Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, December 28, 2011

: Kekuatan Sekeping Hati :

                                         Kadang-kadang
hati berasa sangat lemah dek ujian yang mendatang
hati berasa lemah..
andai tak tercapai suatu impian
hati berasa lemah
dek tamparan hebat kesalahan yang di lakukan



Kekuatan hati itu..
akan datang
dari hati yang pernah lemah..
pernah lemah dek ujian itu..



Wahai hati
Kuatlah..bangkitlah
dari kelemahan itu.



Harapanku
agar kekuatan itu sentiasa hadir.

setitis air mata jatuh kerana keinsafan,
seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di di lautan,
sesaat bersedih kerana redha dengan takdir Allah adalah lebih mulia daripada seharian bersedih kerana cinta manusia,
sejernih wajah kerana wudhuk yang sempurna adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata,
sesuci hati kerana cinta Ilahi,
itulah hakikat cinta Abadi....

kalau lah memiliki dan mencapai kekuatan hati semudah jari jemari menekan keyboard ni. kalau lah hati ini segirang jari jemari yang menari atas keyboard ni. tapi, bercakap mudah, dicapai rasa payah. dalam tawa masih ada gundah. hati masih lemah. sesekali rasa terpanah mahu rebah. hati, kuatlah. bangkitlah, tabahlah. jalanmu bakal indah. tapi, hati sering tertanya. bilakah? bermonolog sendiri. seolah tawar menawar dengan ya Rabb. kerana harapan hati, biarlah cinta dan gentarnya hanya pada Illahi. tapi, hati lemah. masih lagi was-was. masih lagi gentar pada selainNya. makhluk. hanya makhluk. mengapa lah mesti gentar? masih terus bermonolog...

kekuatan hati secara lahiriahnya adalah kekuatan yang dibina atas dasar dorongan dan kemahuan yang meluap-luap. ia sanggup menempuh apa saja cobaan dan rintangan penuh rasa sabar walaupun dengan titisan air mata. dalam titisan air mata itu akan terkeluar kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH..dari bibir dan terukir nama ALLAH..ALLAH..ALLAH.. di hati..

kekuatan hati adalah satu semangat yang sukar dibina kerana ia merupakan tugu yang sering digoyahkan oleh nafsu dan syaitan laknatullah. akibatnya hati jadi tidak sabar dan mula terkeluar dari landasan hidup islam yang sebenar. inilah dunia realiti yang berlaku kini.

pengalaman adalah satu pelajaran yang amat penting dalam meniti hidup pada umur yang ke berikutnya. kerana ia akan mengigatkan hati akan kekhilafan serta pengorbanan yang pernah dilakukan. ALLAH itu maha penyanyang. kekuatan hati datang dari yang SATU...DIA. memang benar, orang yang mengucapkan "sabar"lebih mudah berbansing orang yang menahan "sabar". tapi itulah sebanarnya ujian yang sedang dilalui.."kesusahan". air mata adalah sesuatu yang amat bernilai..lepaskan jika tidak dapat menahan..jangan ditahan kelak jiwa kian parah..seterusnya rujuklah kepada yang SATU..

" Hati ini ibarat kapas yang lembab.. jika ia terkena kotoran maka sangat susah untuk di bersihkan.. apatah lagi jika kotoran itu ialah kicap, dakwat ataupun yang sesifat dengannya.. jadi jangan la kita sengaja menaburkan titi-titik kehitaman dalam hati dan sanubari kita..
agar kita mampu untuk berjuang mempromosikan Tuhan kerna Allah dan mencapai nikmat IMAN.." 



SABDA Rasulullah SAW: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual termasuk akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perbuatan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi olehnya.


Sifat hati pula terbahagi empat iaitu kebuasan, kebinatangan, kesyaitanan dan ketuhanan. Tiga sifat pertama terbabit pula bukan mudah untuk dibuang, malah akibat daripada itu ramai umat Islam kecundang hingga akhirnya melakukan dosa besar.



Manakala sifat terakhir iaitu ketuhanan saja yang akhirnya mampu membawa kita ke jalan benar dan diredai Allah SWT, tetapi bukan mudah melakukannya kerana hanya yang benar-benar mahu berubah mampu melaksanakannya.


Secara umumnya, untuk membersihkan hati yang kotor, kita hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.


Hati juga boleh diubati dengan mengamalkan beberapa perkara iaitu membaca al-Quran dan memahami serta mentadabbur maksudnya, meningkatkan amalan solat sunat pada waktu malam dan banyakkan menangis bertaubat kepada Allah SWT, berkawan dengan orang soleh juga alim ulama.


Selain itu, amalan lain ialah membiasakan diri dengan berpuasa sunat, kerap berzikir waktu siang atau malam serta sentiasa mengingati mati.


Penyakit paling berbahaya bagi hati ialah menyekutukan Allah SWT dengan yang lain, mendustakan kebenaran, hasad dengki terhadap sesama manusia, benci, dendam, bongkak, sombong, angkuh dan pelbagai lagi.


Lawan daripada menyucikan atau membersihkan hati ialah mengotorinya. Seseorang yang beriman hendaklah selalu mengutamakan kebersihan luaran juga dalaman diri kerana kekotoran akan membuka segala pintu kejahatan.

Contoh bukti kekotoran jiwa ialah perbuatan kaum Thamud yang tidak mengutamakan nilai-nilai budi dan kesopanan, meminum arak, malah melakukan zina secara terang-terangan.


Renungi firman Allah SWT dalam Surah al-A’raaf, ayat 179: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya ayat-ayat Allah.

“Dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.

p/s "Ya Allah, berkatilah usiaku, berkatilah rezekiku dan berkatilah ilmu yang aku perolehi. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa dan kesalahanku selama ini. Tiada daya aku, tanpa rahmat dan kasih sayangMu.Hanya padaMu, aku memohon"


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

QasEh said...

pada hati terletak segala rasa yg akan mempengaruhi hidup manusia.. tabahkan hatimu wahai sang adam kerna kelak kau akan memimpin hati isteri & zuriatmu..(",)

MaTa SePet said...

apa ada pd hti kalau bkn kekuatan..^.^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥