Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, December 27, 2011

: Diam itu ibadat ^_^ :

                                                                             

 Diriwayatkan oleh az-Zubair bin Bakar, daripada Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, daripada Ibnu Abbas r.a daripada Nabi bahawa baginda bersabda: 

Maksudnya: "Barangsiapa terkena panahan asmara, lalu ia menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia akan mati syahid."

 Dalam riwayat yang lain disebutkan: 

"Barangsiapa yang terkena panah asmara lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar maka Allah akan ampuni dosa-dosanya dan Allah masukkan ke dalam syurgaNya"

 Hadith di atas adalah tidak sahih, dan tidak wajar keluar dari lidah baginda. Kerana syahid adalah kedudukan tertinggi di sisi Allah, yang disejajarkan dengan kedudukan para siddiqin. Ianya harus dicapai dengan beberapa bentuk perbuatan dan keadaan tertentu yang merupakan syarat mutlak.Syahid ada dua jenis, iaitu syahid umum dan syahid khusus. Syahid khusus adalah syahid fi sabilillah. Syahid umum ada 5, disebutkan dalam sebuah hadith sahih, namun mati kerana panahan asmara tidak termasuk di dalamnya.... ^_^

 Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

      Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'Diam', usah gusar dilabel sebagai 'Manusia Yang PenDiam'.

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh seluruh umat manusia dan jin serta SeKalian Makhluk ALLAH SWT di Bumi & di Langit, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH SWT (Naudzubillaahimindzalik).

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh ALLAH SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
 


Diam Orang Mukmin Itu Ibadah.


Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa, Ibadah ini tidak meletihkan,
Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?
Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,
Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap,
takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu,
menghormati percakapan orang,
Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,
Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,Yang telah dibuat,
supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula dalam ingatan.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia....



Banyak Diam tidak semestinya jahil, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang jahil yang banyak bicara.

Menasihati orang yang melakukan kesilapan, tidak salah. Yang salah memikirkan kesilapan orang.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri...^_^


*HIKMAH DIAM.

1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.


"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim).

"Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari & Muslim).

"Barangsiapa diam maka dia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tirmidzi).


 siapa empunya sering menjelma
Berlegar-legar tak pernah surut
Memenuhi sentiasa di segenap sudut
Bisa membuat hati tertawan
Diam merasuk perlahan seluruh jiwa
Sukar untuk di tiup padam
Ku tenung lagi potret khayalan
Ku dakap erat dalam kenangan
Ku abadikan segenap ruang
Biar ku simpan di dalam diam.. ^_^

                                       


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

QasEh said...

sungguh tdk rugi utk "diam" kerna ada hikmah disebalik "diam"nya manusia.. (",)

MaTa SePet said...

diam bukan bereti mengalah..
diam juga bukan bererti lemah..
kadang kala kite tau ape yg ingin diucpkan..
kadang kala juga kite tau ape yg ingin diperkatakan..
tetapi..
diam adalah lebih bek..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥