kepada seseorang untuk mampu atau tidak mampu, untuk menjadi orang yang berjaya. Darjat juga bukan bererti menjadi penghalang untuk seseorang untuk berubah dan mengubah keadaan dan kehidupannya.

Tiada ukuran yang tepat juga untuk menilai seseorang kerana darjatnya. Mereka yang meningkatkan pengetahuan, kerja keras, kesabaran dan kebijaksanaan dirinya sudah tentu akan mengangkat darjat dirinya, derajat keluarganya dan ibubapanya. Seseorang yang memberi manfaat kepada masyarakat pasti akan dikenang banyak orang. Kerana pasti banyak pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya.



: Menjadi seorang yang rendah hati lebih indah dan bahagia daripada bersikap meninggi diri pura-pura bijak padahal umpama tin kosong yang hanya layak dipijak sahaja :


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥