Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, December 13, 2011

: Bicara Tentang Hati Dan Setia :





Cinta suci
dari mana terbitnya rasa
dari mana mekarnya seri
apakah dari mata hakiki
atau dari mata hati
atau dari mana
tanyalah diri
Bicaralah sama hati
bicaralah sama mimpi
bicaralah sama angin
bicaralah sama bunga
bicara juga pada si kumbang
bicara juga pada si pungguk
mungkin ada jawapan pasti
mungkin tiada terus mati..
.

dikala ini hati rasa cemburu melihat semua insan bisa nikmati rasa gembira , rasa bahagia tanpa sedikit pun rasa gundah , terasa diri ini sedang mencari makna bahagia didunia yang fana , andai mereka tahu segala apa yang dinukilkan punya rasa tersurat kan pasti jutaan cinta simpati menyapa diri ini , sungguh cinta pada hamba ALLAH sangat membuatku terngadah mungkin juga waspada , aku pernah memberi sepenuh hatiku pada hamba ALLAH , tetapi nilai setiaku dilunaskan dengan kecurangan yang maha hebat..

biasa mereka akan kata "lelaki buaya darat",..jika perempuan yang punya banyak teman lelaki apa yang mahu dilabel pada seorang perempuan itu?
pada aku sekali aku kata suka , sekali aku kata sayang dan sekali aku kata pada hawa akan chenta .. ketika itu juga aku persembahkan maksudnya..
kata-kata azimat berkawan biar seribu bercinta biar satu , dalam konteks sebenar jika sudah mempunyai hubungan khusus sangat tidak sesuai mudah sahaja , jika ingin berkawan , berkawan lah dengan sesama mahram insya-ALLAH hati tidak akan dibolak balikkan dengan banyak pilihan , lumrah dunia hati manusia selalu sahaja dalam cubaan , dugaan mahupun ujian segalanya berpaksi pada hati sejauh mana pun kamu setia jika kamu membiarkan diri kamu bebas bagai burung terbang hati kamu juga bisa berubah , fitrah manusia..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda ;
Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'

ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
[HR.Tirmidzi 3522 ]



jika berumah tangga juga bisa bercerai inikan pula , bercinta , bertunang mahupun berkawan ...resepi setia pada diriku mudah sahaja aku akan selalu menjadi dia inspirasiku , ilham dan juga semangat untuk aku melangkah dibumi ALLAH dengan lebih baik , mungkin wanita dicipta menjadi kekuatan kepada seorang lelaki walau lelaki itu kelihatan perkasa , gagah mahupun lagak bagai wira , tanpa wanita lelaki umpama hilang tulang belakang.
jika dia kawan , dia sahabat , dia teman dan dia juga kekasih.
sayangnya tatkala aku sedang melakukan semua ini aku lupa ingin sayangkan diriku , aku memberi kebebasan kepada hamba ALLAH itu lalu peluang itu digunakan sebaiknya untuk menduakan lelaki senaif aku , itu pengajaran paling bermakna dalam hidupku..ALLAH maha karya perasaan alhamdulillah aku bukan seorang pedendam aku hanya mampu tersenyum disaat melihat perkara itu terjadi , walau dalam hati ini punya seribu luka yang tiada ubatnya..

lumrah dunia juga jika sebelah pihak sahaja yang setia hubungan itu tidak mungkin bertahan , jika aku novelkan rasa hati seorang lelaki ini bisa sahaja ramai wanita faham dan menangis kerna bukan semua hati lelaki itu ego dan bukan semua hati seorang lelaki itu keras bagai kerikil...
aku tidak pandai ingin meluahkan rasa hati cukup sahaja blog usangku menjadi wakil diri ini menghuraikan rasa samada manis, pahit ,luka mahupun penawar adalah lumrah sebuah kehidupan ...

Cinta suci
ditilik kisah Majnun dan Laila
dibisik kisah Adam dan Hawa
dipetik kisah Yusuf dan Zulaikha
dilirik kisah Muhammad dan Khadijah
di situ ada kisah nyata
kisah sucinya sebuah cinta
yang lahir dari segumpal hati
di balut selembar kasih Izzati
di sisinya ada pengabdi cinta
yang hadir tanpa di paksa
yang lahir begitu setia
berpaksi pada Tuhan Yang Esa
bersandar pada tiang agama
berpandu pada Quran dan Sunnah
lalu tercetus suatu rasa
yang bisa menggegar dunia
hadiah khas dari Tuhan
buat makhluk bernama manusia
suatu cinta sejati
yang agung tiada terperi
nilai suci tiada terbeli
nilai suci sebuah cinta.......
.

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

                                                             
"..setialah pada yang satu… Kerana kecewa dalam bercinta tu adalah satu perkara yang benar-benar menyeksakan… Janganlah bercinta andainya kita tak tahu makna setia terlebih dahulu, fikirkanlah perasaan orang yang ditinggalkan selepas kita memberinya  sepenuh harapan...."


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥