Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, December 24, 2011

: Diriku Apa Adanya :







Jadilah hamba Allah yang bagaikan bintang di langit
Walaupun jauh di sana, namun cahayanya mampu menerangi malam 
Yang gelap gelita lagi indah dipandang mata
Hiduplah di tempat-tempat yang tidak menyentuh
Hal-hal yang tidak berguna
Ucapanmu adalah zikir
Diammu adalah berfikir
Renungilah setiap kejadian
Sebagai ikhtibar dalam kehidupan..^_^

al-kisah sebuah kehidupan , manusia dicipta pelbagai rupa termasuk aku , aku bukan dalam kalangan mereka yang sempurna wajahku biasa sahaja..
walaupun terkadang ada yang mengatakan manis , comel dan sebagainya..
tetapi  itu pandangan masing-masing..orang yang biasa-biasa ini impiannya biasanya luar biasa ..jika aku..taruhan  pesonaku mungkin dengan sikap sederhana aku..aku bukan seorang yang suka membangga diri..
itu hakikatnya..aku sangat ingin merasa kemanisan hidup ini dalam mencari kesempurnaan walau diri aku tidak sempurna..

sempurna pada bicara lelakiku adalah sedap mata memandang , penyejuk dimata penawar dihati , kalimat ini aku tanam dalam-dalam di benak imanku ..
aku juga sedang berusaha memperbaiki diri ini mempersiapkan untuk menjadi lelaki soleh dan berkemampuan dari pelbagai segi...insya-ALLAH dengan sesiapapun aku berkawan aku akan selalu mengukur baju dibadan sendiri..
aku suka mendidik...dan aku ingin mendidik dia menjadi  wanita yang selalu cantik pada pekerti indah pada bahasa dan tulus pada nurani..^_^

                                                                                                  
         setiap dia yang bernama insan punya perasaan , punya rasa punya jiwa punya hati , puas sudah aku menikmati kelukaan hidup ini , puas juga aku menjadi pemerhati di laman sesawang ini , aku cuma meluahkan segala yang terbuku di relung hati ini , terkadang tentang ilmu , tentang iman , tentang perasaan , usiaku yang kian meniti masa usang mengajarku cara untuk mentarbiah semua lapisan masyarakat, memang aku seorang pemendam perasaan yang berjaya sebab itu segalanya aku nukilkan di blog ini...ketenangan akan tercapai tatkala diluahkan itu caraku , aku juga tak pandai nak meratapi dugaan ALLAH aku tidak bijak memaki hiba dan aku bukan dalam kalangan mereka yang mudah melukai banyak hati..sebab itu aku menulis...dan melukis coretan hati seorang lelaki..

aku pernah meminati seseorang tapi aku memilih untuk mengagumi dari mencintai...aku juga pernah dimalukan oleh seseorang tetapi aku memilih untuk senyum dikala aku dimalukan..memang aku tidak tampan tapi yang membezakan aku dengan orang lain adalah ketika aku menjaga banyak hati tanpa memikirkan hatiku, aku simpan kelukaan hati ini tanpa seorang pun tahu...tetapi seorang sahabat baikku selalu menjadi teman dikala sepiku dia selalu tahu apa yang sedang aku lalui ,dialah teman dia juga kawanku..aku bakal berhijrah dan meninggalkan dia mungkin aku tidak akan jumpa sahabat sepertinya , dia juga umpama bayang-banyang yang mengekori setiap langkahku...

hidup ini sukar untuk diduga terkadang kita diatas terkadang kita jatuh tersungkur dibawah , pada masa itu baru kita tahu yang mana kawan yang mana teman dan yang mana sahabat walau maknanya seerti tapi bezanya pada gaya itu sendiri , adakah tangan dihulur ketika kita jatuh atau kita ditinggalkan
aku sedang bermuhasabah , mengenal kekuranganku dan dosa semalam..
ada juga hawa yang ingin mengenaliku tapi dia perlu tahu siapa sebenarnya aku........


  • aku tidak merokok , kerana apa? kerana aku telah lalui satu pengalaman dalam hidupku iaitu kehilangan seorang ayah kerana rokok oleh sebab itu aku tidak merokok itu adalah nekadku insya-ALLAH..

  • ketika waktu magrib dan isyak jangan pernah cari aku dirumah kerana aku tiada dirumah carilah aku dimusolah , cari juga aku di surau berhampiran rumahku , disitu aku sedang beribadat bersama TUHANKU.

  • jika ingin mengenaliku kamu perlu mengenali ibuku kerna ibu segalanya bagi aku, aku bukan anak manja tapi aku bertanggungjawab menjaga ibuku hingga akhir hayatku, dan aku berdoa semoga aku dapat menjadi anak yang soleh untuknya.

  • aku cintakan solat secara berjemaah jika berkawan denganku aku suka solat bersama , ini kerana hanya solat secara berjemaah dapat menjaga keperibadianku sebagai seorang mukmin sejati.

  • aku bukan "sealim" yang disangka , jadi layanlah aku seperti biasa, aku suka menyanyi aku suka jamming terkadang aku di gym terkadang aku di bowling tapi alhamdulillah aku tidak pernah melupai tuhanku disepanjang hiburan yang aku lakukan sebagai contoh aku akan mengajak ke musolah sebelum pergi ketempat-tempat begitu kerana , solat itu  lebih utama.

  • aku tidak akan serius berkawan dengan hawa, kecuali aku benar-benar menginginkan dia menjadi halal bagiku, aku sudah puas kecewa insya-ALLAH aku cuma ingin seorang yang setia mengenaliku dan menerimaku apa adanya aku..

  • aku bukan seorang yang ego semua kenalan juga tahu , aku suka meminta maaf walau bukan salahku kerna ALLAH menciptakan aku seorang lelaki yang mudah rasa bersalah jadi jangan pernah bertanya kenapa aku meminta maaf ^_^

  • aku tidak selesa bercampur disuatu tempat yang banyak hawa , sebabnya aku seorang yang pemalu, aku hanya selalu keluar dengan sahabat lelakiku jika ada meraka yang membawa sahabat perempuan bersama kami jangan tanya kenapa aku senyap ini mungkin aku belum selesa berada di situasi itu  dan diam adalah caraku.

  • aku seorang lelaki yang setia sekali aku beri hati , aku bisa berjanji yang aku pertaruhkan jasadku untuk maksud setia itu , sebab itu aku bisa sakit tatkala menerima seseorang yang mempermainkan aku kerna aku biasa mencintai seseorang dengan sepenuh jiwa dan ragaku dan mungkin ini juga kelemahanku..

  • aku bukan seorang pedendam dan aku juga bukan seorang pemarah jadi jika kamu pernah melukai hatiku jangan risau kerna selalunya sebelum aku lelapkan mata untuk tidur aku telah memaafkan sesiapa sahaja sebelum aku tidur itu yang di amalkan olehku sepanjang hidup ini..

  • akhir sekali, jangan pernah memainkan hati dan perasaanku sungguh sekali aku cinta , selamanya akan tercatat di relung hati dan jika aku kecewa, sungguh dia sangat membekas dalam hati , dan aku sangat sukar untuk melupai....walau nyawa berpisah dari jasadku..

(´'`v´'`) •·♥·•·♥·•··♥·•·♥·•·♥·•·♥·•·♥·•·♥·•
.`●.¸.● TATKALA MEMINTAL RANTAI UKHWAH ~~ 
»» Usah di-KHIANATI KEPERCAYAANNYA,
»» Usah di-DENDAMI KEKHILAFANNYA,

»» Usah di-MUSUHI KETIDAK-UPAYAANNYA,
»» Usah di-PERSOAL KEIKHLASANNYA,
»» Usah BERHARAP akan KESEMPURNAANNYA, &
»» Usah MEMINTA sesuatu yang di LUAR JANGKAUANNYA..!
Kerana SAHABAT itu juga MANUSIA seper...ti KITA,
Yang TIADA KUASA mahupun DAYA UPAYA,
Melainkan dengan IZIN ALLAH jua..
Maka, BELAJARLAH untuk BERSEDERHANA serta BERLAPANG DADA,
Lalu, MENERIMA DIA DENGAN REDHA & SEADANYA,
Agar kelak, kita tidak berasa DIKECEWAKAN & tidak pula MENGHAMPAKAN..!







♥ ♥ kita punya jurang yang sangat jauh saya tak punya apa-apa pun awak , tapi tuhan telah membuka hati saya untuk kenal awak , hati makin berbunga sehari demi sehari mengenali awak , mungkin awak belum pernah jadi sebahagian dari hidup saya tapi saya sangat selesa dengan awak ,walau saya biasa terluka saya pertaruhkan jasad saya biar dipermainkan awak , dan hati saya semakin mudah mendekati awak , walau banyak gadis yang cuba dekati saya awak sangat lain , saya tidak tahu apa yang telah jadi pada saya , insya-ALLAH sepanjang perkenalan kita , saya selalu mendoakan awak dan istikharah demi hubungan kita, semoga kita tidak tersasar jauh dari rahmat ALLAH , saya sedang suka pada awak ♥ ♥


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

emma amalina said...

^_^

MaTa SePet said...

cinta i2 dtg n pergi..
so xpyh la bmbg..
^_^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥