Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, December 27, 2011

: Bicara Tentang Nasihat Antara kita :

     Kita datang berbekal amanah. Fitrahnya tanpa sepalit noda. Usah mengharap kembali menjadi kain putih.
 Tapi berusahalah untuk menjadi sutera yang indah dipandang dan selesa dipakai.
 Biar hilang sahabat kerana perjuangan, jangan putus teman seperjuangan.
 Moga saat kemenangan Islam kita masih istiqamah disisinya. 
Bertambah umurmu maka akan bertambahlah dosamu andai kamu terleka.
 Itu pasti kerana manusia tidak pernah sempurna seiring namanya.
 Maka tambahkanlah jua amal soleh agar pertemuan dengan Allah itu menjadi ganjaran terhebat buatmu... ....^_^

Sesuai dengan apa yang dikatakan seorang penyair
“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam”

(Nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran:al-Qurtubi).


Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda:
“Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa seperti mana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” 
(Hadis riwayat Muslim )

» Bicara itu mampu menggores luka, ❝..Bila menyindir penuh makna..❞
» Bicara itu mampu menjadi racun, ❝..Andai disalur menjadi fitnah..❞
» Bicara itu mampu menikam tajam, ❝..Kala dihunus bersulam dendam..❞
» Bicara itu mampu menjadi penawar, ❝..Andai nasihat galang gantinya..❞
» Bicara itu mampu menjadi azimat, ❝..Bermotivasi pencetus semangat..❞
» Dan BICARA itu juga mampu MENJADI SEBAHAGIAN daripada DOA,

❝..Maka BERHATI-HATILAH tatkala MENUTURKANNYA !!

  PENGERTIAN NASIHAT


Kata "nasIhat" berasal dari bahasa arab, dari kata kerja "Nashaha" yang berarti "khalasha", Iaitu murni serta bersih dari segala kotoran, juga boleh bererti "Khaatha", iaitu menjahit. 

Imam Ibnu Rajab rahimahullah menukil ucapan Imam Khaththabi rahimahullah, "Nasihat itu adalah suatu kata untuk menerangkan satu pengertian, iaitu keinginan kebaikan bagi yang dinasihati."

NASIHAT menasihati dan berpesan ke arah kebaikan sudah menjadi budaya hidup manusia. Namun, dalam Islam, nasihat memang tidak dapat dipisahkan daripada ajarannya kerana Islam adalah al-Din yang bercirikan nasihat.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
 
  “Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim)

Lebih menariknya, amalan nasihat termasuk antara amalan penyelamat seseorang daripada terjerumus ke lembah kerugian.

Firman Allah bermaksud:
 
  “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)
 Maksud ayat suci itu menyimpulkan antara ciri orang yang beriman kepada Allah ialah sentiasa berpesan atau nasihat-menasihat ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

  Adab-adab memberi nasihat  
    1. Meluruskan niat sebelum menasihati   seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati   saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin   memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang   terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin   diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan   kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat   ke jalan yang benar.
    
    2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati.   Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang   lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati   seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang   sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak   orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang   dinasihati.”Islam mengajar umatnya supaya mempunyai   akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini   menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang   dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.
    
    3. Bersih hati semasa menasihati.   Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara   yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat   teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan   kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan   salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut   sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku   seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan   sebaiknya.
  
  4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati   saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal   kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah   sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya   mereka begitu.
  
  5. Memberi waktu dan kesempatan kepada   saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang   dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka   untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang   pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada   Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan   jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin   ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran. 
  
  Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang   telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada   orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita   sudah melaksanakan amanah ini? Jangan   jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia   untuk dinasihati.

    
p/s : Penasihat juga perlu ikut nasihat. Jika pandai menasihati namun dia sendiri tidak mahu mengikut nasihat, dia bukanlah seorang penasihat yang bagus.


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

MaTa SePet said...

nsht dri sdri dlu sblum nsht org len..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥