Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, December 15, 2011

: nukilan perasaanku : sepi tanpa kamu :

                                                                       
  Usah disimpan bara dendam di hati. 
Kelak ia akan memakan diri sendiri. 
Usah disimpan kenangan di hati kerana ia membawa mati. 
Cinta ialah bukan satu permainan. 
Bila gembira ia membuatkan insan bahagia. 
Bila kecewa diri merana. Kerana itulah percaturan hidup. 
Yang jujur bahagia menanti. Yang berdusta memakan diri.

"..DEMI ALLAH mencintai kamu sangat perit bagiku , aku sedang belajar melupai kamu jika aku diberi peluang oleh ALLAH aku akan memilih tidak mengenali kamu daripada mencuba melupakanmu , bila mana wujudnya kamu aku tak bisa merasa bahagia buat diriku cukuplah kamu yang telah menanam azimat nista yang benihnya menjalar dalam kotak hatiku lalu akarnya menikam sanubariku tanpa aku sedari aku telah sayang kamu lebih dari nyawaku , meski aku masih bertatih melupakanmu , kamu adalah kesilapan terburukku dengan memberi hati ku ini kepadamu..

Cinta itu memang indah. Namun untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Siapa yang tidak mahu memiliki cinta yang terindah. Namun insane terpaksa menghadapi badai gelora. Tiada cinta yang tiada penghalang. Cinta yang sejati payah sekali ditemui.  


“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”
( Surah AlMulk : Ayat 2 )

dan itu sahaja yang bisa mengajar aku erti ketabahan hidup seorang lelaki, walau tanpa dendam walau tanpa amarah aku masih terkilan kerana pesonamu memerangkap aku daripada mencintai yang lain...dan aku masih mencuba memperbetulkan kiblatku agar aku selalu dalam lembayung rahmat tuhanku....ya ALLAH kikiskanlah dia dari benak fikirku dari relung hatiku...izinkan aku mencintai hambamu yang lain dengan istiqomah...jauhkan aku dari rasa sepi yang membakar ilham dan ispirasi hidupku...


kamu sangat hebat kerana berjaya menawan hatiku mungkin sahaja dengan ayu wajahmu mungkin juga dengan tutur lembutmu , tapi hakikatnya semua itu palsu kamu bisa selingkuh denganku bisa mendua , bisa juga lebih dari itu nasihatku..
jangan pernah lakukan kepada lelaki lain kelak bahana yang kamu tempah dalam hidupmu....aku masih berharap satu masa ALLAH membuka mata kamu agar kamu tidak hanyut dan tersungkur dengan mainan kata janji setiamu pada seribu lelaki...bisa sahaja mereka kata lelaki buaya jika mendua...tetapi jika hawa berbuat sedemikian aku tidak mahu mereka melabel kamu lebih buruk dari itu..
mungkin kerna kamu juga seorang wanita yang bertudung likup..boleh sahaja orang lain meletakkan "nama" lebih buruk jika meraka tahu siapa sebenar kamu...aku kirimkan madah nasihat ini buat semua kenalan agar mereka juga mengerti dan bijak menyusun langkah dalam hidup ini..andai sekali tersalah langkah maruahmu tidak bisa dipaling lagi...

Bila seseorang mendustai cinta, hati mula terasa gelisah. Bila kekasih hati beralih arah, hidup mula merana. Tiada bererti lagi. Kejujuran dan keikhlasan hati membuatkan seseorang akan terasa cintanya dihargai. Hidup pula senantiasa ditemani kebahagiaan sejati.


“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”

(Hadith riwayat Muslim )

Tanamilah benih cinta, siramilah ia dengan kasih sayang berbajakan pengorbanan agar ia subur menjadi buah yang penuh kebahagiaan
Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya.

 Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita.


".. Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.  .."




“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)


selamat tinggal wahai kamu...selamat tinggal duka lalu..selamat tinggal...

aku ingin pergi sejauh yang mungkin tanpa mengingat kembali perkenalan selama 5 tahun ini.......insya-ALLAH ...ALLAH mempersiapkan seseorang buatku dan aku masih menunggu dengan sabar diharap dia dapat merubah sepiku menjadi girang dan sunyiku menjadi bahan senyumku.....aku akan selalu bermuhasabah insya-ALLAH...


Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan.

Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa.

Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit digaru sedap.

Sebelum mencintai seseorang, cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain.

Jangan permainkan perasaan orang dengan cinta yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula dipermainkan orang lain.


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
( Surah AlBaqarah : Ayat 286 )

♥ ♥ Sangat TAKUT memberi hati , sangat takut mencuri hati sangat takut ditawan hati , sangat takut merobek hati , sangat takut mengecewakan banyak hati jika ada yang suka itu rezeki jika ada yang sayang itu fitrah jika ada yang 
cinta itu anugerah , tapi jika salah beri hati bisa menjadi musibah ♥ ♥


p/s: Semua indah bila saat bcinta..kan. Bila kecewa, hancur segalanya. Itulah CINTA.


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

i2 lah lmrah hdp mnsia yg sentiasa m'cari k'smprnaan biar pn kdg kala t'pksa m'gorbankn prsn org lain..
:-)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥