Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, December 3, 2011

: Chenta Impianku :







                                                        
"...saat aku pasang angan ini , saat itu juga aku mematri niat di kalbuku , aku ingin apa sahaja yang dirancang terlaksana walau bukan di realiti cukup sahaja hanya di mimipi , aku tidak selalu berada pada pihak kemenangan namun aku bukan pengalah , aku masih mencuba menjalani sisa hidup yang maha hebat dengan senyuman walau , senyuman itu punya 1001 maksud yang tersurat ..."

sungguh jika aku suka pada seorang perempuan aku selalu tidak bisa memilikinya , walau aku mencuba menjadi sehabis baik dihatinya , sekali tolehan pun aku tak bisa nikmati , dunia sangat menggila orang yang ikhlas bagai mutiara di serpihan kaca , bagai bintang dikala malam , kerdipnya sukar untuk dibezakan , perihal ikhlas pun belum cukup untuk menjadi kata penguat bagi menawan hati si gadis kerana , ikhlas itu umpama sang semut hitam yang berjalan di bawah kelam malam , hanya yang menggunakan mata hati bisa merasa..

sebenarnya , mengasihi seorang manusia itu tanpa balas secara naturalnya kita sedang belajar maksud sebenar sabar , selagi belum dapat apa yang diidamkan kita akan belajar rasa tabah , semakin rasa rindu akan gadis itu kita akan belajar akan hangatnya rasa cinta itu walau tidak bersambut , tapi kenapa semua rasa ini kita tidak terjemahkan untuk PENCIPTA HATI KITA , dia maha mencipta rasa dia juga bisa membolak balikkan rasa itu..dan sedarlah tatkala kamu merindu si gadis itu pernahkah kamu terfikir kenapa gadis itu tidak memilih kamu?

aku tidak mendamba cinta manusia segah uda dan dara , mahupun romie dan julie , ataupun adam dan hawa , kendatipun yusof dan zulaikha 
tapi cukuplah rasa itu bertaut di kalbu kerna impainku menggunug buat si hawa , aku tidak akan mempermainkannya kerana aku ingin istiqomah buat seorang gadis,
anganku , aku ingin keluarga yang sakinah dan mawaddah bersamanya , aku ingin dia tahu rasa yang ada padaku hakiki dari sanubari..
dengan ikhlas aku cuba mengenalinya dengan ikhlas aku akan pergi meninggalkanya kerna fitrah cinta itu sendiri ..

Bahawasanya seseorang pemburu cinta adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. 
Bertambah diburu bertambah jauh dia lari
Akhirnya tersesat dalam rimba, tak bisa pulang. 
~Hamka~

"...tidak semua kita angankan menjadi realiti kehidupan tapi bersyukurlah , yang kita diberi peluang merasai nikmat cinta itu , kerana cinta itu adalah maha karya dari pencipta , Dia mencipta bulan , bintang dan segala isinya hasil dari karya cintaNya.
tanpa rasa cinta hidup manusia bisa huru hara , kerana cinta itu maha menjaga, dari segala hasad dunia..

jika aku punya hawa , akan aku mencintainya bagai mencintai nyawaku , akan aku menjadi imamnya di saat solat diketika waktunya , akan aku tarbiah anak-anaknya menjadi soleh-solehah berhias pekerti mahmudah sepertinya ,
akan aku alunkan zikrullah tanda aku memuji tuhannya , sungguh impian ini akan aku simpan rapi khas buat pemilik tulang rusukku , walau dimana engkau berada , aku sangat sabar menantimu.
aku ingin mendidikmu menjadi permaisuri terakhir kali di sanubariku tanpa ada kedua , ketiga dan seterusnya kerana jiwaku hanya tertulis namamu..insya-ALLAH

Andai kata dunia hendak meraih cinta 
ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya
ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah
bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan . 
(Al Hujwiri –Kasyf Al-Mahjub) 
                                                        
                                                              


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

terbaik

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥