Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, November 26, 2011

: Pernahkah Kamu Berfikir :

♥ Pernahkah kamu terfikir ♥

♥ ♥ ketika kamu berjalan makan angin keserata tempat ketika itu azan berkumandang , pernahkah kamu terfikir untu berhenti menunaikan solat?
pernahkah kamu terfikir dikala kamu menghiraukan laungan azan itu kamu terima kecelakaan di tengah jalan raya malah meragut nyawa kamu? pernahkah kamu terfikir?
♥ ♥ pernahkah kamu terfikir disaat kamu menziarah tanah perkuburan ketika mendengar talqin dibacakan , pernahkan kamu terfikir saat mati kamu bagaimana? adakah mati kerana penyakit? adakah mati kerana kemalangan? sempatkah kamu bertaubat?

♥ ♥ pernahkah kamu berfikir ketika mereka yang bijak pandai bercerita tentang kematian , tatkala rasulullah wafat meninggalkan kita , pesannya terhadap kita , umat akhir zaman imannya senipis kulit bawang, pernah kah kamu terfikir? seorang nabi yang menghadapi sakaratulmaut juga terasa pedihnya kematian apatah lagi kita?

♥ ♥ pernahkah kamu terfikir dikala kamu keluar rumah dengan perasaan marah kepada ibu bapa , dan pabila kembali semula kerumah mereka sudah tiada didunia? pernahkah kamu terfikir untuk selalu meminta maaf kepadanya? pernahkah kamu terfikir untuk mengawal amarah kamu dari menderhakai mereka?

♥ ♥ pernahkah kamu terfikir ketika kamu merosakkan gadis diluar sana , padahal kamu juga punya adik beradik perempuan yang lain lalu mereka dirosakkan oleh orang lain? pernahkah kamu terfikir semua itu berpunca dari pekerti buruk kamu sendiri lalu ALLAH mengingatkan kamu dengan DUGAANYA itu?

♥ ♥ Pernahkah kamu terfikir ketika kamu melakukan hasad dengki pada mereka diluar sana ? lalu mereka tidak membalasnya , kamu tetap tegar melakukan hasad itu buat kali kedua , pernahkah kamu berfikir jika kamu ditempat mereka?

♥ ♥ pernahkah kamu terfikir disaat kamu bangga dengan harta dan pangkat yang kamu ada tiba-tiba ALLAH menguji kamu dengan musibah dan penyakit? pernahkah kamu terfikir ketika sihat kamu untuk berbakti kepada mereka yang miskin?

♥ ♥ pernahkah kamu berfikir sejauh mana usia kamu dimuka bumi ALLAH , kamu tidak memanfaatkan hidup kamu dengan perkara ma'aruf tapi kamu menghebahkan aib orang lain dengan mengatakan para pendakwah disekeliling kamu sesat? padahal mereka cuma mengingatkan kamu tentang rahmat ALLAH...di dunia ini..


♥  Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. ♥ ♥

Syuk al-hafiz >


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥