Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, December 5, 2011

: Aku IMAM Kamu insya-ALLAH :



                                                           
♥ (¯`'*• Kamu TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita? kerana kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya .
♥ (¯`'*• Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita?
Kerana Allah ingin kita saling MENDOAKAN ,
dalam jauhnya pandangan sekalipun .

♥ (¯`'*• Kamu tahu alasan munculnya kantung pada mata?
Untuk membiarkannya terpejam ,
BERISTIREHAT dari memandangmu dalam NYATA .

♥ (¯`'*• InsyaAllah,
bilamana Dia mentakdirkan diriku menjadi IMAMMU,
pastinya kita akan bertemu dalam indahnya lafaz ijab & kabul..


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”


 Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
 Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya’ dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.



♥ ♥ nasihat umi buat diri ini ♥ ♥

♥ ♥ apa sahaja yang kita lakukan semuanya dalam rancangan ALLAH yang tertulis di luh mahfuz ♥ ♥


♥ ♥ jodoh kamu mungkin bukan sekarang , cukuplah airmata lelaki yang kamu habiskan untuk dia yang tidak mahu mengerti ♥ ♥



♥ ♥ apa sahaja yang direncanakan adalah terbaik buatmu , boleh jadi dia meninggalkanmu kerana dia memang bukan untukmu lagi sebaliknya ALLAH mempersiapkan hamba ALLAH yang lebih baik darinya ♥ ♥


♥ ♥ mungkin sahaja kamu bisa kaya dengan budi bahasa walau tidak kaya dengan ilmu dunia cukuplah ilmu agama yang ada padamu itulah harga seorang imam buatmu ♥ ♥


♥ ♥ jangan terlalu merendah diri jika ada yang lebih baik dihadapanmu berkawanlah , kenal hati budi masing-masing sampai masanya , nikahilah  dia kerana itu sahaja yang mampu buktikan niat ikhlasmu ♥ ♥

♥ ♥ kamu jadi diri sendiri ,kita tak boleh jadi orang lain ,tetapi insya-ALLAH  kita boleh jadi yang lebih baik , yakinlah anakku Syuk al-hafiz ♥ ♥

♥ ♥ aku tidak mengharap seorang gadis sempurna dalam perwatakannya , bukan cantik juga utama , bukan baik jadi tumpuannya , cukup sahaja menjadi penyejuk dimata dan penawar dihatiku , aku juga kurang sempurna , aku bukan sealim ilmuan lain , kerna diri aku selalu juga dalam dosa , terkadang lidahku terumpat terkeji tidak semena , dan wajahku bukan setampan jejaka lain , aku hanya tahu bersyukur , itu adalah mahar lelakiku , sederhana dan muhasabah , adalah cermin hidupku ,  ^__^ ♥ ♥ ♥


♥ Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

♥ Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...

:: Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya.. InsyaAllah :: (^.^)




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥