Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, December 12, 2011

: rendah diri , bicara lelaki pemalu :

                                                   


      bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita
                kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita   
dan bukan semua yg memualkan hati kita tidak baik untuk kita .
kadang-kadang disitulah letaknya BAHAGIA ♥ ♥ ♥
ا
sentiasalah tersenyum walau kepada orang yang tidak kita sukai akhlaknya...kerana nabi kita sentiasa senyum kepada semua org termasuk kepada orang yang beliau tidak suka..~

Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu ♥ ♥ ♥

Sebagai umat Islam, tentunya kita sudah tidak asing lagi dengan kata “taqwa”. 
Menurut definisinya, takwa adalah imtitsâlu awâmirillâh wajtinâbu nawâhîhi (melaksanakan semua perintah Allah sekuat-kuatnya dan menjauhi apa pun larangan-Nya). Sebagaimana diajarkan oleh para ulama, taqwa dalam bahasa Arab terdiri dari empat huruf, iaitu :


  • ت (tawâdhu‘) ertinya rendah hati. Selain tawâdhu‘ bisa juga bermakna tadharru‘ yang bererti sama iaitu merendahkan diri di hadapan Allah dan sopan santun terhadap sesama mahluk

  • ق (qanâ‘ah) ertinya menerima dengan syukur semua kurnian Allah

  • و (wara‘) ertinya meninggalkan perkara syubhat dan tidak berfaedah

  • ي (yaqîn) ertinya yakin sepenuh hati kepada Allah


إِنَّ التَّوَاضُعَ مِنْ خِصَالِ الْمُتَّقِي * وَبِهِ التَّقِيُّ إِلىَ الْمَعَـالِي يَرْتَقِي

Sesungguhnya rendah hati adalah salah satu ciri orang yang bertaqwa

          Dengannya, orang yang bertakwa mencapai darjat kemuliaan  


Ketika ditanya mengenai erti tawadhu‘ (rendah hati), al-Fudhail menjawab, “Kamu tunduk kepada kebenaran dan patuh kepadanya. Walaupun engkau mendengarnya dari anak kecil, engkau tetap menerimanya. Bahkan, meskipun engkau mendengarnya dari orang terbodoh, engkau tetap menerimanya.”


Rendah hati adalah syarat pertama jika kita ingin mencapai darjat sebagai insan yang bertakwa.


Rendah hati merupakan puncak dari akhlak seorang mukmin, iaitu rendah hati kepada Allah, Sang Pemilik kehidupan.

Rendah hati tidak mungkin diraih hanya dengan ilmu, harus diiringi dengan amal perbuatan.

Rendah hati dari segi ilmu memang mudah dipelajari, namun dalam implementasinya memerlukan waktu yang lama, mungkin sahaja bertahun-tahun.

Rendah hati ketika belajar. Seiring perjalanan usia,semakin banyak ilmu dan pengalaman seharusnya semakin rendah hati.

Rendah hati dapat diteladani dari diri Rasulullah saw., kerana beliaulah orang paling bertaqwa di seluruh alam semesta. Bahkan, malaikat pun hormat kepada beliau kerana darjat beliau yang begitu mulia di sisi Allah SWT. Nabi Muhammad saw. dipuji oleh Allah sebagai makhluk dengan akhlak sangat terpuji dan mendapat anugerah sebagai kekasih Allah(habîbullâh)


Di sebuah puisi, ‘Aidh al-Qarni mengungkapkan sanjungannya kepada Rasulullah saw. :

Siapa yang menghampiri pintu rumahmu, tak berhenti raga
bertutur tentang anugerah yang kau berikan
Mata bercerita tentang suka cita, tangan tentang persaudaraan,
hati tentang kelembutan, telinga tentang kebajikan

Para ulama menjelaskan bahwa rendah hati harus dimiliki dalam setiap keadaan dan tingkat atau kedudukan. Ketika kita masih belum menjadi apa-apa (sedang belajar), kita ibarat sebiji tanaman. Tanamlah biji itu di dalam tanah. Apabila diletakkan di atas tanah, dikuatirkan mudah dimakan binatang atau hilang disapu angin.

Saat kita berusaha mencapai puncak, hal ini laksana mendaki gunung. jika ingin mudah mendakinya, maka badan kita harus condong ke depan dan pandangan mata ke arah bawah. Pernahkah kita melihat seorang pendaki gunung berjalan sambil menegakkan badan, mendongakkan kepala dan membusungkan dada? Semakin curam jalan yang kita daki, kita pun semakin menunduk, bahkan merayap. Bukankah pada dasarnya panjat tebing dilakukan dengan merayap?

Tatkala sudah di puncak, rendah hati tetap harus menghiasi diri. Angin pasti berhembus lebih kencang ketika diri kita di puncak. Agar bisa bertahan bahkan maju terus walaupun terpaan angin begitu besar, maka kita harus berjalan sambil membongkok. Semakin kencang anginnya, bererti badan kita semakin membongkok bahkan merayap.

Semoga Allah senantiasa menghiasi diri kita dengan sifat rendah hati, amin...

‎:: Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita :: ^_^ ♥ ♥ ♥


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥