Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, November 25, 2011

:Jika Meminati Seseorang :


♥ ♥ Jika Meminati Seseorang ♥ ♥

♥ jika kamu meminati seseorang kamu harus menahan perasaan kamu jangan terlalu gelojoh , jangan juga terlalu kalut kawal emosi ketika berdepan dengan dia..

♥ Mungkin Kamu akan mencuri pandang melihat perilakunya , melihat gerak gerinya , kamu boleh mencuri pandang asal jangan membuat dia perasaan yang dia diperhatikan takut-takut hamba ALLAH itu akan berasa tidak selesa..

♥ jika kamu ingin mendekati hamba ALLAH itu , kamu jangan memaksa mungkin bukan mudah bagi memberi keyakinan yang kamu boleh jadi sebahagian dari hidupnya , cukup sahaja tegur biasa tanda isyarat yang kamu wujud dimatanya..

♥ jika hamba ALLAH itu sudah tahu dan perasan wujudnya kamu , kamu perlu mencari peluang untuk menjadi sahabatnya tapi jangan terlampau memaksa , terkadang sikap memaksa menampakkan yang kita terdesak ingin mendampinginya , tenang sahaja buat muka "slumber"..

♥ jika si dia sudah bersipa sedia menjadikan kamu sahabatnya , bersykurlah kerana usaha kamu berhasil kamu perlu menjadi penyejuk dimata dan penawar dihatinya , kamu perlu selalu ada tanda kamu memang diperlukannya..

♥ jika kamu sudah mula suka kamu perlu tenang menghadapi rasa suka itu ,kamu perlu mengawal sebaik-baiknya , pastikan kamu sedar kekurangan diri mana tahu penantian kamu berakhir dengan makian , kerana bukan semua yang cantik , cantik di hatinya , dan kamu perlu bersiap sedia hadapi kemungkinan itu.. 

♥ jika perasaan sayang sudah menguasai hati bersabarlah , mungkin kamu mulanya suka tetapi dalam masa yang sama kamu membiarkan perasaan sayang menguasai hati , kamu perlu menyayangi diri kamu walau kamu dapat berkawan dengan si dia belum tentu lagi kamu dapat memiliki hatinya , terkadang berkawan lebih membahagiakan daripada bercinta , jika kamu jadi sebahagian dari hidupnya itu sudah memadai bagi kamu..

♥ jika sudah mula dibuai cinta , jangan lupa berdoa pada yang esa semoga didekatinya hatinya dengan hati kita walaupun dengan apa cara sekalipun insya-ALLAH , ALLAH maha mendengar rintihan hambanya..

♥ setelah kamu mula rasa sesuatu di hati lakukan istikharah , semoga mendapat petunjuk dari illahi segalanya kamu serah pada PENCIPTA dia maha merencana , jika dia benar jodoh kamu walau seisi alam membantu mendapatkanya dia tetap akan jadi milik kamu , dan jika dia bukan jodoh kamu walau seisi alam membantu memperoleh nya kamu tetap tidak akan bersatu...segalanya adalah dibawah kekuasaan ALLAH..


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah: 216)

Syuk al-hafiz >


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥