Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, December 23, 2011

: Sekadar Ingatan Buat Kita :

                       
                                                                   


Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali,
boleh membunuh dan boleh menghidupkan,
boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan,
boleh menghina dan boleh memuliakan,
boleh mempesona dan boleh meliarkan,
boleh menghasut dan boleh memujuk,
maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya..

Rasulullah SAW. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." 
(HR. Muslim)

‎10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM.

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah: 

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin. 
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu
.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah dibelakang dan seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat Muslim)
Maksudnya...
Imam dan khalifah yang memimpin adalah sebaiknya adalah lelaki...
Ia perlu berada dihadapan...

Manakala bagi perempuan, walau sehebat dan sepandai mana sekalipun, kamu tidak boleh melebihi lelaki (suami) dan kamu tidak boleh menjadi khalifah.... kamu perlu bersederhana dan bersifat malu...^_^

‎"Pohonlah keampunan, kerana dari doa itulah , kamu beroleh berkat. Dari berkat itulah, kamu beroleh kenikmatan. Dari kenikmatan itulah, kamu beroleh kesenangan. Dari kesenangan itulah, kamu beroleh ketenangan. Dari ketenangan itulah, kamu merasa kesyukuran. Sesungguhnya, kita hamba yang senantiasa alpa, dan seharusnya doa itu menjadi sebahagian dari jiwa, moga dapat dipohonkan keampunan pada-Nya"



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥