Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, December 22, 2011

: setia seorang lelaki :



                                                                                             
•.♥• Andai dalam hatimu ada TAMAN...
•.♥• Semailah ia dengan benih-benih IMAN...
•.♥• Bajai ia dengan amal maaruf yang BERKEKALAN...
•.♥• Siramilah ia dengan istiqomah yang BERTERUSAN...
•.♥• Supaya bercambah mekar bunga-bunga KETAQWAAN...

•.♥• Lindungi ia dari parasit nafsu yang MENYESATKAN...
•.♥• Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan KESABARAN...
•.♥• Sehingga tegap merimbun berbekal haruman KEREDHAAN...
•.♥• Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang AR-RAHMAN...
•.♥• Agar ia terus hidup, tidakkan tandus sepanjang KEHIDUPAN...Insya-ALLAH ^__^~



mendidik hati setia adalah pabila sanggup menahan mata dARI melihat kecantikan ciptaan tuhan yang lain , dalam hati mula berkata ya ALLAH jauhi aku dari hati yang bisa dibolak-balikkan dengan keindahan ciptaanmu , SEMAIKAN hati ini rasa setia hanya pada seorang gadis insya-ALLAH ^_^

bicara setia lelaki terkadang ramai juga tidak tahu , masih ada ketulusan seorang lelaki , ada juga yang masih belum dihargai , tapi terpulang kepada individu adakah mereka jumpa lelaki yang di idami ^_^

melihat makna kebahagian sungguh jauh rasanya dalam kotak hati ini , adakah wujud seorang gadis yang ingin selamanya berada dalam hati ini, menerima diriku apa adanya , jujur aku seorang lelaki yang masih dalam pembikinan perasaan yang baru....sungguh rasa hati itu sedang dirangka RASA YANG AKU SENDIRI TIDAK PASTI...

terkadang bercinta dan berkasih kepada mereka yang tidak menghargai ..umpama setitis air yang dicampak ditengah lautan...walau kasih kita seluas lautan jika tanpa mereka yang menghargai dan buta hati apa sahaja yang dilakukan kita tetap juga dipandang sepi....minyak tidak pernah akan bersatu dengan air....itulah hakikatnya....

aku mengharap seorang yang setia jika aku menjalin perhubungan baru selepas ini , biar dia tahu jika aku setia aku akan selalu menjadi setia...aku ingin dia tahu aku suka berkawan dengan ramai orang tapi kawanku kebanyakkan lelaki..jika aku ingin berkawan dengan perempuan aku akan berkawan dengan ikhlas niatku aku mengenali seorang perempuan ini biar sampai ke jinjang pelamin...jika aku punya kawan perempuan sekalipun kebanyakan kawan ketika dizaman persekolahan yang lalu...dan dengan jujurnya memang sungguh ramai perempuan yang cuba mengenaliku tetapi ketika aku punya hubungan khusus dulu dengan seorang hamba ALLAH aku rela meninggalkan semuanya demi setiaku dan istiqomah pada seorang perempuan itulah aku ^_^

aku bukan sombong aku cuma seorang yang menjaga hati..jika lelaki seperti aku boleh setia kenapa tidak pada seorang perempuan? padahal hak lelakiku membenarkan aku bernikah sebanyak 4 kali...tetapi itu bukan caraku...aku ingin menghabiskan sisa hidupku mendamba cinta ALLAH dengan setia...
mungkin aku bisa berpoligami jika aku berkemampuan kelak tapi aku tidak memilih itu untuk menurut sunnah rasulku ...mungkin aku tahu aku bukan seorang lelaki yang bisa adil jika bisa memberi hati kepada dua, tiga dan seterusnya sebab itu aku setia...

aku seorang yang sangat memikirkan masa hadapan walaupun ia nya belum terjadi tapi...tidak salah jika bersedia...menjaga hati..menjaga jiwa hanya istiqomah...demi seseorang hamba ALLAH , dan jika ada sahaja mereka yang melabel aku sombong mereka mungkin belum mengenaliku..
besar makna cinta padaku ALLAH maha tahu...DIA MAHA KARYA SEJUTA RASA..
pahit , manis suka dan luka dalam hidup ini dia maha merencana tapi dia juga memberi pilihan untuk kita merubahnya...asal ada usaha ikhtiar doa dan tawakkal...dia akan merubah segalanya...asalkan kita tidak melupainya..

sakitnya hati bila melihat kecurangan pernah kamu terfikir jika kamu merasai , rasa sakit itu ? luka luaran walau berdarah dia tetap bisa diubati , namun luka dihati jika masa sakit dan sakit dan sakit ya ALLAH memang perlu masa untuk sembuh mungkin juga bertahun , punca iman juga berpaksi pada hati..punca segala amalan bersemai dari hati...jadi hati sangat memainkan peranan jika punya akal sekalipun tanpa hati...tanpa iman...ia hanya bernakhodakan nafsu semata-mata? pernah kamu terfikir? kenapa segala amal kita bermula dari niat , dilafaz dari akad dan dilakukan melalui anggota? semua ini berlaku kerana hati akan membangkitkan rasa tulus dan jika wujud ketulusan dalam segala ibadat semuanya akan sempurna..tenang dan dirahmati ALLAH ^_^

jadi marilah kita mencuba menjadi setia ..jangan pernah mencuba menyentuh hati orang lain jika niat hendak melukai....jika manusia mula sakit hati ...dendam akan berbunga nanti...tatkala itu cinta bertukar menjadi benci..kebencian merosak amal hati jika ada yang suka kita cukup sahaja dengan menghargai berbincang cara elok tanpa memaki...dia tidak salah rasa kasih , rasa sayang semua dari illahi cuma membenarkan ia terjadi itu salah insani...kita harus tegar jangan sampai cinta menjalar merosakkan perihal hati...nescaya iman juga tersimpul mati...lalu kita tak bisa mengenal yang mana dendam dan yang mana sejati...^_^

" bukanlah mudah memberi kemaafan ketika marah, kerana itu marah itu perlu dikawal."

sabda rasulullah s.a.w. sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan, dan syaitan itu dijadikan dari api, yg dapat memadamkan api itu hanyalah air, maka apabila seorang dalam keadaan marah, hendahlah segera berwudhuk. ♥ ♥

(HR ahmad abu dawud)


Ajarkanlah aku bahasa air mata.
Agar pada waktu kamu menangis...
aku tak akan bertanya Mengapa ??.
Doa  yang aku kirimkan,adalah sebanyak daun di dahan~
Yang ditolak adalah sebanyak daun gugur.
Yang di terima pula ?
 ~Cuma satu,iaitu 'Pokok itu sentiasa hidup' dan akarnya masih mencengkam bumi..
Bahasa Tuhan..adalah senyap dan sunyi,Untuk memahami-Nya..lihatlah kepada alam dan manusia,yang dicipta untuk menjadi 'Sarikata'.
Kemaafan itu apa ?
~Kemaafan itu adalah..~Apa sahaja yang berlaku,selepas kita melafazkanya.
ketika masalah datang hidup seakan akan ingin di akhiri 
tetapi ketika kebahagian datang serasa ingin hidup selamanya
manusia yang paling bijak adalah yang mampu menerima keadaan dengan ikhlas..^_^
Ya TUHAN, tabahkan hati hambamu ini karana aku yakin setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
 Hidup ini memang tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. ^_^

Jika kita menyayangi seseorang lepaskanlah dia
Jika dia kembali dia adalah milik kita
Jika tidak, dia bukan lah milik kita sejak dari mula lagi. ♥ ♥ ♥

Syuk al-hafiz >


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥