Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, November 3, 2011

: MENGAGUMI TANPA MENCINTAI :







"...bila lelaki hilang tulang rusuknya, kabur pandangan, bila melangkah tidak berganjak, bila menyentuh tidak merasa, bila menangis tanpa airmata, jika terluka memendam pula....."

"...bila lelaki hilang tulang rusuknya, setiap nafas yang dihembus setiap dengupan jantung dia tetap memikirkan pemegang tulang rusuknya..."

"..si lelaki bisa sahaja termenung dijendela ,ada pula mengelamun bermain maya, ada yang menggila ada pula yang meronta...."

"...yang tabah adalah lelaki yang terima si dia bukan jodohnya yang baik hanya bertenang sahaja yang sinis hanya bermain kata melepas geram dengan pelbagai cara, dengan imannya mendekatkan diri pada yang esa ada pula berpuasa, yang lebih mulia adalah terima dengan rela..."

'..yang dendam memberi impak maksima sekejamnya, janji termeterai segala rasa, biar duka biar lara biar bermandi derita, asal si hawa tahu , si lelaki lebih merana cuma tak bisa nampak dengan pandangan mata...."

"..dalam sekeping hati si lelaki ada tertulis satu nama, walau dia sangatlah gila, dia tetap setia pada cinta matinya, dia tetap menjaga si gadis yang bakal jadi surinya, walau senakal mana lelaki itu dia tetap memilih wanita terbaik untuk jadi ibu kepada anak mereka...."

"..hargailah lelaki yang setia kerana kami tidak bisa mendua, orang macam kami selalu dilupa, dihina dan dimaki hiba, gadis kamu perlu tahu lelaki yang setia menggila bisa mengalirkan airmata jejaka , yang mahal harganya demi sebuah cinta buta.."

"..gadis yang bakal jadi pendamping hidupku, jangan pernah merobek hatiku, aku pernah kecewa dipermainkan kaum seangkatanmu, mereka tidak menghargai aku, aku ada kamu untuk hari ini, dan hari-hari seterusnya di sepanjang persahabatn bersamaku aku ingin selalu istikharh untukku dan untukmu, kerna aku ingin selalu istiqomah mencintaimu, seumur hidupku..."



<Syuk al-hafiz>



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥