Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, December 26, 2011

: RETORIK CINTAKU Bicara Soal Jodoh :

                                                                                     
 Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai....^__^


 jANGAN mARAH KETIKA kau memberi tapi tak berbalas kerana disanalah tersimpan makna ketulusan jangan membenci saat hatimu di sakiti kerana disanalah tersimpan makna kesabaran meski dirasa susah dan menngoyak rasamu saat yang kau lakukan tidak dihargai dilihat dan diterima tapi Allah maga Adil
tak pernah berpaling dari-mu MaKA jANGANLAH KAU Berputus asa ~

yang engkau Cintai selama ini belum pasti milik mu nanti maka usahlah bersedih 

hati dikala dia belum halal bagi mu dan dikala dia melukai hati mu bersyukurlah 
atas ujian dan cubaan dari Allah ternyata Allah masih sayang kepada kita dengan memberi cubaan''insyAllah''Allah Subhanallah Wa'ta ala memberikan penganti 
yang lebih baik Soleh dan solehah kepada kita, insya-ALLAH ^_^

Jika Benar cinta itu kerana Allah maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah biarlah Allah yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya''dan lelaki yang mampu membimbing wanita yang dicintainya menuju 

Nur-Jannah illahi ia menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan hidupnya ia memuliakan lembut terhadap wanita dan anak-anaknya tegas dalam aqidah bijak dalam bersikap ialah penuntun Dunia dan Akhirat ...^_^

janganlah Sekali-kali seseorang malu bila bertanya tentang apa yang tidak
diketahuinya untuk mengatakan ''Aku tidak mengtahui'' dan janganlah sekali-kali
seseorang malu apabila tidak mengetahui sesuatu untuk mempelajariNya''

Hendaklah kamu bersabar'' kerana SesungguhNya antara kesabaran dan keimanan seperti kepala dengan tubuh maka tidak ada gunanya tubuh yang tidak berkepala
dan tidak ada gunanya pula keimanan yang tidak diikuti kesabaran
('Ali bin Abi Talib')


berharap menjadi orang baik kerna sungguh indah berdamping dengan orang baik…
bukan aku ingin didampingi, tapi ingin mendampingi..
kerna orang yang baik bersama orang yang baik juga…
kebaikan berlegar-legar bersama orang baik ^_^
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
 jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!
Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
“Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya....

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.” 

P/S : Allah adalah sebaik-baik pengatur..HIKMAH pasti ada di hujung lorong ujian..cuma, manusia selalu KURANG SABAR..belum sampai ke hujung jalan, sudah BERPUTUS ASA..lalu, bagaimana mahu sampai kepada hikmahnya? Jodoh, memang misteri Ilahi..sampai masa dia PASTI datang..membawa kita terbang bersama cuma perlu SABAR..♥♥♥
















Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

penuh mkne yg t'sirat..^.^

QasEh said...

jOdOh kamu rahsia ALLAH.. mOga ALLAH akan memberikan insan yg setia dgn cintanya buat kamu.. jgn pernah tgglkan isthikarahmu.. (",)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥