Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, December 4, 2011

: Ma'rifah Cintaku : ( kisah sekeping hati )



kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan
kerana hati manusia itu
terlalu bernilai untuk disakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan
dan terlalu berharga untuk dihancurkan. . ♥ ♥ ♥


mungkin ramai punya kisah hati untuk dikongsi bersama , mungkin ramai juga punya tautan hati dua jiwa , mungkin ramai juga pernah disakiti.
mungkin itu harga sebuah kehidupan tak lari ditolak rebah dipintu dugaan.
tapi itu semua cabaran dalam hidup sesungguhnya mereka yang berjaya adalah mereka yang berjaya mengatasi masalah hidup tanpa putu asa.


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ni tak selalu bahagia,

Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan perit kesedihan,

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka kerna cinta manusia,

Berhentilah memberikan alasan walau ingin menyatakan kebenaran nya,

Hiduplah dengan penuh iman walau hari di beri penuh dengan godaan syaitan,

Berpeganglah teguh dan taat lah kepada Allah s.w.t walau Dia tak kelihatan,tapi Bukti kasihnya,dan kemaafan dapat kita rasa kan , kita hidup di dunia pinjaman ini..
♥ (^_^) ♥

     Ma'rifah adalah esensi taqarrub (pendekatan pada Tuhan). Ma'rifah merupakan hasil penyerapan jiwa yang mempengaruhi keadaan  jiwa seorang hamba yang pada akhirnya akan mempengaruhi seluruh aktiviti harianya. Ilmu magrifah, diibaratkan seperti melihat api sementara ma'rifah ibarat cahaya yang memancar dari nyala api tersebut.
      Ma'rifah secara etimologis adalah pengetahuan tanpa ada keraguan sedikit pun. Dalam terminologi kaum Sufi, ma'rifah disebut pengetahuan yang tidak ada keraguan lagi di dalamnya ketika pengetahuan itu terkait dengan persoalan Zat Allah Swt. dan sifat-sifat-Nya.

apa sahaja mempengaruhi hati kita segalanya perlu pendekatan dengan tuhan ..
kerana hati seorang bujang itu selalunya sedang rawan masih memberontak ingin rasa dihargai mahupun dicintai , ingin dihargai walau zahirnya suka , tawa dan gembira
 di hati ini hanya tuhan yang tahu.. jika insan seperti aku meletakkan nekad dalam mendekati seorang gadis itu , selalunya jarang bersambut , mungkin aku punya seribu kekurangan yang kan pasti sukar didekati , tapi ALLAH maha karya sebuah perasaan aku masih berkelana di kotak hati hamba yang lain walau masih belum jumpa yang sejati..

♥ ♥ jika elok sifatmu maka ramai ingin dampingimu , jika mulia sikapmu maka ramai akan tertawan denganmu , jika lemah gerak tingkahmu ramai juga bakal menunggumu , jika iman asas peribadimu , pakaian kamu pula biar agamamu , jika kamu selalu begitu ramai yang bakal terpaut denganmu , insya-ALLAH menjadi diri sendiri itu merupakan terbaik disisimu , tuhan akan hadiahkan kamu , hambanya yang sesuai buatmu , kerana kamu berhak untuk dihargai sebegitu ♥ ♥ ♥

sesungguhnya nekadku jika aku ketemu seorang gadis yang punya tautan hati sama dengan hatiku , itu merupakan jodohku kerana fitrah hati ciptaan illahi , jika benar seseorang itu jodoh kita walau dari jauh gerak langkahnya hati kita bisa rasa kehadirannya , ALLAH pasti campakkan rasa kasih didalam hati kita mahupun hatinya jua insya-ALLAH.
jika tidak mahu dilukai lagi lakukanlah solat sunat istikharah disepanjang persahabata dengannya , insya-ALLAH semoga ALLAH tidak membolak balikkan hati kita untuk yang lain . 
istiqomah cinta pada yang satu bukan semua lelaki itu buaya.
buktikan yang kamu benar-benar mahukannya.

♥ ♥ lantai hatiku berkaca , pintu hatiku berduka , singgahsana jiwaku hancur , mahligai perasaanku berkubur , titian hidupku musnah , pagar imanku tercalar gundah , cinta manusia racun mahkota lelakiku , diharap kasih sayang tuhan maha agung bisa membawa aku terbang meninggalkan rasa sakit ini , aku ingin hidup tak berperasaan akan aku mengabdikan diri beribadat seperti malaikat , tapi apa kan daya aku manusia yang paling sempurna ciptaanya , muhasabah sahaja jalan terutama , insya-ALLAH ♥ ♥

                                       







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Unknown said...

terima kasih sayang ^_^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥